hebatnya melayu kau tu

hebatnya melayu kau tu..
tapi kau masih tak reti membaca jawi malahan mengaji... ?

hebat nampaknya melayu kau..
yang makin hebat jika dalam amount yang ramai. selebihnya hebat bersorak

ye.. melayu versi kau memang hebat/..
ye.. yang suka mengikut... lagi2 kalau kata2 orang berpengaruh.

hmm.. melayu melayu...
kalau nak nampak kuat sikit, masuk laa persatuan yang nampak boleh membela kaum.. tapi nampak lebih kepada membela benang yang basah aje..

sebab melayu kan sukakan kronisme.
mungkin.. mungkin...... kalau tak takde lah istilah cable,,,.........

melayu yang pandai
cuba untuk menipu dengan angan2 dan khayalan.

melayu yang bodoh
hanya tahu bertepuk tangan dan bertempik bodoh terhadap keling dan cina

melayu sederhana
terkial2.. kadang2 lewat dalam menepati masa..

yang si tua
sibuk nak membela anak kau

yang si muda pulak
tak habis2 nak isap dadah

yang budak hingusan pulak
beli aiskrim lepas tu tak reti nak habiskan,,,.....

akhir kata... kemana sepatutnya kau orang pergi kalau dah bangsa yang kau orang agungkan ni mmg korup ?????
solusinya ialah agamamu....



311 - i'll be here awhile
cassandra - dream cast hate and arm
megadeth - this was my life
ramli sarip & khatijah ibrahim - doa buat kekasih

Sangat cool perkara2 ini~

Salaamun alaik..
sejahtera atas kamu2 pembaca blog aku yg masih setiawan membaca dan terus membaca.
insyaallah moga korang semua mendapat kerahmatan dan dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah disamping memanjatkan kesyukuran pada Illahi.

untuk entri kali ni aku memutuskan untuk menulis perkara2 ringan dan santai sahaja supaya otak2 kau (si pembaca) tak terlalu pening di kampung hai pening lalat...

baiklah.. mengenai tajuk di atas tu.. aku sebenarnye nak listkan beberapa perkara yg pernah terjadi di depan mataku dan pada cerita rakan2ku. aku rasa ianya sangat cool.. yakni sejuk atau tahap sejuk beku.. kenapa ianya cool?? kerana aku tak rasa orang2 biasa mampu lakukannya walaupun beberapa kali berdalih.. jadi rakan2... teruskan membaca..

senarai perkara yang cool pernah aku lihat dan dengar beserta pelakunya..

- mengimbang motor di atas divider sambil menjeling2 aku (sorang budak india)
- memandu kereta batman sambil membonceng potongan buluh di belakang kereta (rakan dari bota)
- berlari beramai2 ke kelas diwaktu tengah hari (aksi beramai2 kawan2 dan aku)
- memandu dalam keadaan bahaya walaupun dirinya cacat (budak FSPU)
- meletakkan punch card di kocek seluar sewaktu kelas (double a ris)
- mengenakan kacamata hitam di malam gelita (jejaka kacak di uptown)
- membeli dua bungkus penuh nenas dari air tawar (encik saba)
- bermain gitar akuastik demi memujuk kekasihnya di hadapan rumah kekasihnya (tak kenal)
- mengacau dodol seorang diri walaupun sudah uzur (makcik dodol di bota)
- mengenakan dress up punk yang sangat aggro sambil membantu orang buta melintas jalan (budak punk di kota)
- meletakkan sticker nama kekasih di motornya dan juga sticker nombor 1 (amron)
- tersadung ketika cuba mengayat junior (uwwwwaaaann)
- menghilangkan handset dalam sekelip mata menggunakan tubuh badan (ampunk bad boys)
- dengan pantas memasuki kereta yg ibarat oven yang sangat panas (abu jahal)
- menyatakan diri sudah kaya raya tapi masih bershopping di uptown (peniaga MLM)
- menukar enjin turbo dengan donation dari rakan2 (pemain bola)
- sangat arif mengenai jalan2 diseluruh semenanjung walaupun dirinya wanita (fazrul)
- mengenakan minyak rambut berupa minyak 2t (encik nasir)
- membakar bulu roma sendiri (zarbot zaragoza)
- menyalin baju di khalayak ramai sewaktu year end sale di sogo (brader gym keramat)
- menyorok bawah katil dan miscall aku supaya aku dapat cari beliau (zarbot lagi)
- mengejut kawan2 demi program sarapan pagi (fahrurazi)
- berdialog bahasa acheh malaysia (kami)
- menyembuhkan penyakit sahabat dengan tumbukan ke tanah dan sedikit sapuan air (tiger)
- melakukan prank di pam2 minyak dan drive thru (jairaj)
- menyelesaikan permainan roda impian dengan jawapan 'asam haram' padahal jawapan sebenarnya ialah 'asam garam' (india dewasa)


ok lah.. cukup setakat ini dulu.,., nnt akan aku tambah jika terlintas di hati perkara2 cool ini,.. sekian wassalam




Megadeth - Good mourning, black friday
bagpipes - funeral song
dead kennedys - jesus was a terrorist
warzone - bullshit authority
dillinger escape plan - rebel yell (cover)
pantera - suicide note part 2
suicidal tendencies - cyco vision
lastXminute - we fall we die
system of a down - ATWA
oi polloi - take back the land
kamelot - flight of icarus (cover)
nightwish - symphonyof destruction (cover)
steel dragon - we all die young
blood for blood - ultra violence (cover)
bad religion - big bang
neil young - old man
sepultura - territory

Tribute buat sahabat (Eday yang nakal)

Sejahtera akan semua warga blog dan alam maya..
tak sepatutnye aku menjatuhkan airmuka beliau disini.
cuma sedikit penghargaan dan sempena memperingati beliau sebagai seorang rakan. yang bakal melangkah ke metamorfosis selanjutnya dalam kitaran hidup. tak perlu nak perjelaskan bagi yg telah tahu. di akhir semuanya bakal terungkai hendaknye.

baiklah.. encik eday. (ini sempena lah ni ye)... kan.. jumpe kau dulu.. macam samseng kononnye... muke macam abin.. kalo ko ingat laa... tapi takpe.. takde hal lah.. kecik punye hal lah..

bermulanya aku kenal beliau ni (eday pro) mase mule2 masuk sekolah melayu tu. hebat orangnye... katenye mase tu tak tau nak masuk dept ape.. takut fail waktu second sem atau floating tak dapat department.. pastu ajak aku ngan bidi masuk fesyen.. last2 skali bidi yg berjaya.. tapi beliau ni ape kurangnye... makin lama taring (bukan taring budin tiger) makin panjang. hebat dalam bidang seni halus. dan amat disegani sekalian rakan seperjuangan..

kacak, gelap, tinggi, beriman dan bergaya membuatkan beliau sangat dicemburui oleh segenap lelaki2 gelap mahupun ahli persatuan.. sabaruddin yg menjadi secretary pon berjaya dilumpuhkannya.. tapi beliau tetap seorang yg cool...

setelah berada di kawasan panas tu,.. bertemu lagi beliau di kawasan bukit pulak.. bukit section 1 shah alam... masih sama2 bergelak ketawa.. ahli persatuan yang tegar. dan musuh ketat kepada joseph.. seronok apabila melayan lakonan mantap beliau dan gui.. wan pun masuk campur skali.. aku gembira dengan lakonan mantap kau sampai aku rase nak hentak ko hari2.... nasib baik ko berpenyakit bisul..

setelah itu.. dah jarang nak jumpe sangat sebab dah sibuk dengan kerjaya.. tapi kau still macam tu.. gembira dan menampakkan raut wajah yg nampak tak bermasalah. aku kagum dengan cara hidup kau yang zuhud dan qanaah itu... tak ramai manusia seperti kau.. tetapi kau mudah ditipu.. lebih2 lagi2 bab hantu dan perkara2 tahyul.. sempena itu aku nak menjelaskan kat kau yg melissa itu sebenarnye hanya tipu dusta semata2... kau jangan ambik hati atas ape yg rakan2 kau lakukan ni... (sori laa gua terbagitau pulak).. hahahahahaha

tapi ape yg nak diherankannye.. kau sekarang dah bakal bergelar encik suami.. hahaha... itu lah sebabnye aku buat penulisan tribute khas buat kau..
walaupun jarang bersama kau.. tapi kau tetap dalam list kawan yang aku akan ingat. jangan kau lupe nak bersama2 membasuh baju dan memasak dengan bakal bini kau nnt ye.. perangai2 pelik tu da bole2 lupekan dah... kau perlu lebih matang dalam mengharungi alam itu.. bersediakah kau?? hahahaha... sial

ok lah.. sempena tu aku nak ucapkan tahniah in advance buat kau.. banyakkan beribadat dan doa. usahalah mencapai ape yg dicitakan. aku sebagai kawan mendoakan kebahgiaan kaudunia dan akhirat.. jangan lupe ape yg ko janjikan tu,.... hahahahaha

respect walk





Justice - D.A.N.C.E
Celtic bagpipes - roughes of scotland
jedi mind trick - blood in blood out
Iced earth - number of the beast (tribute)
warzone - dance hard or die
kremation - kremation

Pencuri, Melayu dan Pekida

Salam sejahtera rakan dan taulan.
dah nampak macam aku ni tak reti2 nak update blog agaknye.
memandangkan hari ni aku telah melalui satu proses yang menampakkan bertapa typical dan stereotype nye bangsa aku sendiri maka aku memutuskan utk membuat aduan lah.. eh bukan aduan laa ini kire macam testimonial laa kirenye.

berbalik kepada tajuk asal itu, aku sebenarnye baru lepas mengalami kehilangan barang dari kenderaanku yang mana masalah telah diselesaikan oleh pihak berwajib dan aku berterima kasih kepada yang turut membantu dalam menjadikan plot kisah ini lebih menarik.

