Kompunk

Mazidul atau nama pendeknya dol,
bukanlah asing dimata produser2 muzik antarabangsa, malah beliau juga sangat terkenal dikalangan pemuzik tempatan dengan kebolehannya bermain kompang. Kompang je?? Bangsat punya alat muzik ni budak2 sekolah je main.. Ataupun bak kata minah2 pavillion 'ape kelas kompang, baik i main muzik guna ipad i ni baru gewwraanddd!!'. Ah sial!! Alat ni menjadi semakin underrated dan dilupai sehinggalah mamat bernama dol ini menjasai dunia kompang sehingga ia menjadi alat muzik penting dlm arena muzik. Dan kalau tak silap, universiti di seluruh negara italy mewajibkan pelajarnya mengambil subjek kompang dengan 1 kredit hour!

Nampak!! Kejadah kulit kambing dengan kayu bervarnis kayu dan berlogo ezhar ini kini telah diantarabangsakan. Oleh siapa??? Mazidul lah!! 'dol tampil berkompang di white house bersama neil peart, igor cavalera, the corrs, ryan canning, norah jones dan beberapa artis antarabangsa-harian metro' haa sekarang kau tahu bertapa gah nya nama dol, manusia bersusuk kurus kering dengan gigi jongang sedikit bertahi ini. Tidak hensem tapi cukup lemah lembut dan romantis. Begitulah dol yg dikenali.

Mengungkit kisah silamnya berkaitan kompang ini, beliau main atas dasar minat yg mendalam terhadap permainan kompang ini. Lebai nasaruddin dulu cukup puji cara permainannya. Sehinggakan di usia 11 tahun beliau mampu mengetuai jambori kompang yg dianggotai 800 ahli kompang sewaktu konvensyen kompang peringkat Najib tun razak.

Ketika masuk sekolah menengah, beliau tidak berapa mempunyai masa utk belajar, manakan tidak stiap minit cikgu marjuki menyuruhnya membuat latihan kompang atau paling tidak pun mendendangkan lagu kompang pada cikgu diktator itu. Sampailah keputusan PMR tiba, beliau mendapat keputusan yg sangat mendukacitakan dirinya, dol sedih dengan keputusan 4A 4C itu. Apa yg diharapkannya ialah 8A.

Jadi sewaktu tingkatan 4, dol mula memberi kosentrasi yg penuh untuk belajar, die pun tukar laa ke sekolah asrama penuh. Kat situ jiwanya tak tenteram setiap kali geng2 mahmud buat latihan kompang belakang surau sekolah. Tp didiamkan aje. Akhirnya dol dalam tak sedar boleh mengawal obsesinya terhadap kompang apabila beliau berkenal dgn kawan baru di asrama, usin. Usin merupakan anak jawa yg bertanggungjawab membuka minda dol mengenali muzik dgn lebih jauh.

Dari situlah dol dan usin mengenal erti jamming, punk rock, dan suka duka kehidupan mamat nerd. Mereka kerap fly dari asrama semata2 nk jamming lagu pretty vacant dan holiday in cambodia bersama 2 lg sahabat karib, ajin dan samardi. Ajin vokalis, samardi lead gitar, usin bass n vokal dan dol drum n vokal. Lengkaplah pemuda2 punk rock ni main di majlis gig kecilan anjuran pemuda bebas hisap dadah.

Dol jugak tak ketinggalan mencuba alat2 perkusi yg pelbagai. Bakatnya buka pada kompang dan drum, tetapi die juga hebat bermain rebana, bellyra, dci snare drum, highland snare drumming, djimbe, bongooww, tabla dan kayu tik tok.

Tetapi dia masih tidak dpt melupakan kesilapan diwaktu pmr dahulu. Die mendapat keputusan memberangsangkan dlm SPM. 9A1 1A2 1B4. Bangga gila pakcik akmal pabila mendapat tahu keputusan itu.

Dol lepas tu menyambung study di universiti di australia dengan jurusan sains sosial. Disitulah beliau menjadi punk rocker tegar. Hangout bersama rakan unibersiti berideologi punk, zach, pollock, sam, randy dan ramai lagi. Sempat menubuhkan band 'demolished' dengan rilisan ep dan album. Ade laa keluar 2 album. Dol sememangnya genius dlm bermuzik. Terdapat tribal australian campur malay traditional muzik dalam muzik punk yg serba distortion itu. Sehinggakan  tony kanal pernah.memuji beliau di dalam twitter dol. 'hi dol, baru lepas dengar album anda, sangat hebat gabungan muzik melayu anda. Saya nantikan album anda seterusnya. Dan mungkin lebih bnyk instrumen diketengahkan. - Tony'.

