Kompunk

Mazidul atau nama pendeknya dol,
bukanlah asing dimata produser2 muzik antarabangsa, malah beliau juga sangat terkenal dikalangan pemuzik tempatan dengan kebolehannya bermain kompang. Kompang je?? Bangsat punya alat muzik ni budak2 sekolah je main.. Ataupun bak kata minah2 pavillion 'ape kelas kompang, baik i main muzik guna ipad i ni baru gewwraanddd!!'. Ah sial!! Alat ni menjadi semakin underrated dan dilupai sehinggalah mamat bernama dol ini menjasai dunia kompang sehingga ia menjadi alat muzik penting dlm arena muzik. Dan kalau tak silap, universiti di seluruh negara italy mewajibkan pelajarnya mengambil subjek kompang dengan 1 kredit hour!

Nampak!! Kejadah kulit kambing dengan kayu bervarnis kayu dan berlogo ezhar ini kini telah diantarabangsakan. Oleh siapa??? Mazidul lah!! 'dol tampil berkompang di white house bersama neil peart, igor cavalera, the corrs, ryan canning, norah jones dan beberapa artis antarabangsa-harian metro' haa sekarang kau tahu bertapa gah nya nama dol, manusia bersusuk kurus kering dengan gigi jongang sedikit bertahi ini. Tidak hensem tapi cukup lemah lembut dan romantis. Begitulah dol yg dikenali.

Mengungkit kisah silamnya berkaitan kompang ini, beliau main atas dasar minat yg mendalam terhadap permainan kompang ini. Lebai nasaruddin dulu cukup puji cara permainannya. Sehinggakan di usia 11 tahun beliau mampu mengetuai jambori kompang yg dianggotai 800 ahli kompang sewaktu konvensyen kompang peringkat Najib tun razak.

Ketika masuk sekolah menengah, beliau tidak berapa mempunyai masa utk belajar, manakan tidak stiap minit cikgu marjuki menyuruhnya membuat latihan kompang atau paling tidak pun mendendangkan lagu kompang pada cikgu diktator itu. Sampailah keputusan PMR tiba, beliau mendapat keputusan yg sangat mendukacitakan dirinya, dol sedih dengan keputusan 4A 4C itu. Apa yg diharapkannya ialah 8A.

Jadi sewaktu tingkatan 4, dol mula memberi kosentrasi yg penuh untuk belajar, die pun tukar laa ke sekolah asrama penuh. Kat situ jiwanya tak tenteram setiap kali geng2 mahmud buat latihan kompang belakang surau sekolah. Tp didiamkan aje. Akhirnya dol dalam tak sedar boleh mengawal obsesinya terhadap kompang apabila beliau berkenal dgn kawan baru di asrama, usin. Usin merupakan anak jawa yg bertanggungjawab membuka minda dol mengenali muzik dgn lebih jauh.

Dari situlah dol dan usin mengenal erti jamming, punk rock, dan suka duka kehidupan mamat nerd. Mereka kerap fly dari asrama semata2 nk jamming lagu pretty vacant dan holiday in cambodia bersama 2 lg sahabat karib, ajin dan samardi. Ajin vokalis, samardi lead gitar, usin bass n vokal dan dol drum n vokal. Lengkaplah pemuda2 punk rock ni main di majlis gig kecilan anjuran pemuda bebas hisap dadah.

Dol jugak tak ketinggalan mencuba alat2 perkusi yg pelbagai. Bakatnya buka pada kompang dan drum, tetapi die juga hebat bermain rebana, bellyra, dci snare drum, highland snare drumming, djimbe, bongooww, tabla dan kayu tik tok.

Tetapi dia masih tidak dpt melupakan kesilapan diwaktu pmr dahulu. Die mendapat keputusan memberangsangkan dlm SPM. 9A1 1A2 1B4. Bangga gila pakcik akmal pabila mendapat tahu keputusan itu.

Dol lepas tu menyambung study di universiti di australia dengan jurusan sains sosial. Disitulah beliau menjadi punk rocker tegar. Hangout bersama rakan unibersiti berideologi punk, zach, pollock, sam, randy dan ramai lagi. Sempat menubuhkan band 'demolished' dengan rilisan ep dan album. Ade laa keluar 2 album. Dol sememangnya genius dlm bermuzik. Terdapat tribal australian campur malay traditional muzik dalam muzik punk yg serba distortion itu. Sehinggakan  tony kanal pernah.memuji beliau di dalam twitter dol. 'hi dol, baru lepas dengar album anda, sangat hebat gabungan muzik melayu anda. Saya nantikan album anda seterusnya. Dan mungkin lebih bnyk instrumen diketengahkan. - Tony'.