si pencuri, kumpulan melayu budak sekolah. sangat cekap dalam membaraikan part2 kenderaanku. malangnya tumpas akibat perancangan yang kurang kemas. (BARANG DILETAKKAN DALAM RUMAH DIMANA MEREKA MELEPAK, PULAK TU AKU SIAP TANYE ADE NAMPAK SAPE2 YG MENCURI DEME TAK MENGAKU. JAWAPANNYE AKU MEMINTA ENCIK2 POLIS JE GELEDAH RUMAH TU). aku bangga tgk macamana anak melayu tu bertapa hebat dan kemas membuat kerja2 mencuri dan aku juga turut kagum akan lakonan mantap dari mereka2 tersebut. malangnya kau itu hanyalah melayu. yang bodoh dan pukimak... ape boleh buat.. orang bodoh buat kerja bodoh kene tindakan bodoh dan akhirnya terbukak segala pekung yang tersemat.

si ayah pula nampaknya macam seorang yang bersifat protektif terhadap anaknya (siapa tak sayang anak ye dak) sampaikan cube memujuk rayu dan secara soft sell nye nampak macam ade ugutan2 samseng babi-babian. tahniah dan syabas untuk bangsa anda sendiri.. aku sangat2 besyukur masih ade ayahanda yang membela nasib anak walaupun tahu dan sedar si pukimak tu adalah pencuri kelas bawahan (mencuri barang yang tak berapa grand). takpa laa uncle.. bagi laa peluag budak2 ni merasa hidup di lokap.. lagipun nnt ade laa cerita diorang nak bgtau anak2 diorang nnt kan..

dan datang lagi satu hal nih... haih... ini yg aku tak paham. masih lagi wujud pemikiran begini.. baik yang tua nak ajal, budak hingusan yang bodo dan makan aiskrim, dan abang2 yang berbeg silang. haih.. setiap kali ade kes mencuri, samun, kantoi atau ape2 mesti laa ade pekida2 nak backup budak yg konon adik die laa.. wei bodoh... kau igt bende persatuan mungkar tu bole melayakkan ko backup orang yg bersalah ke?? ataupun ko rase dah cukup besar cable ko sampaikan takde sape bole usik budak ko?? patut nye orang macam ko perlu membenteras perkara2 jenayah ni.. bukan backup budak lahanat yang mencuri.. ape punye pemikiran laa... asal pekida je salam cangkuk... asal pekida je beg silang.. asal pekida je adik2 saya.. asal pekida je saya dok kawasan ni... babi kau laaa..

jadi kesimpulan nya disini.. memang si tipikal2 ni akan wujud jika berlaku kes2 dibalai.. kalau anda semua tak percaya ambik laa masa beberapa hari lepak di balai polis.. mesti akan ade laa kelibat beg silang memandu satria atau wira lengkap sticker hijau kuning merah.. haih... sampai bile lah sumpahan ni nak berakhir.. aku meluat dah ngn korang ni, cuba laa jaga reputasi tu sket..


sekian wassalam..

berbanyak2 terima kasih

kawan2 baik ku
jiran si auww yang mengancam dan berhati baik
pihak berkuasa yang komited (susah aku nak puji polis nih)
guard2 india yang aku rase lebih mulia dari bangsa2 aku yang bodo ni
si uncle jahat yang membenarkan rumahnye digeledah
jiran2 cina yang nampak macam caring tapi takleh berbuat ape2.

sampahseni

assalamualaikum... aku melayu.. dan apa salahnya aku bertatu....
hahahha... aku hanyalah sampah yang memakan sisa buangan dari bekas2 lorongan jalanan.. aku hanyalah berjiwa seni.. sampah pon berniat jadi seni..

damn you!!! hahaa.. kenapa laa kau ni manusia yang dijadikan khalifah bole menyamakan diri dengan sampah.. boleh sahaja kau menjadikan ia sebagai subjek matter kepada daya pemikiran kau.. tapi tolonglah jangan menjadikan ia hidup kau yg abadi... jadikan ianya sebagai teladan hidup sudah laa...

mungkin kau seorang pemikir yang kritis tentang masalh manusia... tapi kau tak yakin ke dengan pencipta kau??? sampai kau bertindak membelakangiNya??? aku bukan tak paham.. tapi aku cukup jelek dengan kau2 orang yang kononnya mahu bebas berfikir... yelah kan.. orang macam aku ni dikatakan kolot dan tak mahu mengambil tahu hal2 semasa.. bertapa tak amannya hidup di malaysia ni.. kan kan... kome tu mmg rebel habis laa... tapi sedar laa sket.. kome tu kan sampah.. manakan bole sampah mengambil alih sebuah istana kayangan.. hahah..melainkan yang di istana pon berpkiran sesampah anda.. baru lah makmur rasanya.. kan kan...

jadinya akusebagai orang yg banyak memerhati mengucapkan selamat hari raya kepada kau wahai sampah... moga sisa buangan kueh tat dan cup almond london menghiasi raya anda.. selamat beramal...



Pink floyd - on the run
Angelic upstarts - last night another soldier
Yngwie malmsteen - icarus dream suite
venom - black metal

Etika di majlis gig

Hai rakan2 seperjuangan..

wuuh... lamo dah eden tak menulis di ruangan penulisan jahiliyah nih...
bukan apo.. sebabnye aku ade masalah2 yg perlu diselesaikan tambahan pula pc rusak. jadi nak update di ofis rase kurang sopan pulak.

ok jadinya.. tajuk yang aku lontarkan tu bersamaanlah jua dengan topik hangat yg sibuk diperkatakan skang ni.. eh.. hangat sangat ke huh?? oh tidak lah sehangat isu polis yang sibuk membunuh manusia tak bersalah ataupun isu bomoh main dengan pesakit... cuma aku sikit mau berkongsi pandangan sebagai orang yg pernah berkecimpung dalam arena muzik bawah tanah nih..

ok. tak membuang masa, tajuk aku ringkas dan kemas. etika di majlis gig atau paling senang nak kasi kome paham ialah etika ketika kamu menghadiri gig atau konsert (konsert?? bole laa jugak).. kenapa nak pegi gig pon nak kene ikut etika gig nih?? haa.. jawapannye mudah saja.. ini lah yang membezakan antara orang yg involve dalam dunia underground ataupun hanya sekadar trendy wanker sahaja. kalau kita amalkan beberapa kaedah ni, insyaallah perjalanan gig tu akan selamat dan semua pihak akan rasa berpuas hati. hahaha... ape yang dicarutkan aku pon tak paham.


antara perkara2 yang bagus untuk diamalkan kalo menjelang atau berlangsungnya sesebuah gig tu adalah seperti berikut :

- menyebarkan berita akan event yang bakal menjelma kepada kawan melalui flyer atau mane-mane sahajatempat berkomunikasi.

- sediakan wang yang secukupnya untuk ke event tersebut supaya tidak menyusahkan orang ramai

- pastikan gig yg berlangsung mempunyai ciri2 yang anda idamkan. kalo misalnya gig tu fascist takkan anda nak pegi jugak kalo anda tu seorang left wing. gitu laa contohnye.

- pakai cantik2

- cukupkan tenaga untuk melakukan aksi2 bodysurf, pogo, mosh dan lain2

- kalau bole elakkan untuk flirt di waktu gig..

- support setiap band yg perform tanpa mengira siapa mereka.

- pupuk semangat perpaduan di kalangan yang hadir.

- jangan buang sampah merata2.

- kalau organizer tu kawan2 kome, jangan laa mintak diskaun.. support laa deme nak wat event tersebut. kalo semua orang macam ni terpaksa kita bikin union

- jangan duduk di luar venue ketika gig berlangsung untuk mengelak uncle2 yang berfikiran cetek menyapu anda

- kalau bole stay sampai last band yang perform, penat deme datang jauh2. show some support la ye.

- jangan laa kutuk orang yang datang dari scene lain. kalo bole semua bersama2 enjoy the show.


eh aku ni dok menulis2 lupe lak nak besiap ke terawih. sampai sini saje laa penulisan jahiliyah aku. lagipun ini sekadar merefreshkan jari jemari aku untuk kembali beraksi balik aje.. ok selamat beramal di bulan mulia ini..

respect walk

Perihal Rakan2 Ku Part - 3

Yeeehaaa!!!! . . . dah lame rasenye aku tak menulis penulisan2 jahiliah. kali ni aku mempunyai kekuatan yang jitu untuk menulisnya juga.. setelah lama diminta untuk membuat sambungan.. akhirnya aku akur dan menyusun jari menambahkan entri yang juga sequel kepada perihal rakan2 ku. kali ini tampak berbeda sedikit dari yg sebelumnya. kerana ada juga pembabitan kaum hawa dalam penulisan ini.. (waaaaah!! siapa pulak kali ni).. walau ape pun aku sangat berharap sesiapa yg termasuk dalam entri aku berkenaan rakan2 aku ni akan berkekalan laa persahabatan kami sampai akhir hayat. dan lagi satu perkara, playlist2 brilliant yg slalu aku pasang mungkin tidak kedengaran kebelakangan ni.. ini disebabkan beberapa masalah. jgn risaukan playlist aku ye,. ayuh mulai!!!!


