Kompunk

Mazidul atau nama pendeknya dol,
bukanlah asing dimata produser2 muzik antarabangsa, malah beliau juga sangat terkenal dikalangan pemuzik tempatan dengan kebolehannya bermain kompang. Kompang je?? Bangsat punya alat muzik ni budak2 sekolah je main.. Ataupun bak kata minah2 pavillion 'ape kelas kompang, baik i main muzik guna ipad i ni baru gewwraanddd!!'. Ah sial!! Alat ni menjadi semakin underrated dan dilupai sehinggalah mamat bernama dol ini menjasai dunia kompang sehingga ia menjadi alat muzik penting dlm arena muzik. Dan kalau tak silap, universiti di seluruh negara italy mewajibkan pelajarnya mengambil subjek kompang dengan 1 kredit hour!

Nampak!! Kejadah kulit kambing dengan kayu bervarnis kayu dan berlogo ezhar ini kini telah diantarabangsakan. Oleh siapa??? Mazidul lah!! 'dol tampil berkompang di white house bersama neil peart, igor cavalera, the corrs, ryan canning, norah jones dan beberapa artis antarabangsa-harian metro' haa sekarang kau tahu bertapa gah nya nama dol, manusia bersusuk kurus kering dengan gigi jongang sedikit bertahi ini. Tidak hensem tapi cukup lemah lembut dan romantis. Begitulah dol yg dikenali.

Mengungkit kisah silamnya berkaitan kompang ini, beliau main atas dasar minat yg mendalam terhadap permainan kompang ini. Lebai nasaruddin dulu cukup puji cara permainannya. Sehinggakan di usia 11 tahun beliau mampu mengetuai jambori kompang yg dianggotai 800 ahli kompang sewaktu konvensyen kompang peringkat Najib tun razak.

Ketika masuk sekolah menengah, beliau tidak berapa mempunyai masa utk belajar, manakan tidak stiap minit cikgu marjuki menyuruhnya membuat latihan kompang atau paling tidak pun mendendangkan lagu kompang pada cikgu diktator itu. Sampailah keputusan PMR tiba, beliau mendapat keputusan yg sangat mendukacitakan dirinya, dol sedih dengan keputusan 4A 4C itu. Apa yg diharapkannya ialah 8A.

Jadi sewaktu tingkatan 4, dol mula memberi kosentrasi yg penuh untuk belajar, die pun tukar laa ke sekolah asrama penuh. Kat situ jiwanya tak tenteram setiap kali geng2 mahmud buat latihan kompang belakang surau sekolah. Tp didiamkan aje. Akhirnya dol dalam tak sedar boleh mengawal obsesinya terhadap kompang apabila beliau berkenal dgn kawan baru di asrama, usin. Usin merupakan anak jawa yg bertanggungjawab membuka minda dol mengenali muzik dgn lebih jauh.

Dari situlah dol dan usin mengenal erti jamming, punk rock, dan suka duka kehidupan mamat nerd. Mereka kerap fly dari asrama semata2 nk jamming lagu pretty vacant dan holiday in cambodia bersama 2 lg sahabat karib, ajin dan samardi. Ajin vokalis, samardi lead gitar, usin bass n vokal dan dol drum n vokal. Lengkaplah pemuda2 punk rock ni main di majlis gig kecilan anjuran pemuda bebas hisap dadah.

Dol jugak tak ketinggalan mencuba alat2 perkusi yg pelbagai. Bakatnya buka pada kompang dan drum, tetapi die juga hebat bermain rebana, bellyra, dci snare drum, highland snare drumming, djimbe, bongooww, tabla dan kayu tik tok.

Tetapi dia masih tidak dpt melupakan kesilapan diwaktu pmr dahulu. Die mendapat keputusan memberangsangkan dlm SPM. 9A1 1A2 1B4. Bangga gila pakcik akmal pabila mendapat tahu keputusan itu.

Dol lepas tu menyambung study di universiti di australia dengan jurusan sains sosial. Disitulah beliau menjadi punk rocker tegar. Hangout bersama rakan unibersiti berideologi punk, zach, pollock, sam, randy dan ramai lagi. Sempat menubuhkan band 'demolished' dengan rilisan ep dan album. Ade laa keluar 2 album. Dol sememangnya genius dlm bermuzik. Terdapat tribal australian campur malay traditional muzik dalam muzik punk yg serba distortion itu. Sehinggakan  tony kanal pernah.memuji beliau di dalam twitter dol. 'hi dol, baru lepas dengar album anda, sangat hebat gabungan muzik melayu anda. Saya nantikan album anda seterusnya. Dan mungkin lebih bnyk instrumen diketengahkan. - Tony'.

Semenjak tu.... Ahh semenjak ape lagi!!! Nnt bila senang aku sambung kisah watak fiksyen ni lagi. Tak payah nk hadap sangat kisah bodoh dol dan rakannya ni. Bye bye

Perkataan yg disalah sebutannya

Hi mengkome sekalian. Dah click advertisement aku kt sebelah ni? Kalau belum silalah click demi masa depan yg indah dan permai.

Mengenai tajuk entri aku yg serba kekontangan ilham ni, ingin aku kongsi bersama perkataan yg telah disalah sebut oleh pengguna-pengguna bahasa yakni dlm bahasa melayu mahupun inggeris atau juga bahasa sanskrit lama.