Semenjak tu.... Ahh semenjak ape lagi!!! Nnt bila senang aku sambung kisah watak fiksyen ni lagi. Tak payah nk hadap sangat kisah bodoh dol dan rakannya ni. Bye bye

Perkataan yg disalah sebutannya

Hi mengkome sekalian. Dah click advertisement aku kt sebelah ni? Kalau belum silalah click demi masa depan yg indah dan permai.

Mengenai tajuk entri aku yg serba kekontangan ilham ni, ingin aku kongsi bersama perkataan yg telah disalah sebut oleh pengguna-pengguna bahasa yakni dlm bahasa melayu mahupun inggeris atau juga bahasa sanskrit lama.

Tujuannya bukanlah untuk menganjing atau nk mentahikan mereka, kita sama-jahil di dunia ni jadi ape salahnya kita kongsi perkara yg betul.

Nah senarai perkataan berikut seperti di bawah. Bedasarkan pada pengalaman hidup aku yg setahun jagung ini. Bermula dr Terimalah,

Kanciw - kancil
Pinta - pindah
Kula kula - kura kura (bukan gula gula)
Lodo - logo
Masut - masuk
Penangkap - pengakap
Kinit - klinik
Wendo - vendor
Emiu - email
Plock - block
Totoi - dodol
Honta - honda
Han dua - hang tuah
Pencayaq - pen cair (bukan percaya)
Pikin - bikin
Mula - murah
Oliginal - original
Wee cee dee - vcd
Tee wee dee - dvd
Woily - oily
Es betu - ais batu
Woo yea yeamm - O Y M
Arth - earth
Temphak - tembal
Oledi - already

Ok jikalau terkasar bahasa haral diampuni. Dan jika tidak puas sila berikan feedback dan jgn lupa iklan disebelah ni. Terima kaseh rakan

kepada pencari kerja

Apa agama kau?
Apa bidang kerjaya kau?
Siapa kau undi, waktu pilihanraya?
Bila kerja terakhir kau?
Kau ade skill?
Adakah kau dlm rawatan atau mengambil ubat?
Kau pernah mencuri?
Pernah menipu?
Senaraikan ahli keluarga kau dan bagaimana mereka meninggal?
Adakah kau komunis?
Adakah kau LGBT?

Hah sekarang duduk disitu

Berat?
Tinggi?
Jantina apakah kau ini?
Berdiri disitu.. Siapa seterusnya?
Apa warna kau?
Berapa umur kau?
Kau sanggup berperang demi aku?
Apa perasaan kau terhadap hak haiwan dan pembedahan makhluk hidup atau laga anjing?

Kencing di bekas ni, masuk khemah dimana mereka potong rambut kau dan ambil cap jari

Sekarang senaraikan kawan dan kenalan kau
Penyakit tak boleh dirawat?
Jangkitan penyakit?
Senaraikan hutang kau
Nombor keselamatan sosial?
Lesen memandu?
Tarikh lahir?
Akaun bank?
Kad kredit?
Pendapatan kasar?
Gaji tahunan?
Perbelanjaan bulanan?

Ini alamat terbaru kau????

(dipetik dari karya busuk kotor terencat)

Serigala, kambing, budak penipu, orang kampung dan padang ragut

Adapun kisah budak penipu ini menjadi bualan sukaramai,  tauladan mahupun ejekan lidah2 tak bertamadun, namun kisah di balik watak dan perwatakannya mampu memberi impak daya saing di zaman yg serba kejam ini.

Nah! Dengan suka hati nya aku membuat andaian watak2 ini selaras dengan apa yg terlihat di mata dan fikiran dangkal aku. Silakan.

Serigala
Watak yg digeruni, kejam, menghantui, berkuasa, ancaman dan disalah guna(oleh budak tak guna).  Persamaan watak ini dengan perkara2 petrol, kereta, rumah, pinjaman dll sangat jelas. Manusia dilihat begitu galak dilanyak perkara berkuasa ini sehinggakan ia akhirnya membinasakan diri. Namun siapa yg memanipulasi perkara ini sebenarnya lebih cilaka dari seekor tenuk kesesatan.