aku mulakan dengan bacaan bismillah. dan bermula rakan aku yg seterusnya. merupakan tukang jahit dan juga tukang umpat bagi penduduk TTDI. sangat rajin dan kerap tidur awal. susah nak ajak lepak melainkan ade kisah mengenai umpatan. tempat asal dari kerajaan lama melayu (rahsia kerajaan). kini sedang berusaha untuk menjadi pereka fesyen terkenal dan akan melanjutkan telo ke paris katenye. tak pasti laa beliau kini sudah menukar jantina atau tidak.. tapi yang penting.. aku sayangkan kau jugak!! hahaa

skinhead versi wanita. haha.. aku kenal beliau ketika berlepak dan bergelak ketawa di ipoh. senior aku kate salah seorang budak skinhead itu. berasal dari negeri dari selatan. berperwatakan sangat ceria sampai menangis aku melayan lawak beliau.. lebih2 lagi apabila membuat kepala puyeng. aku sangat kagum dengan beliau dan sangat menunggu lawak2 berkualiti dari beliau. meronggeng ialah kelebihan beliau dari azali. dan sehingga kini beliau akan sentiasa mengupdate dimana lokasi beliau. dimana ada majlis, disitu ade beliau, disitu juga akan ada keriuhan yang utuh. berfikiran luas dan sangat concern terhadap keadaan sekeliling, juga menyukai warna pekat dan pahit. senang kata beliau ialah manusia yg mempunyai visi yang tinggi... cool!!!

seterusnya ialah dari golongan hawa jugak... kali ni rakan dari sekolah kirenye. berasal dari nama jalan yang ada kaitan dengan haiwan comel. dan fakta menarik tentang diri beliau ialah mempunyai hari kelahiran yang sama dengan aku.. tahniah!!! kire hebat laa sebab dapat same ngn orang hebat kan.. ahaha.. akan selalu ade diwaktu aktiviti berkaitan rakan2 sekolah. sangat suka menyanyi .. pernah memasuki pertandingan nyanyian di uptown danau kota dan shah alam. senang berkawan dengan beliau sebab aku sangat paham dengan orang dari jenis begini.. (aku sendiri ler tu). semangat juang yang tinggi dan berkebolehan bermain bowling. bijak dan pandai mengurus hidup tetapi sedikit lemah dalam membezakan gurauan atau perkara serius. selalu berkomunikasi jugak ler dan boleh dikatakan antara kawan yg baik dengan aku.. haa.. ape pun kau mmg best.. insyaallah ade tu.. haha

peniaga pakaian wanita yang berjaya. sentiasa terpampang wajahnya di dada2 akhbar. (sebab ko pon keje akhbar kan.. bole laa cite. haha). berpandangan jauh jugak. berasal dari desa bertemu jodoh. keturunan jawa rasenye sebabnye rata2 dari situ semua jawa.. aaah.. jawa mmg best kan!! beliau ni kenal diwaktu sekolah seni. dulu macam sombong.... segan kot.. tapi skang ni ok laa sket.. jgn pasni sombong balik dah ler. aku delete ko nye paragraph ni nnt k. mempunyai ramai peminat.. salah seorangnye ialah..... ehem... tak boleh cakap disini... nnt kene dam.. beliau ini bersekedudukan dengan rakan yg kelakar tadi. cuma beliau jarang update lokasi. hanya akan update perniagaannya.. sangat2 membuat aku jeles kerana memacu kenderaan yang diminati aku.. ko tunggu aku beli nnt kite racing k.. hahahaa... takde ape nak dicoret lagi melainkan mamat tu dah ade kat sini.. so... bile nak date lagi?? hahaah

rakan baik yang selalu aku kongsi pendapat dan masalah jugak. haih.. banyak masalah aku rupenye... merupakan serangga kecil berwarna ungu. suka memikirkan masalah2 yg pelik dan rumit seperti cara menuguruskan pipi, masalah plastik yang dimakan penyu, masalah sampah yang tidak disapu. haih.. sangat cerdas dan aktif. mempunyai sifat2 lucu yang agak pelik. seronok juga jika memikirkan kerenah2 beliau yang mmg banyak hal. dalam mase 25 tahun aku tinggal kat sini.. beliau ni laa kawan yg mmg berasal dari tempat tinggal aku.. gile laa. antisocial aku nih. bukan ape.. aku mmg xberapa nak kawan pompuan.. lain2 tu ade laa tapi setakat tegur jelaa kot. (ade ke?) haih!! dan satu lagi fakta menarik tentang beliau ialah aku kenal beliau da lame laa jugak. tapi beliau baru je kenal aku.. hahaha... how sick is that.. ape pun ko antara kawan aku yg best.. jadinye aku kasi "good" siap ade tapak kat ko!!! hoyeah!!!!!!

haih... yang ini lelaki lak k.. mat kelantan yang bagi aku ok laa kot... kenal mase sekolah rendah.. baru tahun lepas die realise yg aku penah kawan baik ngn die waktu darjah 6.. bengong nye kawan!!! sekolah mengengah beliau menjadi taiko sekolah... aku ni pulak budak baik.. so tak kawan laa... tapi skang ni aku rase beliau da berubah,... dan agak rapat hubungan antara kami.. aku bangga ngn ko mate!! jgn laa ko lupekan aku pasni k.. sebak rasenye... hahahahaahahaha

pakar perunding fesyen dari butik ternama di bukit bintang... mempunyai latar belakang pendidikan seni halus. kini bertukar arah menjadi bintang filem yang hebat... sangat sukekan nyah tinja. dan sangat kecewa apabila makan.. what the???? ahaha.. suke invisible dan cari aku apabila rase busan... hoi!!! da busan baru cari aku... siot!!! penggemar burger mozilla dan .. haaa!! juga merupakan skinhead wanita dahulunya.... hahahaha... tapi berlainan ideologi... huh~ ini kawan aku yg cite laa.. tak penah lak aku nampak beliau waktu hangout dulu... kini sedang berusaha mendirikan rumahtangga. dan sering mendapat nasihat dari pakar tarian.. hahahaha.... last word utk beliau "biase2 jek" haha

akhir sekali untuk entri ini aku selitkan rakan yg kini sedang menjalankan urusniaga ikan air tawar... dulunya menjadi vokalis tegar untuk lagu2 black metal. kini lebih serius memikirkan hal2 masa depan. jarang nak jumpe skangni sebab masalah lokasi yg jauh berbeda, sebab aku penah sama2 susah dengan beliau dulu... tu yg sangat sayang akan beliau... teringat pulak mase same2 kene bantai, accident laa.. pastu ade lak perkara2 sedih yg lain berlaku.. haih. tu kisah2 lamo.. skang ni semuanya sudah ok.. jadi... all the best rakan!!!

ok cukup setakat ni dulu,... akan disambung kalau betul2 ade kekosongan waktu dan idea.. ini pon nampak kedangkalan aku kerana otak yang sukar nak berfungsi sangat. maybe kerana sedikit kekacauan jiwa yang melanda... tapi ape pun.. aku sangat bangga dengan kawan2 aku semua... walau kome macamane sekali pun, kome tetap kawan aku dan aku akan buat yg terbaik juga utk anda.... nnt akan aku buat gathering orang2 yg ade dalam entri ni k.. hahahaahahahahahahahahahaha.. selamat ///

si pembunuh

malang sungguh si pembunuh tu, sebab membunuh demi sesuap nasi tetapi akhirnya nasib beliau sama seperti mangsa yang telah dibunuhnya. indah sungguh jika dijadikan pembunuhan itu sebagai profession kerjaya dan bagi beliau membunuh itu ibarat satu kepuasan batiniah yang bisa mengundang berahi dan membangkitkan afrodisiac..

bermula dari kecil dimana pergaduhan dengan rakan2 sekolah dan selalu dibuli membuatkan beliau sangat leka dan seronok dengan kekejaman. tambahan pula lahir dari golongan bangsawan yang memang akan sentiasa di atas walaupun melakukan kesalahan besar sekalipun.

mangsa utama pembunuhan yang boleh dikatakan bersiri itu lebih kepada kaum wanita yang rata2 gemuk dan hodoh. motif pembunuhan?? tak siapa yang tahu melainkan beliau sendiri dan mentor beliau merangkap pakcik beliau bernama Junid.

setiap kes bunh yang dilakukannya mesti mempunyai trademark iaitu si mati akan kehilangan 2 batang gigi depan dan rambut dicukur tepi (dibuat ala2 mohawk). pun tidak pasti apekah yang ingin dilakukan terhadap gigi dan rambut tersebut. ade jiran2 yang mengatakan beliau pengamal ilmu hitam yang tegar. tetapi kesahihan berita tersebut disangkal sama sekali sewaktu penangkapan beliau. tidak ada sebarang bukti beliau melakukan ritual atau perkara berkaitan ilmu hitam.

beliau ini juga terkenal dengan sifatnya yang peramah dengan orang luar dan seorang yang sangat lucu. barangsiapa terjumpa beliau mungkin akan anggap beliau seorang manusia yang baik2. bukan kerana itu sahaja.. kerana orang2 yg pernah berbual dengan beliau akan menganggap beliau ini orang yg luas pengetahuan dan seorang penasihat yang baik.

senang kata kehidupan sosial beliau tidak menggambarkan diri beliau yang sebenar. sebab itu jugak lah ramai saudara mara dan rakan beliau tidak bersetuju malah membantah penangkapan beliau kerana kes membunuh 4 sekeluarga yang sedang tidur.

kini setelah menjalani hukuman mati, beliau tidak lagi aktif membunuh. malah kelibat beliau pun tidak kelihatan sama sekali. mungkin kerana bosan atau beliau sudah berhenti membunuh. ataupun mungkin sebab beliau dah mati.. jadi macamane nak membunuh ye dak ??????????

Monolog seekor anjing

Soalan : Buat sebuah karangan berkaitan dengan haiwan yang anda sukai. panjang karangan tidak melebihi 60 ribu patah perkataan atau anda akan dikenakan hukuman ikat di pokok mangga.

jawapan .

aku seekor anjing. lahir dari kawasan desa. mempunyai kembar yang ramai dan keluarga yang sangat besar. aku juga seekor anjing, dimana tepian jalan atau tempat persampahan dilihat sangat mnearik untuk dijadikan bahan mainan atau sumber rezeki. aku juga anjing, yang ,..... yang sangat baik... tetapi adakah hina hidup aku sebagai anjing? walaupun aku anjing yang bernajis mughallazah. tetapi ape tujuan aku dihidupkan di dunia ni? segala apa yang diciptakan oleh penciptaku Allah s.w.t adalah mempunyai fungsi yang tersendiri dan tidak dijadikan dengan sia2. jadi... kau manusia rasekan aku yang anjing ini sia2 hidupku? kau dan rakan2 kau si pie dan khairi tu seronok membaling ku dengan batu??

