Tribute buat sahabat (Syazwan Anuar)

Syazwan.... Syazwan..... Syazwan.. begitulah nama diberi.. mungkin waktu lahir encik Anuar yang cool itu memberi nama hebat ini kepada beliau.. atau mungkin Uncle2 beliau yang tidak kurang cool itu... AAAH!!!! apa ada pada nama.. kerana kini beliau sudah pun bangga dengan nama buatan beliau sendiri.. pippo, noit2, uwaan, sazwaaan, abang, kecil panah cili api, kacak gunung ledang, tengkok lebar, chubby det... OPPPSSS.. tu lain.. yang penting beliau ini yang suka dipanggil noit bakal menjadi golongan suami2 dalam tak kurang dari seminggu ini....

Sebagai rakan, aku bersimpati kerana beliau tidak lagi bujang seperti kami yang terbang bebas di awang-awangan sambil mengaktifkan otot2 tangan... aku juga berbangga dengan kau wan,... akhirnya tercapai juga hasrat kau untuk mendirikan masjid bersama insan yang kau sangat sayang.,

jadi untuk penulisan kali ini.. aku akan ungkit segala kelakuan, telatah, semangat jitu kau khas buat tatapan semua.. supaya kau tahu yang kau adalah insan yang hebat dan layak untuk bergelar abah-abah!!!

Pippo.... berkawan dengan beliau semenjak belajar di negeri hebat itu (perak). agak sombong (mungkin) pada mulanya... tapi tak lekang dengan senyuman samada sinis ataupun ikhlas... bermain skateboard dengan seluar 3quarter. dan selalu akan dilihat tag team bersama abi gio... asal kelahiran taiping... katanya di taiping laa kot.. waktu lahir dikatakan bersebelahan katil man taiping...

berwatak cool, tenang dan macho di samping rupa paras yang bisa membuatkan wanita hanyut dalam gelora cinta yang tidak pasti. tidak terlalu tinggi, berbadan sederhana, berkulit putih mulus dan berambut custom made (rambut yg dipotong dengan tangan sendiri akibat telinga pernah dipotong oleh mamak). berketiak bersih dan berbau wangi sentiasa. gigi yang teratur dan sedikit bermisai. berdahi sederhana dan bertengkok lebar. begitulah serba sedikit sifat fizikal beliau. minat akan sukan bolasepak, memanah dan gusti. shinggakan pernah menjadi wakil negeri untuk divisyen 16 ipoh menjadi goalkeeper.. hebat kau wan!!!

sifat2 terpuji beliau termasuklah suka membantu golongan yang cantik serta kanak2 comel, rajin dalam membuat kerja, sangat komited dan sanggup memberikan komitmen 110% dalam apa jua kerja atau tugas yang diberi,jujur dan TIDAK PERNAH MENIPU WALAUPUN SEKELUMIT PENIPUAN, tegas dalam membuat keputusan dan seorang pendengar yang bijak. juga merupakan ketua tingkatan sewaktu tingkatan 4 dan 5. terbaru beliau pernah menyelamatkan warga emas dari mati kelemasan di sungai nanding ulu langat. mmg sangat terpuji sifat beliau!!!

Sepengalaman aku dengan uwan ni.. banyak aku pelajari dari beliau. dan kami menamakan beliau sebagai tok guru wan atau pakar sakit wan kerana kehebatan beliau dalam mengubati penyakit2 yang berkaitan hubungan kemanusiaan. Tidak setakat disitu sahaja, beliau juga pakar dan sering menjadi rujukan kami dalam pejaran2 terutama subjek2 yg susah seperti illustration(artwork kuala kangsar gambar budak pandang labu sayung) dan adevertising (perkataan WOW yang dihighlight oleh ema malini). Uwan juga aktif dalam bidang sukan dimana beliau pernah memenangi acara tenpin bowling perseorangan peringkat daerah ulu bertam. Pernah sewaktu kecil bercita2 menjadi penulis novel terkenal tetapi sekarang sedikit menyimpang dari cita2 tersebut.

Beliau juga pernah menyatakan hasrat untuk menjadi perdana menteri dan sanggup menghapuskan amalan rasuah dan menjadikan malaysia negara yang maju dan aman dengan membuang beberapa negeri yang tidak sepatutnya serta membina kapal mewah dan besar untuk dinaiki golongan kurang upaya dan golongan kurang menawan. Hasrat itu kami sokong bulat2 kerana suara2 lantang seperti beliau lah yang membuat kami terharu tentang perjuangan sejati beliau

pippo, hampir 8tahun aku kenal kau ye dak,... 8 tahun tolak 5 tahun bersamaan 3 tahun ditambah pula tahun lompat dan tahun harimau pada tahun ini.... kau telahpun hampir melangkah ke alam baru.. selamat aku ucapkan pada kau sahabat. dan selamat juga pada pasangan kau iaitu monada le monde.. semoga berbahgia hendaknya dan aku harap kau kotakan janji kau untuk menamakan anak kau sebagai ronaldo..