Kambing
Kasihan. Itu sahaja komen aku. Mane tak nye, kalau tak kene baham masih digunakan sebagai point budak sial utk menarik perhatian orang kampung. Namun kambing tetap dungu meragut. Tiada masalah. Tiada keraguan. Ragut dan ragut. Samalah seperti rakyat yg melaungkan istilah 'syukurlah negara aku tak perang' ngeh3.

Budak penipu
Menggunakan peluang sebagai budak comel dan innocent utk memanipulasi situasi. Berkata2 manis, mampu memujuk namun hati busuk ibarat lori tong sampah accident. Jika dilihat, ini lah orang yg suka berjanji, melolong dan bangga dengan janji2nya, meyakinkan orang ramai bahawa mereka teraniaya padahal dialah yg paling bangsat pernah wujud disini

Orang kampung
Kaum yg belajar dari kesilapan, bersifat menghukum, tetapi apabila dirasakan teraniaya. bodoh pada awalan kisah kerana diperdaya dan terus diperdaya. Akhirnya mereka jitu melawan kekhilafan itu. Seperti juga mangsa2 banjir di banting sana. Setelah bosan dilanda banjir, mereka akhirnya berpakat menendang dan memaki air2 banjir itu.

Padang ragut
Pementasan kisah tragik ini. Disinilah bermula kisah sayu ini. Menjadi saksi ketamakan manusia, hebohnya kekejaman, penindasan dan kedurjanaan. Pentas tetap setia walau udaranya berubah menjadi debu hitam. Tanpa pementasan ini apakah ada kisah budak sial itu? Tanpa dunia tempat tinggal kita adakah wujud kita semua? Adakah bisa aku menulis?

Alhamdulillah masih bernafas rohku

Outstanding award... (kalaulah aku banyak uwang dan boleh beri kamu)

Theeehehehehhehehe....

rase besalah pulak rasenye dengan pembaca2 blog aku yang hampir setahun jagung menunggu entri baru di laman ini.. Untuk pengetahuan kome, aku sangat bosan menulis di sini lagi kerana aku tak mendapat ape2 pulangan mahupun sedikit wang bantuan BR1M. Jadi, aku buat keputusan yang betul dengan hanya berehat dan bertandang di pusat2 memancing berhampiran.

OK~ (merujuk pada tajuk entri)
Manusia2 yang paling outstanding pernah wujud dalam akaun facebook aku. Berdasarkan pemerhatian dan sedikit sumbangan dari penerima anugerah ini, maka aku bersemangat kembali untuk mengharungi arena ini. Kriteria berdasarkan bertapa terujanya aku untuk membaca setiap wall post dari rakan2 facebook aku ini baik yang hampeh mahupun yang handal. Harap maaf tiadanya aku akan akaun twitter kerana ianya saaaakkkk!! Misal kata suatu hari aku terpilih menjadi kepala desa, kan ku berikan anugerah terhadap manusia2 outstanding ini dan akan dihebahkan di mata umum melalui media2 mainstream dan juga blog2 pembangkang. Ok mari kita lihat siapa yang mendapat anugerah ini.. yeahhhhh


Anton Manja :
Yeahhh.. kenapa anda outstanding di mata saya?? kerana anda adalah manusia paling berani, jitu, kental, riang ria dan aku akan sentiasa senyum dan gembira membaca status kau. sumpah ini bukan anasir2 sarcasm.. aku betul2 suke dengan kejujuran diri kau. Harap kau kekal dengan imej bersahaja ini dan tolong jangan lupakan rakyat jika kau diangkat menjadi wakil rakyat nanti! 
>>tahap outstanding = KAGUM

" RAMAI ORANG KATA STRAIGHT EDGE ADALAH TREND..BAGI AKU IANYA BUKAN TREND!TETAPI,KALAU BETUL LA IANYA MENJADI TREND,ITU ADALAH TREND YG POSITIF DAN SANGAT BAGUS!CUMA KALAU ADA YG MENJADI STRAIGHT EDGE SEMATA-MATA NAK NAMPAK COOL DEPAN AWEK-AWEK TAK GUNA JUGAK..KONONNYA SIHAT/POSITIF TAPI GILA PANTAT!AKU TAPAK JUGAK MUKA KAU NANTI...YG PALING PASTI IALAH ROCK N ROLL TIDAK PERNAH MENJADI TREND! IANYA ADALAH....LU PIKIR LAH SENDIRI !!! "

Asyraf Ramli :
Tiada unsur2 buyers atau budaya rasuah disini. Yang pastinya mamat ni seringkali mengeluarkan statement2 yang ilmiah, informatif dan kekadang memberi sedikit tekanan di pihak berwajib. setiap kali nama beliau muncul di facebook, mesti ada isu besar yang melanda malaysia atau setidak2 nya beliau memberi kesedaran pada kau
>>tahap outstanding = COOL

"pemimpin itu asalnya adalah seorang rakyat. zalimnya seorang pemimpin 

disebabkan zalimnya seorang rakyat, begitu juta sebaliknya. sekian."

