Mazidul atau nama pendeknya dol,
bukanlah asing dimata produser2 muzik antarabangsa, malah beliau juga sangat terkenal dikalangan pemuzik tempatan dengan kebolehannya bermain kompang. Kompang je?? Bangsat punya alat muzik ni budak2 sekolah je main.. Ataupun bak kata minah2 pavillion 'ape kelas kompang, baik i main muzik guna ipad i ni baru gewwraanddd!!'. Ah sial!! Alat ni menjadi semakin underrated dan dilupai sehinggalah mamat bernama dol ini menjasai dunia kompang sehingga ia menjadi alat muzik penting dlm arena muzik. Dan kalau tak silap, universiti di seluruh negara italy mewajibkan pelajarnya mengambil subjek kompang dengan 1 kredit hour!

Nampak!! Kejadah kulit kambing dengan kayu bervarnis kayu dan berlogo ezhar ini kini telah diantarabangsakan. Oleh siapa??? Mazidul lah!! 'dol tampil berkompang di white house bersama neil peart, igor cavalera, the corrs, ryan canning, norah jones dan beberapa artis antarabangsa-harian metro' haa sekarang kau tahu bertapa gah nya nama dol, manusia bersusuk kurus kering dengan gigi jongang sedikit bertahi ini. Tidak hensem tapi cukup lemah lembut dan romantis. Begitulah dol yg dikenali.

Mengungkit kisah silamnya berkaitan kompang ini, beliau main atas dasar minat yg mendalam terhadap permainan kompang ini. Lebai nasaruddin dulu cukup puji cara permainannya. Sehinggakan di usia 11 tahun beliau mampu mengetuai jambori kompang yg dianggotai 800 ahli kompang sewaktu konvensyen kompang peringkat Najib tun razak.

Ketika masuk sekolah menengah, beliau tidak berapa mempunyai masa utk belajar, manakan tidak stiap minit cikgu marjuki menyuruhnya membuat latihan kompang atau paling tidak pun mendendangkan lagu kompang pada cikgu diktator itu. Sampailah keputusan PMR tiba, beliau mendapat keputusan yg sangat mendukacitakan dirinya, dol sedih dengan keputusan 4A 4C itu. Apa yg diharapkannya ialah 8A.

Jadi sewaktu tingkatan 4, dol mula memberi kosentrasi yg penuh untuk belajar, die pun tukar laa ke sekolah asrama penuh. Kat situ jiwanya tak tenteram setiap kali geng2 mahmud buat latihan kompang belakang surau sekolah. Tp didiamkan aje. Akhirnya dol dalam tak sedar boleh mengawal obsesinya terhadap kompang apabila beliau berkenal dgn kawan baru di asrama, usin. Usin merupakan anak jawa yg bertanggungjawab membuka minda dol mengenali muzik dgn lebih jauh.

Dari situlah dol dan usin mengenal erti jamming, punk rock, dan suka duka kehidupan mamat nerd. Mereka kerap fly dari asrama semata2 nk jamming lagu pretty vacant dan holiday in cambodia bersama 2 lg sahabat karib, ajin dan samardi. Ajin vokalis, samardi lead gitar, usin bass n vokal dan dol drum n vokal. Lengkaplah pemuda2 punk rock ni main di majlis gig kecilan anjuran pemuda bebas hisap dadah.

Dol jugak tak ketinggalan mencuba alat2 perkusi yg pelbagai. Bakatnya buka pada kompang dan drum, tetapi die juga hebat bermain rebana, bellyra, dci snare drum, highland snare drumming, djimbe, bongooww, tabla dan kayu tik tok.

Tetapi dia masih tidak dpt melupakan kesilapan diwaktu pmr dahulu. Die mendapat keputusan memberangsangkan dlm SPM. 9A1 1A2 1B4. Bangga gila pakcik akmal pabila mendapat tahu keputusan itu.

Dol lepas tu menyambung study di universiti di australia dengan jurusan sains sosial. Disitulah beliau menjadi punk rocker tegar. Hangout bersama rakan unibersiti berideologi punk, zach, pollock, sam, randy dan ramai lagi. Sempat menubuhkan band 'demolished' dengan rilisan ep dan album. Ade laa keluar 2 album. Dol sememangnya genius dlm bermuzik. Terdapat tribal australian campur malay traditional muzik dalam muzik punk yg serba distortion itu. Sehinggakan  tony kanal pernah.memuji beliau di dalam twitter dol. 'hi dol, baru lepas dengar album anda, sangat hebat gabungan muzik melayu anda. Saya nantikan album anda seterusnya. Dan mungkin lebih bnyk instrumen diketengahkan. - Tony'.

Semenjak tu.... Ahh semenjak ape lagi!!! Nnt bila senang aku sambung kisah watak fiksyen ni lagi. Tak payah nk hadap sangat kisah bodoh dol dan rakannya ni. Bye bye