2.40pm / Jumaat 14hb Mei 2010

Wujudnya pemikiran agak rebel mungkin disebabkan satu tekanan atau pemberontakan yang secara spontan dan menjadi satu pasukan atau budaya yang amat luar biasa.Namun apa yang aku tulis ni bukan lah ertinya aku cuba bersifat rebel atau sebagainya, ia mungkin kata-kata yang agak terkilan, merajuk, pembentangan, pemikir dan sebagainya.
Ciptaan Allah s.w.t menghasilkan hidupan akhirnya melalui proses pelbagai dengan wujudnya alam.Salah satunya wujudnya pokok menghasilkan sekeping kertas dan manusia mencipta sistem atau nilai menjadi serta menyakinkan kehidupan manusia yang sangat bermakna.

Akhirnya tercipta lar nilai wang atau nila ringgit ( jika di Malaysia). Penggunaan duit atau nilai yang sangat berunsur emas ini mendatangkan pelbagai kesan, impak serta pespektif yang berbeza dalam setiap situasi.Jika di zaman yang serba moden ini mungkin boleh dikelaskn pembunuhan atas motif nilai wang, penceraian atas motif wang, peperangan atas motif wang, pepecahan budaya-agama-struktur perlembagaan-sistem social-tamadun disebabkan motif wang.


Wang sangat bermakna pada ketika ini, ibarat akan mati kalau tidak mempunyai wang di dalam poket untuk kehidupan seharian.Namun ada pihak yang sering mempermainkan nilai wang ini, ada pihak yang memperdagangkan nilai wang, ada pihak yang mengusai nilai wang ini.Adakah golongan atasan atau pihak di belakang sana?


Penggunaan wang ini sewenangnya digunakan bagi golongan atasan bagi mempermainkan golongan bawahan.Perbuatan ini amatlah keji serta sangat menjijikan.Pembaziran juga berlaku di dalam proses ini.Adakah tamadun hampir hancur dengan perkara sebegini?Lebih menyedihkan pihak / golongan atasan sering menggunakan industri politik moden bagi menjatuhkan golongan bawahan.Sistem pemberian wang menjadi sangat tidak adil.Ini bukan lah untuk menceritakan hal walhal politik moden yang sememangnya kita sudah pasti dari sudut nilai seni yang sangat “corrupt” rosak, hancur, binasa dan sebagainya.


Betapa sukarnya untuk mendapatkan nilai wang ini bagi golongan bawahan.Terpaksa merayu dan sebagainya.Puas turun naik bangunan pengeluar wang, mengisi borang, membuat rayuan, membuat cetakan namun tetap sukar.Padahal nilai wang itu sangat bermakna bagi pencarian golongan bawahan yang secara neutralnya disebut orang miskin dan susah.Mengalir air mata bila ketahui hasil titik peluhnya tidak berjaya bagi mendapatkan wang melalui bangunan perantaraan cetak wang ke pengeluaran wang.Ini adalah disebabkan pihak atasan yang sangat mementingkan pengkelasan dalam kehidupan mereka.Mereka tidak penah memikirkan perjalan kesusahan mendapatkan nilai tinggi ni yang asalnya dari kepingan ciptaan tuhan dan menjadi rebutan setelah dicop dan di illustrasikan menggunakan mesin moden.


Bagaimana dengan nasib anak-anak muda yang mula melihat dunia, mempunyai idea-idea bernas, kreatif, berilmu untuk memantapkan pencapaian negara namun dari golongan bawahan?Adakah sentiasa akan diselubungi masalah sebegini?Adakah kehidupan anak-anak muda golongan kreatif ini akan sentiasa ditindas, dihalang, dimatikan dan di kontradikkan dengan anak muda golongan atasan?Betapa kasihannya permainan sistem kewangan ini akhirnya membunuh berjuta-juta manusia yang berguna untuk kehidupan duniawi.


-HAFIZ DETROIT-