Faizah Mohd :
Ini yang dinamakan cinta agung. Kenapa?? kerana beliau sangat2 bercinta.. dan aku sangat merasakan yang mereka ini bercinta.. tiada siapa yang bercinta sehebat ini. malah man taiping pun kalah dengan beliau. Ajijah.. aku bagi kau A++ siap ada tapak 
>>tahap outstanding = LOVE

"bergaya sungguh suami ku ;p"

Auta Autistik :
Huh.... ini ialah perkara yang sering ditunggu2... aku suka membaca falsafahnya... walaupun aku kekadang tiada memahami isi terkandung, tetapi aku hanyalah si bodoh yang kagum dengan bahasa2 si penipu ini.... Aku sering terfikir untuk menjadi manusia ini.. tetapi apa kan daya aku hanya ada bantal empuk dan selimut tebal
>>tahap outstanding = LIKE A SIR

"Ave! I am the bringer of scorn."

Mezuwa Jai :
Pendakwah... yaa pendakwah.... jangan laa kau orang takut sepertimana kau sedang bermain takraw di waktu senja dan tiba2 lenyap di dalam longkang pabila melihat sekumpulan tabligh.. tenang.. terima dan coba hayati kata2 dakwah kawan2 kamu. 
>>tahap outstanding = ALHAMDULILLAH 

"Kita nak wat ape pun kat dunia ni buat la..jnji hati kita igat pada akhirat..bkn igt dunia.."


Yanie Ilani :
Errrrr.... ini mungkin salah satu selebriti yang wujud dalam firndlist aku.. atau setidak2 nya beliau ini mungkin reporter ataupun facebook menjadi sebahagian dari organ badannya.. amik contoh sains nya begini lah.
- mata melihat - masuk ke otak (digest) - pergi ke hati - post di facebook.. kah kah kah
>>tahap outstanding = SAYA MEMPUNYAI 800 HELAI BULU HIDUNG!!

"otw to sg petani ;)"


Razif Salleh :
Kekerapan purata appear pada facebook setiap hari ialah 342 pos rasanya. Topik lebih berkisar pada kehidupan peribadi yang sentiasa beeessssttt dan bertapa awesome nya menjadi saya.. anda tahu saya adalah gaban yang datang menyelamatkan anda?? anda tau ?????
>>tahap outstanding = KALAU CHUCK NORRIS COOL??? SAYA NI LEBIH LAGI 

"time tOo keluarkn pelOohh....rini nak MAIN ape eak...?"

Mas Combat :
WOW!!!! ini lah profile yang tak sah kalau aku tak perhati selalu.. setiap pos nya membuatkan hatiku gembira... menari lalalalalaaaa..... melihat bagaimana beliau tenang mengawal emosi dan selesaikan masalah dengan hanya pos di facebook. bayangkan setiap inci masalahnya dikongsi bersama 6000 rakannya? waah!! ini sudah tahap selebriti juga nih! kalau 12 orang seperti ini benar2 wujud dalam dunia aku, lantas aku mengambil cuti tahunan hanya untuk merujuk pos2 hebat dari anda.. 
>>tahap outstanding = BEST REGARDS.... BEST REGARDSSSS

""Memaafkan lebih baik dari berdendam."
Perlu ke maafkan orang yang memfitnah kita tentang maruah diri & sumber rezeki kita?"

Bunga Kantan :
OK ini last.. kome semua bole tarik napas panjang2. hehehe... ini pulak salah satu profile yang.... ye buatkan aku tidur lena, lawaskan berak aku dan menambah tahi kuku aku. pos2 yang berkelakuan matang, rendah diri, pecinta agung, rasional dan tulus murni. yeahhhh!! tak terkata aku tahap awesomenye beliau ini.. aku tak terkata dah.. ok bye bye aku nak gi berak!!!! 
>>tahap outstanding = URGHH URGHHHH

"Setiap brg hadiah org bg time kahwin semua aku guna sekali je pastu terus golll. Pastu suami sound..." You brg apa pun pki semua rosak... 