Semenjak tu.... Ahh semenjak ape lagi!!! Nnt bila senang aku sambung kisah watak fiksyen ni lagi. Tak payah nk hadap sangat kisah bodoh dol dan rakannya ni. Bye bye

Perkataan yg disalah sebutannya

Hi mengkome sekalian. Dah click advertisement aku kt sebelah ni? Kalau belum silalah click demi masa depan yg indah dan permai.

Mengenai tajuk entri aku yg serba kekontangan ilham ni, ingin aku kongsi bersama perkataan yg telah disalah sebut oleh pengguna-pengguna bahasa yakni dlm bahasa melayu mahupun inggeris atau juga bahasa sanskrit lama.

Tujuannya bukanlah untuk menganjing atau nk mentahikan mereka, kita sama-jahil di dunia ni jadi ape salahnya kita kongsi perkara yg betul.

Nah senarai perkataan berikut seperti di bawah. Bedasarkan pada pengalaman hidup aku yg setahun jagung ini. Bermula dr Terimalah,

Kanciw - kancil
Pinta - pindah
Kula kula - kura kura (bukan gula gula)
Lodo - logo
Masut - masuk
Penangkap - pengakap
Kinit - klinik
Wendo - vendor
Emiu - email
Plock - block
Totoi - dodol
Honta - honda
Han dua - hang tuah
Pencayaq - pen cair (bukan percaya)
Pikin - bikin
Mula - murah
Oliginal - original
Wee cee dee - vcd
Tee wee dee - dvd
Woily - oily
Es betu - ais batu
Woo yea yeamm - O Y M
Arth - earth
Temphak - tembal
Oledi - already

Ok jikalau terkasar bahasa haral diampuni. Dan jika tidak puas sila berikan feedback dan jgn lupa iklan disebelah ni. Terima kaseh rakan

kepada pencari kerja

Apa agama kau?
Apa bidang kerjaya kau?
Siapa kau undi, waktu pilihanraya?
Bila kerja terakhir kau?
Kau ade skill?
Adakah kau dlm rawatan atau mengambil ubat?
Kau pernah mencuri?
Pernah menipu?
Senaraikan ahli keluarga kau dan bagaimana mereka meninggal?
Adakah kau komunis?
Adakah kau LGBT?

Hah sekarang duduk disitu

Berat?
Tinggi?
Jantina apakah kau ini?
Berdiri disitu.. Siapa seterusnya?
Apa warna kau?
Berapa umur kau?
Kau sanggup berperang demi aku?
Apa perasaan kau terhadap hak haiwan dan pembedahan makhluk hidup atau laga anjing?

Kencing di bekas ni, masuk khemah dimana mereka potong rambut kau dan ambil cap jari

Sekarang senaraikan kawan dan kenalan kau
Penyakit tak boleh dirawat?
Jangkitan penyakit?
Senaraikan hutang kau
Nombor keselamatan sosial?
Lesen memandu?
Tarikh lahir?
Akaun bank?
Kad kredit?
Pendapatan kasar?
Gaji tahunan?
Perbelanjaan bulanan?

Ini alamat terbaru kau????

(dipetik dari karya busuk kotor terencat)

Serigala, kambing, budak penipu, orang kampung dan padang ragut

Adapun kisah budak penipu ini menjadi bualan sukaramai,  tauladan mahupun ejekan lidah2 tak bertamadun, namun kisah di balik watak dan perwatakannya mampu memberi impak daya saing di zaman yg serba kejam ini.

Nah! Dengan suka hati nya aku membuat andaian watak2 ini selaras dengan apa yg terlihat di mata dan fikiran dangkal aku. Silakan.

Serigala
Watak yg digeruni, kejam, menghantui, berkuasa, ancaman dan disalah guna(oleh budak tak guna).  Persamaan watak ini dengan perkara2 petrol, kereta, rumah, pinjaman dll sangat jelas. Manusia dilihat begitu galak dilanyak perkara berkuasa ini sehinggakan ia akhirnya membinasakan diri. Namun siapa yg memanipulasi perkara ini sebenarnya lebih cilaka dari seekor tenuk kesesatan.

Kambing
Kasihan. Itu sahaja komen aku. Mane tak nye, kalau tak kene baham masih digunakan sebagai point budak sial utk menarik perhatian orang kampung. Namun kambing tetap dungu meragut. Tiada masalah. Tiada keraguan. Ragut dan ragut. Samalah seperti rakyat yg melaungkan istilah 'syukurlah negara aku tak perang' ngeh3.