Inikah yang dikatakan keseronokan apabila membuli makhluk lemah dan berlemak? takpe.. hari pembalasan telahpun kau kecapi. aku seekor anjing, dimana aku sangat mementingkan semangat setiakawan dan proaktif dalam menjalani kehidupan harian. aku anjing, yang sentiasa menghormati rakan2 anjing ku walaupun kami berbeda taraf hidup. walaupun aku bertuankan si kaya raya, aku tidak pernah anggap kau si anjing jalanan sebagai babi atau tupai. percayalah anjing!! kita semua sangat bersatu. tak seperti haiwan lain...

aku bangga menjadi seekor anjing. kerana aku boleh berjasa kepada tuan aku. aku juga sangat setia kepada kerajaanku. dan akan melaksanakan perintah sebaik mungkin. namun aku anjing, yang sangat sensitif hatiku. ibarat seekor gajah kehilangan anak. aku juga mahukan perhatian darimu. aku juga inginkan belaian darimu.. wahai tuan pemilik.

dan jangan kau lupa... aku anjing... yang mempunyai semangat juang yang jitu. dan aku juga mempunyai hak bersuara. seprti para manusia yang sibuk melaungkan hak asasinya, yang sibuk menyatakan kutukan terhadap si pendusta, yang sibuk menjerit meminta bantuan, yang juga sibuk membohongi manusia melalui lidah2 media nya.. aku anjing yang tidak berteknolgi. seperti kamu.. tetapi aku juga punya cita2.. aku juga mempunyai hati dan perasaan...

anjing adalah aku, dimana sangat tahyul apabila menjelang ngambangan bulan... dibukit tinggi terdengar salakan aku... meraung hantu, bak kata pepatah bangsa melayu itu.. "bagai anjing menyalak bukit". berikutan itu, aku yang anjing sangat yakin akan kewujudan perkara2 ghaib seperti yang difirmankan Allah pada awal surah Al-Baqarah.

anjing, si anjing jugalah yang akan setia menemani tuannya dalam memburu, memancing atau menjaga kawasan rumah tuannya, si anjing ini lah yang akan menyambut tuannya si cina atau india atau mat salleh balik dari kerja. aku yang anjing ini lah yan akan sibuk berguarau kasar dengan kau manusia...

namun begitu. aku ingin jelaskan pada kau manusia... janganlah kau melayan aku seperti anjing!! tolonglah.... jangan perlakukan aku seperti anjing yang dibiarkan di tepian mencari makan di tong2 hitam... janganlah kau memukul hati dan perasaan ku wahai manusia.. aku hanyalah anjing.... yang akan menganjing perbuatan jelek kau manusia.... aku juga memerhatikan kau.... aku cuma tak mampu bertinda atas sikap kau manusia....

setelah yang demikian.. aku nasihatkan kau manusia.... janganlah kau pula menjadi lebih hina dari aku si anjing.. kerana walaupun berjasa... si anjing tetap akan berada di tahap terbawah dalam teori reincarnation agama pagan... janganlah kau manusia berlaku zalim sesama kamu.. jangan juga kamu manusia bersikap tidak adil. kerana itu bukan ciri2 seekor anjing... atau jika tidak... kau manusia akan kami si anjing menganjing hidup kamu... sia2 lah hidup kau jika tidak berusaha..

last word dari si anjing..... si anjing ini akan sentiasa setia bersama kau manusia..........................

nama2 pelik yang wujud dari frenlist facebook aku

eh... ade lagi engkau dok menengok2 aku nye penulisan nih... bagus2.. teruskanlah mengikuti perkembangan penulisan yang tak berapa nak menulis sangat nih..
by the way... ape kabar kamu orang semua ? da makan ke? kalo nak makan aku sarankan ko makan jelaa mozilla burge ek... sebab x yah susah2 nak ke a&w. makan aje browser internet korang tu.. haha

tak melengahkan masa, dan mahu bertepatan dengan tajuk aku ini. akan aku senaraikan (mane2 yg termampu laa) name2 pelik yg ade kat frenlist fb aku nih... seperti yg kome semua tau.. biase kat myspace sahaja orang akan pakai name pelik2. fb ni kononnye nk professional n letak full name laa katenye. bagus jugak. maknenye nama pelik2 ni agak rare laa dalam facebook rupenye. so aku akan memberi komen sedikit sebanyak mengenai itu jugak ye... selamat membaca

yincik partisan - ni antara name pelik penah aku jumpe kat fb.. slalu aku online aje.. mesti akan ade name nih.. member2 aku kate orangnye hebat.. aku pon x berapa pasti pasal ni.. yg penting aku tgk beliau sgt best.. hahahahaahahahaha

tengku abotkuroneko farhan - ni name yg sangat penjang dan susah untuk aku sebut.. merupakan kawan aku yang boleh dikatakan suci murni.. tapi brohon kepalanya. skang ni dilihat jaran on9 kerana sibuk buat design quran.. bagus2

raja kumbang xbobx - ni ialah spesis serangga dan juga spesis diktator yang telah bergabung tenaga.. aku rase laa... kire camni laa ek.. raja tu ialah seekor kumbang dan mungkin sedang bermain konsol x box.. erm... tak sure... tapi ko mmg hebat!!!!! bobolizan!!

noit pippo - ini pulak aku rase name yg mungkin berasal dari keturunan juara2.. aku tak tau mane beliau dapat name ni.. mungkin ni name asalnye kot...

nurrul eza odette - ni pon satu hal... name depan dah ayu2 kononnye,.. tapi odette tu ape bende?? perkara ni dah lame aku nak tanyekan pada si pemilik kenderaan honda civic... tapi x pe laa.. nnt ko tolong reply ye kak...

aku ayien - name asal die da macam nak nampak.. tapi ade monolog pulak dengan dirinye sendiri... sesuai dengan perwatakan beliau yang cool dan bersahaja. pencinta haiwan.. biase laa macam ni

remy domy - kalo nak compare ngn name asal... jauh lebih sedap name asal kamu... tapi ape leh buat.. name ni pon asalnye datang dari aku dan ko mengimprovise name ni smpai jadi begini.. sukati ekau laaa.... jgn salahkan aku sudah ler..

cik senah ronggeng - aku rase nak menari2 setiap kali beliau post status2 baru.. kerana beliau sangat menarik meinatku untuk mengikuti perkembangan beliau... hebat!!!!

cik bella midori - pon satu hal jugak.. kawan2 cik jugak.. merupakan manusia gila yang suka menjerit keriangan.. tak pecaya kat aku tapi pecaya kat pippo... sick sick sick sick!!!!!! mamat tu lagi jahat dari aku kowttttt

cik chill - sequel ke parody dari geng2 di atas??? deme ni semua satu geng... so ape yg aku leh cakap.. mereka sudah kene lah antara mereka seperti do, re, dan mi

hafiz detroit - name asal yang digabungkan dengan hometown.. biase kite akan nampak name2 macamni kalo chatting kat MIRC... tapi kali ni beliau beraksi di fb saje... hensem menawan macam pak arab!!

dato john labu - manusia yg sering menukar name profile dan gambo... aku dah hampir taktau siape ko laa!!! tolong laa letak muke ko sendiri ye bang.. kalo tak nnt aku suh fendi raba punggung ko!!!

abit bd - hahah. aku igtkan penyanyi dari surabaya utara.. rupe2nye penah jadi housemate aku.. mane tah idea beliau dapat name ni.. takpe laa.. aku harap kau lebih bersemangat lepas ni.

auta autistik - haih!!! ni lagi laa... misteri.. taknak publisiti murahan.. suka berahsia.. ape2 lagi tah... jgn suke sgt buat quote2 tu.. nnt kang orang hairan metro cari baru tau..

darwina valerio - aku rase beliau ni macam orang italy pulak... eh yeke italy pakai name2 camni?? ah.. mampos laa.. aku yg menulis... bukan ko... haha.. tapi name ni... tampak anggun je. haha...

cloude nimbus - ahahaa.... eh.. die nye trademark gelak die camni "miaaahahahahaah".. suke promote band beliau... sangat konsisten dalam melukis.. dan hyperactive.. tapi sebenarnye pemalu...

eday pro - manusia jahat,, penghasut tapi penakut,. ah.. kau mmg jahat!!! aku taknak kawan ko dah!!!

max hafiz - name yang nampak laju.... dan mungkin akan pergi selaju jetcar.. erk... semuanya nak laju .. ahhh!! lantak ko laa jiwang!! haha

fahrurazi warumon - hahaaha... segala aspek dalam hidup beliau diterapkan dengan semangat2 kartun yg bertalu2... hebat !!

gio firdaus - die ni sebenarnye silap letak nama.. patutnye abigio.. tapi disebabkan kurang pengetahuan dalam teknologi internet,.. beliau tak reti tukar name tu sampai skang... hahaaha

hafiz kirsikka - ntah laa.. ape maksudnye aku pon tak tau... macam jenama pakian pon ade.. atau gabungan 18 buah nama.. tak tau lah aku.. takde idea.

harsya nymph nozzle - huh!!! apekename ni?? ini antara yg kreatif dalam pemberian name... aku suke cara ko develop nama... ko kan orang2 kreatif.. hahaha

matt rizz - sedap name tu... macam tuannye jugak... erm... rase nak imbang2 dan jeling2 je bile teringat perangai beliau..