Selamba jer aku jwb...." I klu barang murah2 xberjenama mmg i xreti jaga..." ;D"

























































Tribute buat sahabat (Syazwan Anuar)

Syazwan.... Syazwan..... Syazwan.. begitulah nama diberi.. mungkin waktu lahir encik Anuar yang cool itu memberi nama hebat ini kepada beliau.. atau mungkin Uncle2 beliau yang tidak kurang cool itu... AAAH!!!! apa ada pada nama.. kerana kini beliau sudah pun bangga dengan nama buatan beliau sendiri.. pippo, noit2, uwaan, sazwaaan, abang, kecil panah cili api, kacak gunung ledang, tengkok lebar, chubby det... OPPPSSS.. tu lain.. yang penting beliau ini yang suka dipanggil noit bakal menjadi golongan suami2 dalam tak kurang dari seminggu ini....

Sebagai rakan, aku bersimpati kerana beliau tidak lagi bujang seperti kami yang terbang bebas di awang-awangan sambil mengaktifkan otot2 tangan... aku juga berbangga dengan kau wan,... akhirnya tercapai juga hasrat kau untuk mendirikan masjid bersama insan yang kau sangat sayang.,

jadi untuk penulisan kali ini.. aku akan ungkit segala kelakuan, telatah, semangat jitu kau khas buat tatapan semua.. supaya kau tahu yang kau adalah insan yang hebat dan layak untuk bergelar abah-abah!!!

Pippo.... berkawan dengan beliau semenjak belajar di negeri hebat itu (perak). agak sombong (mungkin) pada mulanya... tapi tak lekang dengan senyuman samada sinis ataupun ikhlas... bermain skateboard dengan seluar 3quarter. dan selalu akan dilihat tag team bersama abi gio... asal kelahiran taiping... katanya di taiping laa kot.. waktu lahir dikatakan bersebelahan katil man taiping...

berwatak cool, tenang dan macho di samping rupa paras yang bisa membuatkan wanita hanyut dalam gelora cinta yang tidak pasti. tidak terlalu tinggi, berbadan sederhana, berkulit putih mulus dan berambut custom made (rambut yg dipotong dengan tangan sendiri akibat telinga pernah dipotong oleh mamak). berketiak bersih dan berbau wangi sentiasa. gigi yang teratur dan sedikit bermisai. berdahi sederhana dan bertengkok lebar. begitulah serba sedikit sifat fizikal beliau. minat akan sukan bolasepak, memanah dan gusti. shinggakan pernah menjadi wakil negeri untuk divisyen 16 ipoh menjadi goalkeeper.. hebat kau wan!!!

sifat2 terpuji beliau termasuklah suka membantu golongan yang cantik serta kanak2 comel, rajin dalam membuat kerja, sangat komited dan sanggup memberikan komitmen 110% dalam apa jua kerja atau tugas yang diberi,jujur dan TIDAK PERNAH MENIPU WALAUPUN SEKELUMIT PENIPUAN, tegas dalam membuat keputusan dan seorang pendengar yang bijak. juga merupakan ketua tingkatan sewaktu tingkatan 4 dan 5. terbaru beliau pernah menyelamatkan warga emas dari mati kelemasan di sungai nanding ulu langat. mmg sangat terpuji sifat beliau!!!

Sepengalaman aku dengan uwan ni.. banyak aku pelajari dari beliau. dan kami menamakan beliau sebagai tok guru wan atau pakar sakit wan kerana kehebatan beliau dalam mengubati penyakit2 yang berkaitan hubungan kemanusiaan. Tidak setakat disitu sahaja, beliau juga pakar dan sering menjadi rujukan kami dalam pejaran2 terutama subjek2 yg susah seperti illustration(artwork kuala kangsar gambar budak pandang labu sayung) dan adevertising (perkataan WOW yang dihighlight oleh ema malini). Uwan juga aktif dalam bidang sukan dimana beliau pernah memenangi acara tenpin bowling perseorangan peringkat daerah ulu bertam. Pernah sewaktu kecil bercita2 menjadi penulis novel terkenal tetapi sekarang sedikit menyimpang dari cita2 tersebut.