Budak penipu
Menggunakan peluang sebagai budak comel dan innocent utk memanipulasi situasi. Berkata2 manis, mampu memujuk namun hati busuk ibarat lori tong sampah accident. Jika dilihat, ini lah orang yg suka berjanji, melolong dan bangga dengan janji2nya, meyakinkan orang ramai bahawa mereka teraniaya padahal dialah yg paling bangsat pernah wujud disini

Orang kampung
Kaum yg belajar dari kesilapan, bersifat menghukum, tetapi apabila dirasakan teraniaya. bodoh pada awalan kisah kerana diperdaya dan terus diperdaya. Akhirnya mereka jitu melawan kekhilafan itu. Seperti juga mangsa2 banjir di banting sana. Setelah bosan dilanda banjir, mereka akhirnya berpakat menendang dan memaki air2 banjir itu.

Padang ragut
Pementasan kisah tragik ini. Disinilah bermula kisah sayu ini. Menjadi saksi ketamakan manusia, hebohnya kekejaman, penindasan dan kedurjanaan. Pentas tetap setia walau udaranya berubah menjadi debu hitam. Tanpa pementasan ini apakah ada kisah budak sial itu? Tanpa dunia tempat tinggal kita adakah wujud kita semua? Adakah bisa aku menulis?

Alhamdulillah masih bernafas rohku

Outstanding award... (kalaulah aku banyak uwang dan boleh beri kamu)

Theeehehehehhehehe....

rase besalah pulak rasenye dengan pembaca2 blog aku yang hampir setahun jagung menunggu entri baru di laman ini.. Untuk pengetahuan kome, aku sangat bosan menulis di sini lagi kerana aku tak mendapat ape2 pulangan mahupun sedikit wang bantuan BR1M. Jadi, aku buat keputusan yang betul dengan hanya berehat dan bertandang di pusat2 memancing berhampiran.

OK~ (merujuk pada tajuk entri)
Manusia2 yang paling outstanding pernah wujud dalam akaun facebook aku. Berdasarkan pemerhatian dan sedikit sumbangan dari penerima anugerah ini, maka aku bersemangat kembali untuk mengharungi arena ini. Kriteria berdasarkan bertapa terujanya aku untuk membaca setiap wall post dari rakan2 facebook aku ini baik yang hampeh mahupun yang handal. Harap maaf tiadanya aku akan akaun twitter kerana ianya saaaakkkk!! Misal kata suatu hari aku terpilih menjadi kepala desa, kan ku berikan anugerah terhadap manusia2 outstanding ini dan akan dihebahkan di mata umum melalui media2 mainstream dan juga blog2 pembangkang. Ok mari kita lihat siapa yang mendapat anugerah ini.. yeahhhhh


Anton Manja :
Yeahhh.. kenapa anda outstanding di mata saya?? kerana anda adalah manusia paling berani, jitu, kental, riang ria dan aku akan sentiasa senyum dan gembira membaca status kau. sumpah ini bukan anasir2 sarcasm.. aku betul2 suke dengan kejujuran diri kau. Harap kau kekal dengan imej bersahaja ini dan tolong jangan lupakan rakyat jika kau diangkat menjadi wakil rakyat nanti! 
>>tahap outstanding = KAGUM

" RAMAI ORANG KATA STRAIGHT EDGE ADALAH TREND..BAGI AKU IANYA BUKAN TREND!TETAPI,KALAU BETUL LA IANYA MENJADI TREND,ITU ADALAH TREND YG POSITIF DAN SANGAT BAGUS!CUMA KALAU ADA YG MENJADI STRAIGHT EDGE SEMATA-MATA NAK NAMPAK COOL DEPAN AWEK-AWEK TAK GUNA JUGAK..KONONNYA SIHAT/POSITIF TAPI GILA PANTAT!AKU TAPAK JUGAK MUKA KAU NANTI...YG PALING PASTI IALAH ROCK N ROLL TIDAK PERNAH MENJADI TREND! IANYA ADALAH....LU PIKIR LAH SENDIRI !!! "

Asyraf Ramli :
Tiada unsur2 buyers atau budaya rasuah disini. Yang pastinya mamat ni seringkali mengeluarkan statement2 yang ilmiah, informatif dan kekadang memberi sedikit tekanan di pihak berwajib. setiap kali nama beliau muncul di facebook, mesti ada isu besar yang melanda malaysia atau setidak2 nya beliau memberi kesedaran pada kau
>>tahap outstanding = COOL

"pemimpin itu asalnya adalah seorang rakyat. zalimnya seorang pemimpin 

disebabkan zalimnya seorang rakyat, begitu juta sebaliknya. sekian."