Tujuannya bukanlah untuk menganjing atau nk mentahikan mereka, kita sama-jahil di dunia ni jadi ape salahnya kita kongsi perkara yg betul.

Nah senarai perkataan berikut seperti di bawah. Bedasarkan pada pengalaman hidup aku yg setahun jagung ini. Bermula dr Terimalah,

Kanciw - kancil
Pinta - pindah
Kula kula - kura kura (bukan gula gula)
Lodo - logo
Masut - masuk
Penangkap - pengakap
Kinit - klinik
Wendo - vendor
Emiu - email
Plock - block
Totoi - dodol
Honta - honda
Han dua - hang tuah
Pencayaq - pen cair (bukan percaya)
Pikin - bikin
Mula - murah
Oliginal - original
Wee cee dee - vcd
Tee wee dee - dvd
Woily - oily
Es betu - ais batu
Woo yea yeamm - O Y M
Arth - earth
Temphak - tembal
Oledi - already

Ok jikalau terkasar bahasa haral diampuni. Dan jika tidak puas sila berikan feedback dan jgn lupa iklan disebelah ni. Terima kaseh rakan

kepada pencari kerja

Apa agama kau?
Apa bidang kerjaya kau?
Siapa kau undi, waktu pilihanraya?
Bila kerja terakhir kau?
Kau ade skill?
Adakah kau dlm rawatan atau mengambil ubat?
Kau pernah mencuri?
Pernah menipu?
Senaraikan ahli keluarga kau dan bagaimana mereka meninggal?
Adakah kau komunis?
Adakah kau LGBT?

Hah sekarang duduk disitu

Berat?
Tinggi?
Jantina apakah kau ini?
Berdiri disitu.. Siapa seterusnya?
Apa warna kau?
Berapa umur kau?
Kau sanggup berperang demi aku?
Apa perasaan kau terhadap hak haiwan dan pembedahan makhluk hidup atau laga anjing?

Kencing di bekas ni, masuk khemah dimana mereka potong rambut kau dan ambil cap jari

Sekarang senaraikan kawan dan kenalan kau
Penyakit tak boleh dirawat?
Jangkitan penyakit?
Senaraikan hutang kau
Nombor keselamatan sosial?
Lesen memandu?
Tarikh lahir?
Akaun bank?
Kad kredit?
Pendapatan kasar?
Gaji tahunan?
Perbelanjaan bulanan?

Ini alamat terbaru kau????

(dipetik dari karya busuk kotor terencat)

Serigala, kambing, budak penipu, orang kampung dan padang ragut

Adapun kisah budak penipu ini menjadi bualan sukaramai,  tauladan mahupun ejekan lidah2 tak bertamadun, namun kisah di balik watak dan perwatakannya mampu memberi impak daya saing di zaman yg serba kejam ini.

Nah! Dengan suka hati nya aku membuat andaian watak2 ini selaras dengan apa yg terlihat di mata dan fikiran dangkal aku. Silakan.

Serigala
Watak yg digeruni, kejam, menghantui, berkuasa, ancaman dan disalah guna(oleh budak tak guna).  Persamaan watak ini dengan perkara2 petrol, kereta, rumah, pinjaman dll sangat jelas. Manusia dilihat begitu galak dilanyak perkara berkuasa ini sehinggakan ia akhirnya membinasakan diri. Namun siapa yg memanipulasi perkara ini sebenarnya lebih cilaka dari seekor tenuk kesesatan.

Kambing
Kasihan. Itu sahaja komen aku. Mane tak nye, kalau tak kene baham masih digunakan sebagai point budak sial utk menarik perhatian orang kampung. Namun kambing tetap dungu meragut. Tiada masalah. Tiada keraguan. Ragut dan ragut. Samalah seperti rakyat yg melaungkan istilah 'syukurlah negara aku tak perang' ngeh3.

Budak penipu
Menggunakan peluang sebagai budak comel dan innocent utk memanipulasi situasi. Berkata2 manis, mampu memujuk namun hati busuk ibarat lori tong sampah accident. Jika dilihat, ini lah orang yg suka berjanji, melolong dan bangga dengan janji2nya, meyakinkan orang ramai bahawa mereka teraniaya padahal dialah yg paling bangsat pernah wujud disini

Orang kampung
Kaum yg belajar dari kesilapan, bersifat menghukum, tetapi apabila dirasakan teraniaya. bodoh pada awalan kisah kerana diperdaya dan terus diperdaya. Akhirnya mereka jitu melawan kekhilafan itu. Seperti juga mangsa2 banjir di banting sana. Setelah bosan dilanda banjir, mereka akhirnya berpakat menendang dan memaki air2 banjir itu.

Padang ragut
Pementasan kisah tragik ini. Disinilah bermula kisah sayu ini. Menjadi saksi ketamakan manusia, hebohnya kekejaman, penindasan dan kedurjanaan. Pentas tetap setia walau udaranya berubah menjadi debu hitam. Tanpa pementasan ini apakah ada kisah budak sial itu? Tanpa dunia tempat tinggal kita adakah wujud kita semua? Adakah bisa aku menulis?

Alhamdulillah masih bernafas rohku

Copyright © 2010 tuanpartisan All rights reserved.
Wp Theme by Templatesnext . Blogger Template by Anshul