hitto hatte - terpengaruh dengan penjajah jepun kot.. takpe laa.. ko mungkin seronok dan berpuas hati ngn name ko skang ni kan

idi cargas - name ni biasenye kalo lepak dataran banyak laa ditampal di sticker2 nye dihelmet,.,. maybe owner name ni pon dari golongan dataran kot.. tak tau laa.. tapi orang kate die polis.. huh!!! ape nih ??? mane satu yg betul?? polis atau anti-polis?? ko sajelaa yg buat pengkelasan terhadap beliau

izura monada - hahahahaah... nampak macam minah salleh gitu name ni... mmg class!!! same macam suami beliau.. hahaha

jojo arios - erk.... camane ko leh letak name ni?? adakah ko lupe kampung halaman ko?? jgn laa nak kolar naik sangat ye.. haha

oden rentong la - aku hampir tak nak accept fren request dari ko!! sebab name ko rempit!! sial! hahaha.. nasib baik laa aku masih igt ko badan... buat suspen aku je..

eh.. banyak laa pulak lepas aku cek balik kat fb.. takpe laa. aku rase setakat ni je dulu laa aku komen pasal name korang... moral of the story jgn laa letak name pelik2.. nanti orang taknak accept friend request... padan muke ko! hahaha

dan.. kepada yang letak nama asal atau nama penuh tu.. jangan laa rase terpinggir.. sepatutnye lebih elok jikalau pakai name yg sememangnye dari asal kite gunekan.. cume manusia2 pelik ni je tak mau dikenali kononnye... jadi.. saya hormati anda semua... hahaha - repeck walk


playlist neraka:
in flames - acoustic medley
bob marley - three little bird
beethoven - moonlight sonata
mike oldfield - women of ireland

zaman lampau

sedang sibuk aku meributkan minda tadi. idea yg semakin tepu pulak kelihatan. sudah takde skill?? ataupun hilang selera? ntah laaa... tapi waktu tu jugak laa aku teringat perkara2 lampau yg mmg dah dilupakan. haha.. teringat balik perkara lampau aku rase nak patah balik ke zaman budak2 dulu...

antara yg masih segar dalam akal ni ade laa waktu duk umah lame dulu.. aku kene rendam kat PD kot time tu.. smpai skang aku fobia masuk air.. adeh.. waktu tu umur bape tah.. 2-3 tahun kot... sebab rumah lame... aku pon tak sekolah lagi... ade mangga epal kat tepi rumah ni.. deme kalo nak rembat pakai raket badminton aje.. hahaa.. tepi rumah aku tu pulak ade pokok ape tah.. so slalu laa lepak situ ngn si kembar oyan n oyie tu.. pastu ade lagi laa jiran2 tetangga lain. ape yg dibuat waktu ni pon aku tak pastu.. tapi yg pentingya aku sgt igt suasana diwaktu pagi. akan ade bunyi deruman dari jauh n kadang2 berkabus kawasan bawah tu (skang ni masjid). pastu pegi kedai pak syed (atuk am) kat bawah tu beli kuih. hahaha.. seronok2

pastu pindah sementara sebab rumah mau diupgrade ke rumah batu.. rase2 nye siap dalam tahun 89-90 kot. sebab aku sekolah tadika 91. so maybe itu lah waktunye. rumah sementara tu kalo tak silap aku surau. tapi kami duduk seketika laa. ntah laa.. yg aku tau duduk aje.. pastu kakak2 aku tunjuk rumah batu yg under construction "nnt kite duduk situ"- katenye. tak tau laa lame ke tak aku disitu. banyak gak bende yg aku igt waktu tu.. abang aku kate ade ular masuk bilik air laa... pastu aku pegi pasar malam then mainan aku jatuh. pastu esok pagi tu baru gi kutip.. naik beskal chopper kakak aku time tu.. pastu aku igt lagi aku sangat benci air bandung time ni... aku punyelah dendam aku buat air bandung tu then aku campur ngn kicap, garam.. hahaha sebab benci ngn air tu.. hahaha.. skang ni layan laa pulak bandung. hoih, banyak gak aku igt waktu duk rumah sementara tu... layan cite hantu laa... pastu cabut keladi tepi rumah... pastu bapak aku balik dari keje ngn vespanye.. jmase ni pantang ade semak, ranjau, parit.. semua mahu diredah... kenderaan?? jalan kaki sudah baek..

pastu pindah laa kerumah batu yg smpai sekarang aku duduk nih.. wah.. nak dikire2 kan.. agak lame jugak laa rumah ni berada disini nak compare ngn rumah2 jiran2 aku nih... design pon olskool je kot.. hahahaha. mase duk sini aku duk bilik belakang tu.. macam horror jugak mule2 tu.. ape pulak yg aku igt time ni ek?? seperti biase laa,. bermain2 ngn si kembar tu.. kakak aku.. sape lagi tah.. pastu ikan mati kami goreng then main2.. hahaha... paling kejam rasenye bunuh kucing kot time ni.. mane tau ape2 beb.... sedih bile pikir balik... dah la rendam smpai lemas.. pastu bakar pulak tu.. mmg yahudi mane nye perangai dah kami contohi waktu tu...

kat pokok ceri belakang umah tu ade geng2 besar sket lepak.. main gendang, lastik burung. pastu ade sarang lebah pon dilastik jugak... yg kene kami laa... udah sakit2 badan.

sudah laa. malas aku nak taip panjang2 lagi. baik aku tidur dulu. esok nak kene pulun lagi bende yg tak menjadi tu... kurang2 hilang sket stress aku dengan menulis nih... alhamdulillah..

mencari melodi


salam sejahtera semua...
dah makan ke?
yang sakit tu dah sihat?
ataupun yang baru lepas pantang tu dah makin sihat ke?
baru lepas basuh motor?? hahahaha.. basuh2 pastu tinggal segalanya k..


oh ye! sebelum aku terlupa aku nak beri sedikit penerangan la.. bukan penerangan sebenarnye.. tapi perhatian... kereta yg member aku nak jual tu da tak jadi jual. sebab beliau dah modified kereta beliau dan baru masuk enjin turbo. tak tahulah aku..
aku nampak tak berapa peduli pasal modifikasi ni.

tak melengahkan masa..terus aku membantai hujah2 berkenaan tajuk yg aku nak masudkan disini.. waaah.. ini sebenarnye ilmu baru yg sebenarnye baru aku sedar kewujudan perkara ini... tajuk nye pon dah sehebat penulisan kali ni. aku persembahkan pada kalian... cara mencari melodi apabila mempersembahkan atau mengilhamkan sesebuah lagu.

sedang aku dok minum susu lembu.. datanglah si zalee lepak dengan kami.. soalan dari apis yg represent soalan aku tu dijawab dengan tenang dan padat isinya oleh zalee.. jadi kredit to this two fuckin person... aku sayang korang...

bai nak cari melodi ni senang je(ayat zalee)... first skali.. instrumen ape ko pakai??? ok senang kata gitar laa kan.. camni ye.. aku pegang chord A.. so ko rase ape kombinasi note2 yg digabungkan untuk membentuk chord A tu?? die mesti samada 2 hingga 5 note yang akan dipegang.. dan kombinasi not2 itu akan menjadi chord. misal kata kite nak chord A. jadi kite kene gabungkan C,G,A,E (ni contoh laa).. roots nye tetap A. tetapi diharmonikan oleh kod2 yg selebihnye.

ape kene pulak dengan melodi??? waaahaha.. susah kan?? melodi pulak berdiri dari element2 yg telah menggabungkan not2 tersebut. contoh kod A tadi... melodi ko mungkin boleh try dari not C,G,A,E.. pilih je mane2 antara 4 not tu.. dan apabila tukar kepada kod C misalnye... still akan ade gabungan2 not2 tersebut. still akan melekat not2 tadi.. sebab ape.... sebabnye sampai kiamat pon not bunyi tetap ade 7.. iaitu CDEFGAB.. jadi jgn laa kamu takut memelodikan irama itu...

masih tak faham? senang kate camni laa... ikut je bunyi yg terdapat dalam kod tersebut... tapi kau kurang kreatif?? haaa.. ini mudah je... perbanyakkan reference... (kan aku dah tekankan reference tu sgt penting). dengar pelbagai genre musik... jgn prejudis... insyaallah anda akan dapat resepi nye...

ok jadi jika tak faham ape yg aku sampaikan ni bolehlaa tinggalkan komentar yg bernas ye... the question mark must be reasonable and suitable for the fuckin situation. if not... you cannot reach the answer and still at the current level.. huh.. bengong lah aku ni.. dah laa gile... berkawan pulak dengan si gile... adeh..

jadi.. sekian saja penulisan aku disini... tak ramai pon yg nak baca bende2 ni. so kalau salah dan silap aku taknak meminta maaf k.. sebabnye takde siape pon nak baca.. sekian



radiohead - high & dry
sex pistols - anarchy in the UK
dead kennedy's - holiday in cambodia
robbie williams & nicole kidman - something stupid
roxette - its must have been love

membeli televisyen

assalamualaikum

salam sejahtera manusia sejagat. masih bekerja? atau dah pon mendaratkan kepala di bantal? atau ade yg masih study? mengharungi exam yg bakal tiba? anyway.. ape pon aku ucapkan semoga berjaya dalam ape saja yg korang harungi.

sempena aku mendapat ruang untuk mengisi periuk aku, aku lantas terfikir yang aku sebenarnye memerlukan ape yg biasa orang lain ada.. dan menjadi kewajipan rasenye pada setiap umat manusia dalam muka bumi ini... hahaa.. ape yg aku perlukan sebenarny?? bukan buku nota sepertimana steve dan blues dok sibuk cari tu ye... ini berkenaan masa depan seseorang manusi. perkaranya ialah sebuah televisyen...