Faizah Mohd :
Ini yang dinamakan cinta agung. Kenapa?? kerana beliau sangat2 bercinta.. dan aku sangat merasakan yang mereka ini bercinta.. tiada siapa yang bercinta sehebat ini. malah man taiping pun kalah dengan beliau. Ajijah.. aku bagi kau A++ siap ada tapak 
>>tahap outstanding = LOVE

"bergaya sungguh suami ku ;p"

Auta Autistik :
Huh.... ini ialah perkara yang sering ditunggu2... aku suka membaca falsafahnya... walaupun aku kekadang tiada memahami isi terkandung, tetapi aku hanyalah si bodoh yang kagum dengan bahasa2 si penipu ini.... Aku sering terfikir untuk menjadi manusia ini.. tetapi apa kan daya aku hanya ada bantal empuk dan selimut tebal
>>tahap outstanding = LIKE A SIR

"Ave! I am the bringer of scorn."

Mezuwa Jai :
Pendakwah... yaa pendakwah.... jangan laa kau orang takut sepertimana kau sedang bermain takraw di waktu senja dan tiba2 lenyap di dalam longkang pabila melihat sekumpulan tabligh.. tenang.. terima dan coba hayati kata2 dakwah kawan2 kamu. 
>>tahap outstanding = ALHAMDULILLAH 

"Kita nak wat ape pun kat dunia ni buat la..jnji hati kita igat pada akhirat..bkn igt dunia.."


Yanie Ilani :
Errrrr.... ini mungkin salah satu selebriti yang wujud dalam firndlist aku.. atau setidak2 nya beliau ini mungkin reporter ataupun facebook menjadi sebahagian dari organ badannya.. amik contoh sains nya begini lah.
- mata melihat - masuk ke otak (digest) - pergi ke hati - post di facebook.. kah kah kah
>>tahap outstanding = SAYA MEMPUNYAI 800 HELAI BULU HIDUNG!!

"otw to sg petani ;)"


Razif Salleh :
Kekerapan purata appear pada facebook setiap hari ialah 342 pos rasanya. Topik lebih berkisar pada kehidupan peribadi yang sentiasa beeessssttt dan bertapa awesome nya menjadi saya.. anda tahu saya adalah gaban yang datang menyelamatkan anda?? anda tau ?????
>>tahap outstanding = KALAU CHUCK NORRIS COOL??? SAYA NI LEBIH LAGI 

"time tOo keluarkn pelOohh....rini nak MAIN ape eak...?"

Mas Combat :
WOW!!!! ini lah profile yang tak sah kalau aku tak perhati selalu.. setiap pos nya membuatkan hatiku gembira... menari lalalalalaaaa..... melihat bagaimana beliau tenang mengawal emosi dan selesaikan masalah dengan hanya pos di facebook. bayangkan setiap inci masalahnya dikongsi bersama 6000 rakannya? waah!! ini sudah tahap selebriti juga nih! kalau 12 orang seperti ini benar2 wujud dalam dunia aku, lantas aku mengambil cuti tahunan hanya untuk merujuk pos2 hebat dari anda.. 
>>tahap outstanding = BEST REGARDS.... BEST REGARDSSSS

""Memaafkan lebih baik dari berdendam."
Perlu ke maafkan orang yang memfitnah kita tentang maruah diri & sumber rezeki kita?"

Bunga Kantan :
OK ini last.. kome semua bole tarik napas panjang2. hehehe... ini pulak salah satu profile yang.... ye buatkan aku tidur lena, lawaskan berak aku dan menambah tahi kuku aku. pos2 yang berkelakuan matang, rendah diri, pecinta agung, rasional dan tulus murni. yeahhhh!! tak terkata aku tahap awesomenye beliau ini.. aku tak terkata dah.. ok bye bye aku nak gi berak!!!! 
>>tahap outstanding = URGHH URGHHHH

"Setiap brg hadiah org bg time kahwin semua aku guna sekali je pastu terus golll. Pastu suami sound..." You brg apa pun pki semua rosak... 

Selamba jer aku jwb...." I klu barang murah2 xberjenama mmg i xreti jaga..." ;D"

























































Tribute buat sahabat (Syazwan Anuar)

Syazwan.... Syazwan..... Syazwan.. begitulah nama diberi.. mungkin waktu lahir encik Anuar yang cool itu memberi nama hebat ini kepada beliau.. atau mungkin Uncle2 beliau yang tidak kurang cool itu... AAAH!!!! apa ada pada nama.. kerana kini beliau sudah pun bangga dengan nama buatan beliau sendiri.. pippo, noit2, uwaan, sazwaaan, abang, kecil panah cili api, kacak gunung ledang, tengkok lebar, chubby det... OPPPSSS.. tu lain.. yang penting beliau ini yang suka dipanggil noit bakal menjadi golongan suami2 dalam tak kurang dari seminggu ini....