Terima kasih daun keladi



Playlist :

Pink Floyd - one of these days
- another brick in the wall (part 1)
- what shall we do now
- marooned
- echoes
- matilda mother
- shine on you crazy diamond

Bercerita tentang playlist aku....

Berkat selawat...

apehal korang dah jarang nak jenguk sini?? dah bosan dengan hasil tulisan aku yang hebat2 belaka ni ka???

AAAHHH!!!! perseten laa semuanya... sebab kali ni aku rasa aku nak reveal kat kamu semua kenapa setiap penulisan aku ada tajuk2 lagu di bawah ini yakni lagu yang sedang aku dengar sewaktu proses menaip ini....

nampak gayanya enjin yang telah lama sejuk agak susah nak panas.... begini laa aku rasakan sekaran.... tumpul...... hambar........ lahanat...... dan macam sial!

ok.... playlist yg aku sertakan tu biasanya lagu2 random yg ada dalam simpanan storage cakera keras yang semakin keras semakin enak itu.... menggunakan platform winamp versi berapa tah.... aku gagah mencuri headfon kepunyaan syarikat.. dan mendengar dakyah2 musik yang melalaikan itu.. aku sedar... tapi bak kata adik pilah (budak thrasher lepak bb tu) "bondo yang tuhan larang tu laa sodap,... tak cayo ekau buek laa bondo2 yang tuhan larang.. semuonyo sodap2 belako." *kredit to adik pilah ya...

sebanyak lebih dari 1500 lagu aku tempatkan dalam cakera MANTAP itu.... kebanyakannya lagu2 yang susah anda nak dengar di hot fm, sinar fm dan radio cilipadi buatan kamal reza dan linda razwillll... selagi trend dan moden sesebuah lagu itu selagi aku tak mempedulikannya.. selagi aku jelek dengan kerenah si trendy yang aku sendiri pon tergolong dalam trendy itu.. tahi lah!!!

what's you favourite music??? "ooh... i ni universal... layan semua lagu...." kepala bapak kau laa layan semua lagu.... jangan nak berdalih laa,.. aku suruh dengar lagu john farnham baru nak terpinga2 tak tahu dan kata tak sedap. lepastu konon2 macam musician dengan baju band rolling stone gambau lidah atau pink floyd lambang segitiga... ape kau ni??? sempoi ke pakai lambang tu tanpa tahu dan dengar??? setahu aku syaitan je reti pakai2 bende2 tu..

haih.. ok laa ok laa.... aku ni meroyan tak tentu pasal apesal kan... ni nak begitahu korang semua... aku ni sebenarnya dibesarkan dengan lagu2 nasyid dan ketuhanan.. dan sampai sekarang aku masih mendengar... playlist yg aku letak bawah tu semua propaganda duniawi untuk mengaburi mata korang je... aku nak nampak cool dan sempoi supaya orang kenal aku sebagai seorang yang hebat seperti herman tino dan rano karno.. itu aje niat aku...

kalau siapa2 yang rasa bersalah dengan ape yg aku buat ni.. sila email pada jururawat yang bertugas dan dapatkan khidmat nasihat pakar fisioterapi ye


-respect walk-

Playlist :

Rush - something for nothing
Iron maiden - out of the shadow
folk song - Flower of scotland
rush - bastille day
koffin kanser - paralyzed mind
koffin kanser - soul new agenda

hebatnya melayu kau tu

hebatnya melayu kau tu..
tapi kau masih tak reti membaca jawi malahan mengaji... ?

hebat nampaknya melayu kau..
yang makin hebat jika dalam amount yang ramai. selebihnya hebat bersorak

ye.. melayu versi kau memang hebat/..
ye.. yang suka mengikut... lagi2 kalau kata2 orang berpengaruh.

hmm.. melayu melayu...
kalau nak nampak kuat sikit, masuk laa persatuan yang nampak boleh membela kaum.. tapi nampak lebih kepada membela benang yang basah aje..

sebab melayu kan sukakan kronisme.
mungkin.. mungkin...... kalau tak takde lah istilah cable,,,.........

melayu yang pandai
cuba untuk menipu dengan angan2 dan khayalan.

melayu yang bodoh
hanya tahu bertepuk tangan dan bertempik bodoh terhadap keling dan cina

melayu sederhana
terkial2.. kadang2 lewat dalam menepati masa..

yang si tua
sibuk nak membela anak kau

yang si muda pulak
tak habis2 nak isap dadah

yang budak hingusan pulak
beli aiskrim lepas tu tak reti nak habiskan,,,.....

akhir kata... kemana sepatutnya kau orang pergi kalau dah bangsa yang kau orang agungkan ni mmg korup ?????
solusinya ialah agamamu....



311 - i'll be here awhile
cassandra - dream cast hate and arm
megadeth - this was my life
ramli sarip & khatijah ibrahim - doa buat kekasih
Copyright © 2010 tuanpartisan All rights reserved.
Wp Theme by Templatesnext . Blogger Template by Anshul