hahaha.. nampak cam bangang lak. keje sebulan pon da bole beli televisyen kan.. ape nak disebukkan sangat sampai masa depan lah. hape lah.. jangan laa dok mengarut tuanpartisan... anda tu da overdose penggunaan akal ke? kurang2 aku tak meroyan macam sorang tu ok lah~

berbalik kepada kisah televisyen nih... ape sebenarnye niat aku nak beli telievisyn sebenarnye?? haha sudah tentu laa untuk tengok.. kan?? takkan aku nak buat sup telivisyen atau nak buat bola besball lak kan.. apdaa kome nih...

tapi mane2 yang paham akan tetap paham ape tujuan aku sebenarnye.. biarlah aku sahaja yg paham akan perkara nih. sape2 yg sudah mengerti maksud aku ni harapnye memberi sedikit support pada niat murni aku nih... aku tak tau laa kenape aku asik pikir pasal bende ni je....

takut jugak nnt dah beli telivisyen tu, aku tak dapat nak tgk pulak... erm... mane satu ni ek ?? takkan aku takleh nak sayang ko wahai telivisyen?? ko pulak boleh ke memahami kerjaya aku ?? adeh~ sungguh sukar kalo dipikir balik... tapi aku akan usahakan yg trbaik lah.. hurm..

mungkin dah sampai masenye aku memiliki telivisyen itu.. aku tak kire... aku nak cari wang beli jugak!!! haahahahahhahaha.. kalo telivisyen tu taknak aku... aku suruh jugak tokey kedai tu jual kat aku.. hahahaha


ok lah semua.. aku mau merehatkan minda aku.. nak kemaskan kotak pemikiran aku. nak bersihkan hati. membuang sisa2 tahi.. dan ape lagi aku tak pasti.. asalkan esok pagi aku tenang....



R.I.P Ronnie James Dio (Ronald James Padavona, July 10 1942 - May 16 2010)


rush - yyz
dio - holy diver
black sabbath - heaven & hell
dio - rainbow in the dark

Nilai pada sebuah kertas yang amat bermakna (by hafiz detroit)

2.40pm / Jumaat 14hb Mei 2010

Wujudnya pemikiran agak rebel mungkin disebabkan satu tekanan atau pemberontakan yang secara spontan dan menjadi satu pasukan atau budaya yang amat luar biasa.Namun apa yang aku tulis ni bukan lah ertinya aku cuba bersifat rebel atau sebagainya, ia mungkin kata-kata yang agak terkilan, merajuk, pembentangan, pemikir dan sebagainya.
Ciptaan Allah s.w.t menghasilkan hidupan akhirnya melalui proses pelbagai dengan wujudnya alam.Salah satunya wujudnya pokok menghasilkan sekeping kertas dan manusia mencipta sistem atau nilai menjadi serta menyakinkan kehidupan manusia yang sangat bermakna.

Akhirnya tercipta lar nilai wang atau nila ringgit ( jika di Malaysia). Penggunaan duit atau nilai yang sangat berunsur emas ini mendatangkan pelbagai kesan, impak serta pespektif yang berbeza dalam setiap situasi.Jika di zaman yang serba moden ini mungkin boleh dikelaskn pembunuhan atas motif nilai wang, penceraian atas motif wang, peperangan atas motif wang, pepecahan budaya-agama-struktur perlembagaan-sistem social-tamadun disebabkan motif wang.


Wang sangat bermakna pada ketika ini, ibarat akan mati kalau tidak mempunyai wang di dalam poket untuk kehidupan seharian.Namun ada pihak yang sering mempermainkan nilai wang ini, ada pihak yang memperdagangkan nilai wang, ada pihak yang mengusai nilai wang ini.Adakah golongan atasan atau pihak di belakang sana?


Penggunaan wang ini sewenangnya digunakan bagi golongan atasan bagi mempermainkan golongan bawahan.Perbuatan ini amatlah keji serta sangat menjijikan.Pembaziran juga berlaku di dalam proses ini.Adakah tamadun hampir hancur dengan perkara sebegini?Lebih menyedihkan pihak / golongan atasan sering menggunakan industri politik moden bagi menjatuhkan golongan bawahan.Sistem pemberian wang menjadi sangat tidak adil.Ini bukan lah untuk menceritakan hal walhal politik moden yang sememangnya kita sudah pasti dari sudut nilai seni yang sangat “corrupt” rosak, hancur, binasa dan sebagainya.


Betapa sukarnya untuk mendapatkan nilai wang ini bagi golongan bawahan.Terpaksa merayu dan sebagainya.Puas turun naik bangunan pengeluar wang, mengisi borang, membuat rayuan, membuat cetakan namun tetap sukar.Padahal nilai wang itu sangat bermakna bagi pencarian golongan bawahan yang secara neutralnya disebut orang miskin dan susah.Mengalir air mata bila ketahui hasil titik peluhnya tidak berjaya bagi mendapatkan wang melalui bangunan perantaraan cetak wang ke pengeluaran wang.Ini adalah disebabkan pihak atasan yang sangat mementingkan pengkelasan dalam kehidupan mereka.Mereka tidak penah memikirkan perjalan kesusahan mendapatkan nilai tinggi ni yang asalnya dari kepingan ciptaan tuhan dan menjadi rebutan setelah dicop dan di illustrasikan menggunakan mesin moden.


Bagaimana dengan nasib anak-anak muda yang mula melihat dunia, mempunyai idea-idea bernas, kreatif, berilmu untuk memantapkan pencapaian negara namun dari golongan bawahan?Adakah sentiasa akan diselubungi masalah sebegini?Adakah kehidupan anak-anak muda golongan kreatif ini akan sentiasa ditindas, dihalang, dimatikan dan di kontradikkan dengan anak muda golongan atasan?Betapa kasihannya permainan sistem kewangan ini akhirnya membunuh berjuta-juta manusia yang berguna untuk kehidupan duniawi.


-HAFIZ DETROIT-

diwaktu dinihari


petang2 gini.. dok melayan roti bun sweetie perasa kacang


member aku lak sibuk cite pasal die nak jual kereta... jadinye aku terpaksa iklankan kereta beliau di sini k..




ni lagi satu gambornye.... kalau berminat sila hubungi beliau di talian 03-6180 2334



terima kaseh daun keladi

perlunya reference sebagai bahan bukti

where's the proof?? where's the fuckin proof that led to your statement?!!!! kate doktor kamy kepada rakanku ayyub. semenjak beliau menyambung pelajaran tahap maestro, ilmu yang didalami nya makin bertambah. nampak lebih banyak berpikir dari bercakap. bak kate kawanku detroit motherfucker - "yob skang dah jadi satu orang yang lain dari segi falsafah seni, die bukan macam kawan2 kite yang mase kat perak dulu, semua orang respek beliau". ahhaha.. sambal lebih lagi!!!!

ape yg berkait rapat dengan entri kali ni??? oh.. tak penting pon kalo korang ni student setakat copy paste dalam buat thesis tu. tak mengapa.. sila cari blog lain kalo ko orang membudayakan bende tu. kawan aku sorang tu tulis macam2 pasal seni. deme leh copy paste je. kurang2 contribute laa sket idea kome.. ni lah oran kite.... suke sangat budaya CCP (copy,cut,paste) sepertimana diperkenalkan oleh fahrurazi warumon kerana bengang dengan rakan sebilik yg suka membudayakan plagiarism.

masih tak sampai hala tuju penulisan. alaa.. kire ok laa ni. nak igtkan korang je. seperti tajuk di atas.. aku kat sini nak menekankan bahawa dalam dunia ni... ape pun yg anda lakukan perlulah berbalik kepada reference kau orang. reference ni kadang2 bukanlah dari media cetak atau elektronik je.. experience dari orang terdahulu atau orang sekeliling juga boleh dijadikan sebagai reference untuk melakukan suatu bende. sebagai contoh. kalo korang mase kecik dulu.. tak reti basuh berak.. then korang mesti amik reference dari mak korang yg dok ajar camne nak basuh berak.. haa!!! ini laa point yg penting dalam melalui proses hidup.

kenapa pulak sebagai bahan bukti ??? sebab 1st para aku tadi berkaitan dengan pelajaran master yg dilalui kawan aku tu. perlu nye kajian yg terperinci sebelum kita claim satu2 bende tu sebagai fakta. contohnye begini. kite kata teh ais lebih enak kalo dalam gelas berbanding cawan plastik. haa!! permasalahan ni perlukan pulak kajian mengenai gelas dan molekul2 gelas. bandingkan pulak dengan plastik punye material. macamane bende tu boleh mempengaruhi rase air teh ais tadi. buat pulak research secara rawak terhadap mamat2 yg dok asyik lepak mapley meneguk teh ais. haa!! kat sini la proses kajian dan epnimbaan ilmu berjalan.. takde laa kome dok mapley tu cite pasal awek yg lalu lalang je... tak ke bodoh cite pasal bende tak ilmiah sedangkan korang student! haiyaa...

dah laa.. aku tak tau nak marah ape lagi sebab aku mase student dulu banyak main.. skang ni pulak dah rase nak memandai2 je kate orang itu ini. hmmm.. kalo mak aku tau mesti die marah kat aku.. mintak maaf mak....


disertakan gambau yg berkaitan.. apis komplen aku tak letak gambo kan!! amik lagi!! aku belanja kome gambo!!! haahah....







pengaruh jiwa

megadeth - tornado of soul

neil young - old man
evile - killer from the deep
eric johnson - rain
megadeth - good mourning / black friday

lelaki dan bola

assalamualaikum penunggu gua...
ape kabar semua ??? alhamdulillah sempat dan masih berpeluang aku menulis lagi dalam tajuk baru ini...

sebenarnye aku ade satu tajuk yg agak serius nak dicoretkan. tapi aku persetankan dulu kerana mungkin pemikiran aku belum betul2 dalam keadaan yg bagus untuk membuat suatu penulisan yang serius dan mantap.