Sebagai rakan, aku bersimpati kerana beliau tidak lagi bujang seperti kami yang terbang bebas di awang-awangan sambil mengaktifkan otot2 tangan... aku juga berbangga dengan kau wan,... akhirnya tercapai juga hasrat kau untuk mendirikan masjid bersama insan yang kau sangat sayang.,

jadi untuk penulisan kali ini.. aku akan ungkit segala kelakuan, telatah, semangat jitu kau khas buat tatapan semua.. supaya kau tahu yang kau adalah insan yang hebat dan layak untuk bergelar abah-abah!!!

Pippo.... berkawan dengan beliau semenjak belajar di negeri hebat itu (perak). agak sombong (mungkin) pada mulanya... tapi tak lekang dengan senyuman samada sinis ataupun ikhlas... bermain skateboard dengan seluar 3quarter. dan selalu akan dilihat tag team bersama abi gio... asal kelahiran taiping... katanya di taiping laa kot.. waktu lahir dikatakan bersebelahan katil man taiping...

berwatak cool, tenang dan macho di samping rupa paras yang bisa membuatkan wanita hanyut dalam gelora cinta yang tidak pasti. tidak terlalu tinggi, berbadan sederhana, berkulit putih mulus dan berambut custom made (rambut yg dipotong dengan tangan sendiri akibat telinga pernah dipotong oleh mamak). berketiak bersih dan berbau wangi sentiasa. gigi yang teratur dan sedikit bermisai. berdahi sederhana dan bertengkok lebar. begitulah serba sedikit sifat fizikal beliau. minat akan sukan bolasepak, memanah dan gusti. shinggakan pernah menjadi wakil negeri untuk divisyen 16 ipoh menjadi goalkeeper.. hebat kau wan!!!

sifat2 terpuji beliau termasuklah suka membantu golongan yang cantik serta kanak2 comel, rajin dalam membuat kerja, sangat komited dan sanggup memberikan komitmen 110% dalam apa jua kerja atau tugas yang diberi,jujur dan TIDAK PERNAH MENIPU WALAUPUN SEKELUMIT PENIPUAN, tegas dalam membuat keputusan dan seorang pendengar yang bijak. juga merupakan ketua tingkatan sewaktu tingkatan 4 dan 5. terbaru beliau pernah menyelamatkan warga emas dari mati kelemasan di sungai nanding ulu langat. mmg sangat terpuji sifat beliau!!!

Sepengalaman aku dengan uwan ni.. banyak aku pelajari dari beliau. dan kami menamakan beliau sebagai tok guru wan atau pakar sakit wan kerana kehebatan beliau dalam mengubati penyakit2 yang berkaitan hubungan kemanusiaan. Tidak setakat disitu sahaja, beliau juga pakar dan sering menjadi rujukan kami dalam pejaran2 terutama subjek2 yg susah seperti illustration(artwork kuala kangsar gambar budak pandang labu sayung) dan adevertising (perkataan WOW yang dihighlight oleh ema malini). Uwan juga aktif dalam bidang sukan dimana beliau pernah memenangi acara tenpin bowling perseorangan peringkat daerah ulu bertam. Pernah sewaktu kecil bercita2 menjadi penulis novel terkenal tetapi sekarang sedikit menyimpang dari cita2 tersebut.

Beliau juga pernah menyatakan hasrat untuk menjadi perdana menteri dan sanggup menghapuskan amalan rasuah dan menjadikan malaysia negara yang maju dan aman dengan membuang beberapa negeri yang tidak sepatutnya serta membina kapal mewah dan besar untuk dinaiki golongan kurang upaya dan golongan kurang menawan. Hasrat itu kami sokong bulat2 kerana suara2 lantang seperti beliau lah yang membuat kami terharu tentang perjuangan sejati beliau

pippo, hampir 8tahun aku kenal kau ye dak,... 8 tahun tolak 5 tahun bersamaan 3 tahun ditambah pula tahun lompat dan tahun harimau pada tahun ini.... kau telahpun hampir melangkah ke alam baru.. selamat aku ucapkan pada kau sahabat. dan selamat juga pada pasangan kau iaitu monada le monde.. semoga berbahgia hendaknya dan aku harap kau kotakan janji kau untuk menamakan anak kau sebagai ronaldo..

Terima kasih daun keladi



Playlist :

Pink Floyd - one of these days
- another brick in the wall (part 1)
- what shall we do now
- marooned
- echoes
- matilda mother
- shine on you crazy diamond

Bercerita tentang playlist aku....

Berkat selawat...

apehal korang dah jarang nak jenguk sini?? dah bosan dengan hasil tulisan aku yang hebat2 belaka ni ka???