Beliau juga pernah menyatakan hasrat untuk menjadi perdana menteri dan sanggup menghapuskan amalan rasuah dan menjadikan malaysia negara yang maju dan aman dengan membuang beberapa negeri yang tidak sepatutnya serta membina kapal mewah dan besar untuk dinaiki golongan kurang upaya dan golongan kurang menawan. Hasrat itu kami sokong bulat2 kerana suara2 lantang seperti beliau lah yang membuat kami terharu tentang perjuangan sejati beliau

pippo, hampir 8tahun aku kenal kau ye dak,... 8 tahun tolak 5 tahun bersamaan 3 tahun ditambah pula tahun lompat dan tahun harimau pada tahun ini.... kau telahpun hampir melangkah ke alam baru.. selamat aku ucapkan pada kau sahabat. dan selamat juga pada pasangan kau iaitu monada le monde.. semoga berbahgia hendaknya dan aku harap kau kotakan janji kau untuk menamakan anak kau sebagai ronaldo..

Terima kasih daun keladi



Playlist :

Pink Floyd - one of these days
- another brick in the wall (part 1)
- what shall we do now
- marooned
- echoes
- matilda mother
- shine on you crazy diamond

Bercerita tentang playlist aku....

Berkat selawat...

apehal korang dah jarang nak jenguk sini?? dah bosan dengan hasil tulisan aku yang hebat2 belaka ni ka???

AAAHHH!!!! perseten laa semuanya... sebab kali ni aku rasa aku nak reveal kat kamu semua kenapa setiap penulisan aku ada tajuk2 lagu di bawah ini yakni lagu yang sedang aku dengar sewaktu proses menaip ini....

nampak gayanya enjin yang telah lama sejuk agak susah nak panas.... begini laa aku rasakan sekaran.... tumpul...... hambar........ lahanat...... dan macam sial!

ok.... playlist yg aku sertakan tu biasanya lagu2 random yg ada dalam simpanan storage cakera keras yang semakin keras semakin enak itu.... menggunakan platform winamp versi berapa tah.... aku gagah mencuri headfon kepunyaan syarikat.. dan mendengar dakyah2 musik yang melalaikan itu.. aku sedar... tapi bak kata adik pilah (budak thrasher lepak bb tu) "bondo yang tuhan larang tu laa sodap,... tak cayo ekau buek laa bondo2 yang tuhan larang.. semuonyo sodap2 belako." *kredit to adik pilah ya...

sebanyak lebih dari 1500 lagu aku tempatkan dalam cakera MANTAP itu.... kebanyakannya lagu2 yang susah anda nak dengar di hot fm, sinar fm dan radio cilipadi buatan kamal reza dan linda razwillll... selagi trend dan moden sesebuah lagu itu selagi aku tak mempedulikannya.. selagi aku jelek dengan kerenah si trendy yang aku sendiri pon tergolong dalam trendy itu.. tahi lah!!!

what's you favourite music??? "ooh... i ni universal... layan semua lagu...." kepala bapak kau laa layan semua lagu.... jangan nak berdalih laa,.. aku suruh dengar lagu john farnham baru nak terpinga2 tak tahu dan kata tak sedap. lepastu konon2 macam musician dengan baju band rolling stone gambau lidah atau pink floyd lambang segitiga... ape kau ni??? sempoi ke pakai lambang tu tanpa tahu dan dengar??? setahu aku syaitan je reti pakai2 bende2 tu..

haih.. ok laa ok laa.... aku ni meroyan tak tentu pasal apesal kan... ni nak begitahu korang semua... aku ni sebenarnya dibesarkan dengan lagu2 nasyid dan ketuhanan.. dan sampai sekarang aku masih mendengar... playlist yg aku letak bawah tu semua propaganda duniawi untuk mengaburi mata korang je... aku nak nampak cool dan sempoi supaya orang kenal aku sebagai seorang yang hebat seperti herman tino dan rano karno.. itu aje niat aku...

kalau siapa2 yang rasa bersalah dengan ape yg aku buat ni.. sila email pada jururawat yang bertugas dan dapatkan khidmat nasihat pakar fisioterapi ye


-respect walk-

Playlist :

Rush - something for nothing
Iron maiden - out of the shadow
folk song - Flower of scotland
rush - bastille day
koffin kanser - paralyzed mind
koffin kanser - soul new agenda
Copyright © 2010 tuanpartisan All rights reserved.
Wp Theme by Templatesnext . Blogger Template by Anshul