disebabkan akal yang sedang cetek dan keadaan badan yang kurang memuaskan sekarang ni. aku memutuskan untuk masih mengarut dan kerapu.. (ermm... cik kerapu lagi). kisah yang baru aku terpikir dan mungkin boleh berkongsi bersama pengalamannya.

disebabkan nnt akan menysul piala dunia di africa selatan. penulisan kali ini lebih kepada tribute
untuk sukan yang boleh dikatakan paling mendapat perhatian setiap manusia yang pernah hidup.. tak ketinggalan juga aku dan rakan2 yang berada di sekeliling aku..

bolasepak mmg tak boleh dipisahkan dari lelaki sampaikan pemain handalan dunia miguel angel nadal pernah menyatakan bahawa siapa yang tidak pernah bermain bolasepak bukan lah lelaki.. hmm. tak tau lah aku, aku ni kire kategori yang pernah main,, kire lelaki jugaklah aku.. haha

jadi ape kisahnye dengan entri kali ini ??? lelaki dan bola mmg tak dapat dipisahkan. betul ke bende ni kebetulan? atau hanya buah mulut si perempuan yang jeles kerana lelaki ini lebihkan ronaldo berbanding kecantikan mereka. ataupun mereka mungkin menamakan anak mereka sebagai pemain bola handalan ? hmm.. ini mungkin satu perkara yang sangat subjektif aku kira..
kerana sekarang ni aku lihat perempuan pon dah mula menonton perlawanan bola. mungkin sebab desakan teman lelaki, desakan keluarga atau secara ikhlas kerana mahu melihat apa yang dikatakan mereka sebagai heart rob dalam permainan bola sepak.

ah... teringat aku diwaktu belajar dahulu.. sanggup tidur awal untuk berjaga malam semata2 menonton bola.. sambil meneguk teh khulafa, roti cheese, melayan kerenah jo dan menggelakkan tuan helmi. sambil makin ramai menghadap layar besar. sebelum bermulanya game ade sedikit conversation mengenai final yang dah nak dekat ataupun mengenai player2 bolasepak yg menjadi buah mulut orang kampung. jarang ade isu berkenaan perempuan. kerana waktu ini tidak sesuai bagi golongan wanita kata mereka.. wanita dok umah tido je... si abang2 sila stayback tgk bola.. sampai begitu sekali penangannye..

biasenye orang mungkin suka akan EPL. tapi deme2 ni nampaknye sukekan liga italy dan selain EPL. ape pun still layan jugak lah.. fanatik2 team kesayangan masing nampaknye memakai jersi pasukan yg disokongnye. kat sini nampak muhibah antara warga2 sec 7. boleh dok semeja. sebab kedai dah penuh. ade yang emosi kalau team nye kalah. biase laa tu kan.. kalo yg menang pulak mulelah menganjing.. waahahahha... suka duka pertarungan katenye.

ape yg aku lihat skang ni. still budaya yg sama. dan kemungkinan besar piala dunia ni bakal mengurangkan produktiviti kaum lelaki di siang hari.. anda lihatlah nnt. walau ape pun kerja tetap diteruskan demi sesuap nasi. anda lah yg bertanggungjawab menguruskan masa anda. bukan aku ye.

balik di rumah aku lak.. nampak nye hanya beberapa kerat je yg layan bola. harapkan keri balik. ataupun jai keje shift ngam ngn game. tak pun bob datang weekend. gana? dah hilang. soleh, ade laaa smalam. jarang ade. tapi ni jelaa antara yg dok layan bola. walau ape pon. aku tetap enjoy. lagi2 kalo membabitkan game yg best2. sapu aje walaupun agak jahil dalam dunia bolasepak nih. bole laa kan.. stakat tau sikit2. bukan into sgt pon.

ade sampai tahap dari kl ke shah alam semata2 nak tgk bola. mmg seronok kalo layan ramai2. sebab banyak kisah yg bole cite. tapi jgnlaa sampai tuan rumah tido pulak ye. tapi ape pun yg da terjadi. aku dan kawan still akan meneruskan menonton bola. tak kire la kat mane. lagi ramai kaum lagi banyak perkara yg ingin digelakkan..

ok lah. tak tau ape aku nak kerapu lagi kat sini. sebab aku da tepu otak memikirkan sampah. sampai nama orang pon aku lupa. selamat malam rakan2.. jangan nakal2 ye

oleh itu aku letak laa gambar supaya kamu orang lebih berinspirasi melihatnye. apis yang dok sibuk suh include gambo. amik nih!!


telingaku berdarah lagi kerana ini :

cockney rejects - we can do anything

municipal waste - unleash the bastards
megadeth - into the lungs of hell
angelic upstarts - blood on the terraces
joe satriani - cool no9
pantera - walk

ade perkara yang kita belum kecapi

hai.... skang aku rasa aku perlu straight to the point dengan tajuk entri aku kali ni. sebab aku dah takde masa untuk membiarkan perkara2 itu berlalu begitu sahaja.. haha.. ape aku karut nih ?? kawan dengan si pipi kurus ni buat aku jadi makin merapu lak... adeh~

ahad lepas.. ayen dan partnernye leen ajak jumpe wat gathering konon2 member2 dari sekolah,.. aku lak mase tu tak rase keberatan nak pegi sebab si askar cuti waktu tu dan beria2 sungguh beliau mengajak aku. aku terima ajakan itu dengan hati terbuka dan pergi meredah jalanraya ke tempat yang namenye mid valley.

sampai disana kami jumpe di tempat main bowling.. dah ade laa beberapa kerat rakan2 tgh sibuk mencari lorong2 balingan. then deme pon ajak main untuk 2nd frame memandangkan dah cukup korumn sangat waktu tu untuk bergelak ketawa.

masih lagi belum sampai kepada point tajuk entri ini.. setelah membuat balingan pertama dan seterusnya, baru aku sedar, aku ni selama ni tak pernah bermain permainan bernama bowling ini.. tahniah kepada encik ayen kerana mengajak aku dan aku dengan seronoknya menjadikan diri ini bahan ujikaji dan bahan tawa rakan2 serta yang berada di sekeliling... aku rase sangat jatuh waktu ini.. dah laa awek takde... wang pon kurang... kehenseman tu mmg takde laa.. adeh.. mane aku nak letak muke aku melainkan bukan pada tempatnye...

moral dari peristiwa yang berlaku ini ialah, rupe2nye aku sedar bahawa selama ini banyak perkara yang kebiasan insan normal lakukan tidak dipraktikkan oleh aku... aku sedih bile sedar perkara ini.. bayangkanlah... bukan setakat main bowling aje.. aku korek2 balik hidup aku.. aku dapati banyak bende yg aku belum pernah merasa untuk lakukan.. berenang jgn cite lah... adeh... menembak ?? berkuda??? hahaha... ape pun aku rase sebelum aku menghembuskan nafas terakhir aku nak cube bende2 ni..

maybe sebab sebelum ni aku sibuk dengan bende2 yg mungkin tak ramai orang lakukan... contohnye menganyam ketupat, mengimbang motor di atas divider, meniaga keropok lekor dan akhirnya aku terlepas peluang melakukan perkara2 common tersebut.. hahaha.. xpe laa.. berikut aku nak senaraikan bende2 yg aku teringin nak buat.. kalo korang terbaca entri ni dan rase2 boleh bantu aku untuk mencapai perkara tersebut sila bgtau ye.. aku harap sangat dapat lakukan perkara2 ini..

list perkara yg aku teringin nak lakukan (serius aku xpenah buat dan sedang berusaha nak buat)
- berpelukan dengan harimau kerana ia comel
- makan daging arnab
- terjun udara dan bungee
- berkuda
- berenang
- scuba diving
- bermain violin, piano dan sitar
- membuat euro trip
- hangout bersama hooligan di UK
- berjumpa dan bersalaman dengan dave mustaine (vokalis megadeth)
- dan juga bruce dickinson (vokalis iron maiden)
- eh lagi sorang.. jason statham
- belajar seni mempertahankan diri
- membuat lukisan potret menggunakan wacom
- menjana pendapatan 6k sebulan
- membuat rambut dreadlock
- menembak
- main paintball
- berlayar
- naik belon panas
- nak develop tenaga dalaman... buat pukulan jarak jauh ke.. boleh ke ek ??
- buat master dan phd kat luar negara
- run bisnes sendiri
- kumpulkan koleksi dr martens
- bawak kereta koegnigsegg (dapat tgk pon jadi laa)
- menyimpan pistol dan pelbagai senjata api untuk koleksi

ape2 lagi yg difikirkan perlu akan aku update lagi.. selamat malam semua... love u all

gema:

megadeth - bad omen
megadeth - blood of heroes
the pilgrims - sua sue good morning
zainal abidin - inayah
bad religion - punk rock song
toxic holocaust - in
the exploited - beat the bastards
sweet charity - batu
bagpipe - highland cathederal

soalan lazim kepada pelajar uitm

sedang aku berjalan2 semalam... naik moto ke s.alam.. temankan member aku kejap.. saje je nak amik angin malam.. pegi laa uptown s.alam.. berat rasenye aku nak pegi sana.. sebab aku dah makin tak berkenan dengan tempat2 begitu.. tapi takpe laaa... aku temankan je kawan aku yg tersayang nih.