AAAHHH!!!! perseten laa semuanya... sebab kali ni aku rasa aku nak reveal kat kamu semua kenapa setiap penulisan aku ada tajuk2 lagu di bawah ini yakni lagu yang sedang aku dengar sewaktu proses menaip ini....

nampak gayanya enjin yang telah lama sejuk agak susah nak panas.... begini laa aku rasakan sekaran.... tumpul...... hambar........ lahanat...... dan macam sial!

ok.... playlist yg aku sertakan tu biasanya lagu2 random yg ada dalam simpanan storage cakera keras yang semakin keras semakin enak itu.... menggunakan platform winamp versi berapa tah.... aku gagah mencuri headfon kepunyaan syarikat.. dan mendengar dakyah2 musik yang melalaikan itu.. aku sedar... tapi bak kata adik pilah (budak thrasher lepak bb tu) "bondo yang tuhan larang tu laa sodap,... tak cayo ekau buek laa bondo2 yang tuhan larang.. semuonyo sodap2 belako." *kredit to adik pilah ya...

sebanyak lebih dari 1500 lagu aku tempatkan dalam cakera MANTAP itu.... kebanyakannya lagu2 yang susah anda nak dengar di hot fm, sinar fm dan radio cilipadi buatan kamal reza dan linda razwillll... selagi trend dan moden sesebuah lagu itu selagi aku tak mempedulikannya.. selagi aku jelek dengan kerenah si trendy yang aku sendiri pon tergolong dalam trendy itu.. tahi lah!!!

what's you favourite music??? "ooh... i ni universal... layan semua lagu...." kepala bapak kau laa layan semua lagu.... jangan nak berdalih laa,.. aku suruh dengar lagu john farnham baru nak terpinga2 tak tahu dan kata tak sedap. lepastu konon2 macam musician dengan baju band rolling stone gambau lidah atau pink floyd lambang segitiga... ape kau ni??? sempoi ke pakai lambang tu tanpa tahu dan dengar??? setahu aku syaitan je reti pakai2 bende2 tu..

haih.. ok laa ok laa.... aku ni meroyan tak tentu pasal apesal kan... ni nak begitahu korang semua... aku ni sebenarnya dibesarkan dengan lagu2 nasyid dan ketuhanan.. dan sampai sekarang aku masih mendengar... playlist yg aku letak bawah tu semua propaganda duniawi untuk mengaburi mata korang je... aku nak nampak cool dan sempoi supaya orang kenal aku sebagai seorang yang hebat seperti herman tino dan rano karno.. itu aje niat aku...

kalau siapa2 yang rasa bersalah dengan ape yg aku buat ni.. sila email pada jururawat yang bertugas dan dapatkan khidmat nasihat pakar fisioterapi ye


-respect walk-

Playlist :

Rush - something for nothing
Iron maiden - out of the shadow
folk song - Flower of scotland
rush - bastille day
koffin kanser - paralyzed mind
koffin kanser - soul new agenda

hebatnya melayu kau tu

hebatnya melayu kau tu..
tapi kau masih tak reti membaca jawi malahan mengaji... ?

hebat nampaknya melayu kau..
yang makin hebat jika dalam amount yang ramai. selebihnya hebat bersorak

ye.. melayu versi kau memang hebat/..
ye.. yang suka mengikut... lagi2 kalau kata2 orang berpengaruh.

hmm.. melayu melayu...
kalau nak nampak kuat sikit, masuk laa persatuan yang nampak boleh membela kaum.. tapi nampak lebih kepada membela benang yang basah aje..

sebab melayu kan sukakan kronisme.
mungkin.. mungkin...... kalau tak takde lah istilah cable,,,.........

melayu yang pandai
cuba untuk menipu dengan angan2 dan khayalan.

melayu yang bodoh
hanya tahu bertepuk tangan dan bertempik bodoh terhadap keling dan cina

melayu sederhana
terkial2.. kadang2 lewat dalam menepati masa..

yang si tua
sibuk nak membela anak kau

yang si muda pulak
tak habis2 nak isap dadah

yang budak hingusan pulak
beli aiskrim lepas tu tak reti nak habiskan,,,.....

akhir kata... kemana sepatutnya kau orang pergi kalau dah bangsa yang kau orang agungkan ni mmg korup ?????
solusinya ialah agamamu....



311 - i'll be here awhile
cassandra - dream cast hate and arm
megadeth - this was my life
ramli sarip & khatijah ibrahim - doa buat kekasih

Sangat cool perkara2 ini~

Salaamun alaik..
sejahtera atas kamu2 pembaca blog aku yg masih setiawan membaca dan terus membaca.
insyaallah moga korang semua mendapat kerahmatan dan dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah disamping memanjatkan kesyukuran pada Illahi.

untuk entri kali ni aku memutuskan untuk menulis perkara2 ringan dan santai sahaja supaya otak2 kau (si pembaca) tak terlalu pening di kampung hai pening lalat...

baiklah.. mengenai tajuk di atas tu.. aku sebenarnye nak listkan beberapa perkara yg pernah terjadi di depan mataku dan pada cerita rakan2ku. aku rasa ianya sangat cool.. yakni sejuk atau tahap sejuk beku.. kenapa ianya cool?? kerana aku tak rasa orang2 biasa mampu lakukannya walaupun beberapa kali berdalih.. jadi rakan2... teruskan membaca..

senarai perkara yang cool pernah aku lihat dan dengar beserta pelakunya..

