Adapun kisah budak penipu ini menjadi bualan sukaramai,  tauladan mahupun ejekan lidah2 tak bertamadun, namun kisah di balik watak dan perwatakannya mampu memberi impak daya saing di zaman yg serba kejam ini.

Nah! Dengan suka hati nya aku membuat andaian watak2 ini selaras dengan apa yg terlihat di mata dan fikiran dangkal aku. Silakan.

Serigala
Watak yg digeruni, kejam, menghantui, berkuasa, ancaman dan disalah guna(oleh budak tak guna).  Persamaan watak ini dengan perkara2 petrol, kereta, rumah, pinjaman dll sangat jelas. Manusia dilihat begitu galak dilanyak perkara berkuasa ini sehinggakan ia akhirnya membinasakan diri. Namun siapa yg memanipulasi perkara ini sebenarnya lebih cilaka dari seekor tenuk kesesatan.

Kambing
Kasihan. Itu sahaja komen aku. Mane tak nye, kalau tak kene baham masih digunakan sebagai point budak sial utk menarik perhatian orang kampung. Namun kambing tetap dungu meragut. Tiada masalah. Tiada keraguan. Ragut dan ragut. Samalah seperti rakyat yg melaungkan istilah 'syukurlah negara aku tak perang' ngeh3.

Budak penipu
Menggunakan peluang sebagai budak comel dan innocent utk memanipulasi situasi. Berkata2 manis, mampu memujuk namun hati busuk ibarat lori tong sampah accident. Jika dilihat, ini lah orang yg suka berjanji, melolong dan bangga dengan janji2nya, meyakinkan orang ramai bahawa mereka teraniaya padahal dialah yg paling bangsat pernah wujud disini

Orang kampung
Kaum yg belajar dari kesilapan, bersifat menghukum, tetapi apabila dirasakan teraniaya. bodoh pada awalan kisah kerana diperdaya dan terus diperdaya. Akhirnya mereka jitu melawan kekhilafan itu. Seperti juga mangsa2 banjir di banting sana. Setelah bosan dilanda banjir, mereka akhirnya berpakat menendang dan memaki air2 banjir itu.

Padang ragut
Pementasan kisah tragik ini. Disinilah bermula kisah sayu ini. Menjadi saksi ketamakan manusia, hebohnya kekejaman, penindasan dan kedurjanaan. Pentas tetap setia walau udaranya berubah menjadi debu hitam. Tanpa pementasan ini apakah ada kisah budak sial itu? Tanpa dunia tempat tinggal kita adakah wujud kita semua? Adakah bisa aku menulis?

Alhamdulillah masih bernafas rohku