sedang aku jalan.. teringat laa kisah2 waktu duduk kat section 24 dulu,.. hahahaah.. bapak sangap rasenye.. umah flat yg rata2 didiami oleh golongan redneck.. hahaha.. macam2 laa hal...
eh.. tapi ape kene dengan tajuk aku nih??? hahahaha

disini baru aku nak bermula cerita... macam biase laa.. aku suke perhati gelagat orang.. tgk sana sini. masuk2 je uptown tu aku da nampak kelibat 3-4 orang remaja. tampak seperti pekida. hahaha... dok sentry kat depan uptown tu.. dengan kolar naik, beg silang.. rokok di jari.. hahaha.. jeling2 imbang kat aku lak.. haha.. pedulikan.. pastu ade lak orang karaoke di khalayak ramai.. waah!! ini mmg budaya yg paling aku menyampah.. sebab suara ko x sedap langsung di samping pemilihan lagu yg mmg tak lari mesti nyanyi lagu mawi, jamal abdillah, wings n lagu2 indon. damn!!!!

ok.. berkenaan dengan tajuk tadi.. hahaha... baru nak cite kisah sebenar... camni ceritanya.. aku nampak sekumpulan remaja jugak.. tapi yg ni bukan pekida laa.. hahaha deme ade laa dlm 4 org lelaki.. pastu ade 3 org pompuan.. ooh,. student rupenye... patut laa menggatal semacam aje... haha.. nasib baik aku bukan student... tak jadi masalah laa.. tapi biasenye kalo korang perasan laa kan... kalo gi mane2 n jumpe student2 nye geng ni.. mesti akan ade perkataan assignment, lecturer, kuliah.. hahaahah smpai kemane2 pon cite bende yg sama.. ahahah.. lepak mapley sec 7 pon same.. toilet plaza alam sentral pon gitu jugak..

tapi itu bukan menjadi masalah. mungkin mereka student. nak orang nampak mereka lebih intelligent tak macam orang sekeliling.. ok laa kirenye tindakan tu.. aku pon biase buat camtu.

masalah besar yg aku lalui semenjak aku belajar dulu ialah soalan lazim yg biase aku terima dari golongan yg tidak belajar. bukan aku nak salahkan korang x sambung belajar.. tapi cube laa tanye soalan yg membina akal sket... tanye cos ape ke.. macamane pelajaran ke.. kan ok.. seronok sket aku nak explain.

"weh pie, kau belajar kat uitm ek?? mane hah? oo shah alam!! sana ramai awek kan ???" hoi babi!!! aku dtg belajr bukan nk flirt laa bodo... lu ni nape dok tanye awek sana sini? kote ko tu dok gatal nak menyumbat ke hah ?? ini laa mentaliti melayu skang... aku cakap belajar kat uitm aje.. mesti laa ade ayat2 gitu "waah.. leh kenalkan kat aku sorang awek".. ahahh aku naik jelek ngn perangai korang nih... aku dtg belajar ni rupe2nye nak cari jodoh.. wwaahaahaha... bagus betul laa.. pastu wujudkan budaya couple kontrak.. haha wtf!!!!!! abis study lupekan segalanya.... bodo sial.. yg pompuan tu pon sundal... kalo da taruk sampai berisi baru lu orang tau.. hahaha/..
eh.. da kejauhan lak aku nih.. marah sgt ke pai??? hahaha,... takde laa.. aku berontak aje,. sebab deme ni x nak merasai nikmat life sebagai student... dok menggatal aje.. bodo laa.. ape pon tak dapat..

lagi satu soalan yg best dan biasa aku terima.. "pie. kat shah alam ko kena ramli tak?" waaah!!! ko rase uitm tu besar sekolah kau ke?? hotak kau laa kan!!! igt aku ni ahli politik ke ape?? ataupun ko mesti rase aku ketua darjah kan.. hahaha. hoi.. tolong laa.. tempat tu bapak besar,, student pon ramai... ade ke mase aku nak pegi semua fakulti tanye ramli yg mane satu ?? hahaah.. aku x paham laa korang ni.. nak buat ramah kat aku... tapi biar laa ramah yg berisi..

ok laa.. akhir kata.. yg masih belajar tu.. rajin2 laa belajr k... amik seberapa ilmu yg bole dari segi formal dan tak formal.. aku ni banyak belajar yg tak formal.. tapi itu jugak yg banyak membantu aku dalam menyelesaikan masalah.. hahaha... bak kate abang hasril kasira "dunia student ni masyaallah!! sangat indah adik2.. " akhir kata renung2 kan dan selamat beramal..


seronok2 audio ku:

ebiet g ade - aku ingin pulang
flop poppy - teratai (ade ek deme main lagu nih ?? )
yes - i've seen all good people


fahaman komunis yg kian menular

hai engkau... sihat ke ?? dengar kate semalam makan julap. ini hari berak2... ermm.. xpe la.. sekali sekala layan ubat julap pon ok jugak kan... daripada kau orang sibuk cerita bagaimana hendak mengapungkan sebuah belon.. atau dari korang dok sibuk bergossip aje... macam kawan aku sorang tu... haiyaa... xpe laa.. sebab ko pompuan kan.. kalo x bergossip nnt naik meroyan pulak.. hahaha anyway.. tajuk aku kali ni agak kasar gamaknye.. bukan kasar ape.. tapi saja aku nak kupas sikit tentang masalah ini.. aku pon kurang ilmu tentang perkara itu (komunisme). tapi aku hanya nak kasi sedikit pandangan aje laa k..

faman komunisme seperti yang korang tau.. seperti duri dalam dageng kononnye.. pembelot negara katenye.. (pemimpin). tapi dengan statement2 itu membuatkan aku pikir.. adakah benar mereka belot atau sebaliknya.. waaahaha... kome mesti ingat aku sokong perjuangan inih. tidak sebenarnye.. bagi aku ini lebih kepada satu permasalahan yg lebih tinggi levelnya dari masalah mat rempit atau bohsia.

ok lah.. cerita sket... manusia yg perkenalkan fahaman ni namenye encik karl marx kalo tak silap.. tapi bukanlah pengasas komunis sebenarnye.. tapi merupakan pelopor kepada dunia sosialis moden. die ni pak sedaranye name abu jahal.. hahaha.. tidak lah.. beliau juga dipercayai sebagai seorang mason.. atau dalam bahasa arab al-masuniah. (sila rujuk mane2 lah k). idea2 dan fahaman deme ni lebih kepada mewujudkan sistem sosialis yang lebih bebas. dari segi hak sama rata, tiada penindasan, aman damai.. hahahaha

adeh.. nak cerita lagi ke pasal sejarah deme nih ?? bagaimana pula dengan encik lenin? stalin ? mao? castro ? udah laa... nnt laa aku baca balik.. ape yg aku dok pikir skang ni.. adekah bende ni masih wujud di zaman skang ? kau rase macamane ? dah takde? zaman ayah kau je ke ade komunis nih ??

hoi budak..!! ko tau tak bende ni tgh berkembang mekar kat dalam negara kau skangni.. cuma dunia semakin moden. dan pergerakan mereka juga makin mengikut arus modernisasi.. ko x perasan ? x peduli ?? hahaaha.. jgn buat sikap tak amik peduli kawan.. tgk jelah pergerakan politik yang wujud.. ade tak yg nampaknye menyatakan manifesto untuk menaikkan balik sistem sosialis.. ade ke tak ? hahha.. mmg ade laa kan..

pastu.. kalo kat malaysia ni.. amalan komunisme lebih kepada fahaman maoisme. dimana encik mao tse tsung menjadi idolanya.. haha.. ape signifikan ngn yg ade kat sini.. haaa.. ni yg korang x berapa perasan... waktu zaman encik mao. kongsi gelap mula menular di china. sebab deme ni lebih kepada golongan kelas pertengahan yang seringkali ditindas oleh kerajaan waktu tu. jadi deme wujudkan kongsi gelap untuk saling membantu antara mereka. secara tak langsung bende ni laa yg mmg dibawa oleh komunis dari china.

ape persamaan dengan yg ade kat malaysia?? hah.. xkan kongsi ni tak wujud beb!! ko tgk sendiri laaa wahai sahabat.. kalau dulu melayu menjadi pembelot dengan join mat saleh, jepun , komunis.. skang ni.. deme jadi kongsi gelap.. mmg nampak macam style.. ade backup besar.. boleg kaya bagai.. tapi deme lupe bende ni laaa yg dok nak hapuskan bangsa mereka. satu hari nnt jgn terkejut kalo sesama kite berperang disebabkan ideologi. bukan kerana agama atau bangsa.. oh.. baru teringat..religion is the opium of the masses - marx

jadinye.. patutlah melayu yg jadi kongsi gelap ni takde hal kalo nak bertatu bagai.. layan tanik sana sini.. ooh,. baru aku tau... rupe2nye dengan join bende2 society macamni merupakan satu tiket untuk kite lakukan ape sahaja yg dipikirkan boleh.. ape saje,, takde hal lah geng.. adik beradik punye hal,, bulan2 bagi laa duit kat brader..

adeh.. jadi sedikit aje rupenye yang aku kupas ni.. harap korang paham ape yg cuba aku maksudkan ni ye.. tak perlu aku sebutkan ape persatuan2 yg terlibat.. cukup kome tau dan perhati.. aku ni lebih banyak memerhati orang.. tapi belum tentu ape input yg aku dapat tu tepat,. aku cuma mau buat dokumentasi sahaja atas pemerhatian aku ni.. tak lebih dari itu.. jadi..
jika anda sedar perkara ini.. anda pilih laa dimana jalan anda.. takkan aku lak nak tentukan ko nak jadi ape kan... pandai2 lah korang.. sume dah besar.

jika ade ape2 yg tak berkenan atau mahu menambah ape yg kurang sila bagi komen. aku harap sangat kome komen tulisan yg ini.. sebab aku sangat serius memikirkan masalah ini..

terima kasih bebanyak.... erm.... sayang

pink floyd - time
kataklysm - in words of desperation
D.R.I - girl with a gun
suicidal tendencies - where's the truth
the specials - friday night, saturday morning
tower of power - you can't fall up
Copyright © 2010 tuanpartisan All rights reserved.
Wp Theme by Templatesnext . Blogger Template by Anshul