- mengimbang motor di atas divider sambil menjeling2 aku (sorang budak india)
- memandu kereta batman sambil membonceng potongan buluh di belakang kereta (rakan dari bota)
- berlari beramai2 ke kelas diwaktu tengah hari (aksi beramai2 kawan2 dan aku)
- memandu dalam keadaan bahaya walaupun dirinya cacat (budak FSPU)
- meletakkan punch card di kocek seluar sewaktu kelas (double a ris)
- mengenakan kacamata hitam di malam gelita (jejaka kacak di uptown)
- membeli dua bungkus penuh nenas dari air tawar (encik saba)
- bermain gitar akuastik demi memujuk kekasihnya di hadapan rumah kekasihnya (tak kenal)
- mengacau dodol seorang diri walaupun sudah uzur (makcik dodol di bota)
- mengenakan dress up punk yang sangat aggro sambil membantu orang buta melintas jalan (budak punk di kota)
- meletakkan sticker nama kekasih di motornya dan juga sticker nombor 1 (amron)
- tersadung ketika cuba mengayat junior (uwwwwaaaann)
- menghilangkan handset dalam sekelip mata menggunakan tubuh badan (ampunk bad boys)
- dengan pantas memasuki kereta yg ibarat oven yang sangat panas (abu jahal)
- menyatakan diri sudah kaya raya tapi masih bershopping di uptown (peniaga MLM)
- menukar enjin turbo dengan donation dari rakan2 (pemain bola)
- sangat arif mengenai jalan2 diseluruh semenanjung walaupun dirinya wanita (fazrul)
- mengenakan minyak rambut berupa minyak 2t (encik nasir)
- membakar bulu roma sendiri (zarbot zaragoza)
- menyalin baju di khalayak ramai sewaktu year end sale di sogo (brader gym keramat)
- menyorok bawah katil dan miscall aku supaya aku dapat cari beliau (zarbot lagi)
- mengejut kawan2 demi program sarapan pagi (fahrurazi)
- berdialog bahasa acheh malaysia (kami)
- menyembuhkan penyakit sahabat dengan tumbukan ke tanah dan sedikit sapuan air (tiger)
- melakukan prank di pam2 minyak dan drive thru (jairaj)
- menyelesaikan permainan roda impian dengan jawapan 'asam haram' padahal jawapan sebenarnya ialah 'asam garam' (india dewasa)


ok lah.. cukup setakat ini dulu.,., nnt akan aku tambah jika terlintas di hati perkara2 cool ini,.. sekian wassalam




Megadeth - Good mourning, black friday
bagpipes - funeral song
dead kennedys - jesus was a terrorist
warzone - bullshit authority
dillinger escape plan - rebel yell (cover)
pantera - suicide note part 2
suicidal tendencies - cyco vision
lastXminute - we fall we die
system of a down - ATWA
oi polloi - take back the land
kamelot - flight of icarus (cover)
nightwish - symphonyof destruction (cover)
steel dragon - we all die young
blood for blood - ultra violence (cover)
bad religion - big bang
neil young - old man
sepultura - territory

Tribute buat sahabat (Eday yang nakal)

Sejahtera akan semua warga blog dan alam maya..
tak sepatutnye aku menjatuhkan airmuka beliau disini.
cuma sedikit penghargaan dan sempena memperingati beliau sebagai seorang rakan. yang bakal melangkah ke metamorfosis selanjutnya dalam kitaran hidup. tak perlu nak perjelaskan bagi yg telah tahu. di akhir semuanya bakal terungkai hendaknye.

baiklah.. encik eday. (ini sempena lah ni ye)... kan.. jumpe kau dulu.. macam samseng kononnye... muke macam abin.. kalo ko ingat laa... tapi takpe.. takde hal lah.. kecik punye hal lah..

bermulanya aku kenal beliau ni (eday pro) mase mule2 masuk sekolah melayu tu. hebat orangnye... katenye mase tu tak tau nak masuk dept ape.. takut fail waktu second sem atau floating tak dapat department.. pastu ajak aku ngan bidi masuk fesyen.. last2 skali bidi yg berjaya.. tapi beliau ni ape kurangnye... makin lama taring (bukan taring budin tiger) makin panjang. hebat dalam bidang seni halus. dan amat disegani sekalian rakan seperjuangan..

