Soalan : Buat sebuah karangan berkaitan dengan haiwan yang anda sukai. panjang karangan tidak melebihi 60 ribu patah perkataan atau anda akan dikenakan hukuman ikat di pokok mangga.

jawapan .

aku seekor anjing. lahir dari kawasan desa. mempunyai kembar yang ramai dan keluarga yang sangat besar. aku juga seekor anjing, dimana tepian jalan atau tempat persampahan dilihat sangat mnearik untuk dijadikan bahan mainan atau sumber rezeki. aku juga anjing, yang ,..... yang sangat baik... tetapi adakah hina hidup aku sebagai anjing? walaupun aku anjing yang bernajis mughallazah. tetapi ape tujuan aku dihidupkan di dunia ni? segala apa yang diciptakan oleh penciptaku Allah s.w.t adalah mempunyai fungsi yang tersendiri dan tidak dijadikan dengan sia2. jadi... kau manusia rasekan aku yang anjing ini sia2 hidupku? kau dan rakan2 kau si pie dan khairi tu seronok membaling ku dengan batu??

Inikah yang dikatakan keseronokan apabila membuli makhluk lemah dan berlemak? takpe.. hari pembalasan telahpun kau kecapi. aku seekor anjing, dimana aku sangat mementingkan semangat setiakawan dan proaktif dalam menjalani kehidupan harian. aku anjing, yang sentiasa menghormati rakan2 anjing ku walaupun kami berbeda taraf hidup. walaupun aku bertuankan si kaya raya, aku tidak pernah anggap kau si anjing jalanan sebagai babi atau tupai. percayalah anjing!! kita semua sangat bersatu. tak seperti haiwan lain...

aku bangga menjadi seekor anjing. kerana aku boleh berjasa kepada tuan aku. aku juga sangat setia kepada kerajaanku. dan akan melaksanakan perintah sebaik mungkin. namun aku anjing, yang sangat sensitif hatiku. ibarat seekor gajah kehilangan anak. aku juga mahukan perhatian darimu. aku juga inginkan belaian darimu.. wahai tuan pemilik.

dan jangan kau lupa... aku anjing... yang mempunyai semangat juang yang jitu. dan aku juga mempunyai hak bersuara. seprti para manusia yang sibuk melaungkan hak asasinya, yang sibuk menyatakan kutukan terhadap si pendusta, yang sibuk menjerit meminta bantuan, yang juga sibuk membohongi manusia melalui lidah2 media nya.. aku anjing yang tidak berteknolgi. seperti kamu.. tetapi aku juga punya cita2.. aku juga mempunyai hati dan perasaan...

anjing adalah aku, dimana sangat tahyul apabila menjelang ngambangan bulan... dibukit tinggi terdengar salakan aku... meraung hantu, bak kata pepatah bangsa melayu itu.. "bagai anjing menyalak bukit". berikutan itu, aku yang anjing sangat yakin akan kewujudan perkara2 ghaib seperti yang difirmankan Allah pada awal surah Al-Baqarah.

anjing, si anjing jugalah yang akan setia menemani tuannya dalam memburu, memancing atau menjaga kawasan rumah tuannya, si anjing ini lah yang akan menyambut tuannya si cina atau india atau mat salleh balik dari kerja. aku yang anjing ini lah yan akan sibuk berguarau kasar dengan kau manusia...

namun begitu. aku ingin jelaskan pada kau manusia... janganlah kau melayan aku seperti anjing!! tolonglah.... jangan perlakukan aku seperti anjing yang dibiarkan di tepian mencari makan di tong2 hitam... janganlah kau memukul hati dan perasaan ku wahai manusia.. aku hanyalah anjing.... yang akan menganjing perbuatan jelek kau manusia.... aku juga memerhatikan kau.... aku cuma tak mampu bertinda atas sikap kau manusia....

setelah yang demikian.. aku nasihatkan kau manusia.... janganlah kau pula menjadi lebih hina dari aku si anjing.. kerana walaupun berjasa... si anjing tetap akan berada di tahap terbawah dalam teori reincarnation agama pagan... janganlah kau manusia berlaku zalim sesama kamu.. jangan juga kamu manusia bersikap tidak adil. kerana itu bukan ciri2 seekor anjing... atau jika tidak... kau manusia akan kami si anjing menganjing hidup kamu... sia2 lah hidup kau jika tidak berusaha..

last word dari si anjing..... si anjing ini akan sentiasa setia bersama kau manusia..........................