kacak, gelap, tinggi, beriman dan bergaya membuatkan beliau sangat dicemburui oleh segenap lelaki2 gelap mahupun ahli persatuan.. sabaruddin yg menjadi secretary pon berjaya dilumpuhkannya.. tapi beliau tetap seorang yg cool...

setelah berada di kawasan panas tu,.. bertemu lagi beliau di kawasan bukit pulak.. bukit section 1 shah alam... masih sama2 bergelak ketawa.. ahli persatuan yang tegar. dan musuh ketat kepada joseph.. seronok apabila melayan lakonan mantap beliau dan gui.. wan pun masuk campur skali.. aku gembira dengan lakonan mantap kau sampai aku rase nak hentak ko hari2.... nasib baik ko berpenyakit bisul..

setelah itu.. dah jarang nak jumpe sangat sebab dah sibuk dengan kerjaya.. tapi kau still macam tu.. gembira dan menampakkan raut wajah yg nampak tak bermasalah. aku kagum dengan cara hidup kau yang zuhud dan qanaah itu... tak ramai manusia seperti kau.. tetapi kau mudah ditipu.. lebih2 lagi2 bab hantu dan perkara2 tahyul.. sempena itu aku nak menjelaskan kat kau yg melissa itu sebenarnye hanya tipu dusta semata2... kau jangan ambik hati atas ape yg rakan2 kau lakukan ni... (sori laa gua terbagitau pulak).. hahahahahaha

tapi ape yg nak diherankannye.. kau sekarang dah bakal bergelar encik suami.. hahaha... itu lah sebabnye aku buat penulisan tribute khas buat kau..
walaupun jarang bersama kau.. tapi kau tetap dalam list kawan yang aku akan ingat. jangan kau lupe nak bersama2 membasuh baju dan memasak dengan bakal bini kau nnt ye.. perangai2 pelik tu da bole2 lupekan dah... kau perlu lebih matang dalam mengharungi alam itu.. bersediakah kau?? hahahaha... sial

ok lah.. sempena tu aku nak ucapkan tahniah in advance buat kau.. banyakkan beribadat dan doa. usahalah mencapai ape yg dicitakan. aku sebagai kawan mendoakan kebahgiaan kaudunia dan akhirat.. jangan lupe ape yg ko janjikan tu,.... hahahahaha

respect walk





Justice - D.A.N.C.E
Celtic bagpipes - roughes of scotland
jedi mind trick - blood in blood out
Iced earth - number of the beast (tribute)
warzone - dance hard or die
kremation - kremation

Pencuri, Melayu dan Pekida

Salam sejahtera rakan dan taulan.
dah nampak macam aku ni tak reti2 nak update blog agaknye.
memandangkan hari ni aku telah melalui satu proses yang menampakkan bertapa typical dan stereotype nye bangsa aku sendiri maka aku memutuskan utk membuat aduan lah.. eh bukan aduan laa ini kire macam testimonial laa kirenye.

berbalik kepada tajuk asal itu, aku sebenarnye baru lepas mengalami kehilangan barang dari kenderaanku yang mana masalah telah diselesaikan oleh pihak berwajib dan aku berterima kasih kepada yang turut membantu dalam menjadikan plot kisah ini lebih menarik.

si pencuri, kumpulan melayu budak sekolah. sangat cekap dalam membaraikan part2 kenderaanku. malangnya tumpas akibat perancangan yang kurang kemas. (BARANG DILETAKKAN DALAM RUMAH DIMANA MEREKA MELEPAK, PULAK TU AKU SIAP TANYE ADE NAMPAK SAPE2 YG MENCURI DEME TAK MENGAKU. JAWAPANNYE AKU MEMINTA ENCIK2 POLIS JE GELEDAH RUMAH TU). aku bangga tgk macamana anak melayu tu bertapa hebat dan kemas membuat kerja2 mencuri dan aku juga turut kagum akan lakonan mantap dari mereka2 tersebut. malangnya kau itu hanyalah melayu. yang bodoh dan pukimak... ape boleh buat.. orang bodoh buat kerja bodoh kene tindakan bodoh dan akhirnya terbukak segala pekung yang tersemat.

si ayah pula nampaknya macam seorang yang bersifat protektif terhadap anaknya (siapa tak sayang anak ye dak) sampaikan cube memujuk rayu dan secara soft sell nye nampak macam ade ugutan2 samseng babi-babian. tahniah dan syabas untuk bangsa anda sendiri.. aku sangat2 besyukur masih ade ayahanda yang membela nasib anak walaupun tahu dan sedar si pukimak tu adalah pencuri kelas bawahan (mencuri barang yang tak berapa grand). takpa laa uncle.. bagi laa peluag budak2 ni merasa hidup di lokap.. lagipun nnt ade laa cerita diorang nak bgtau anak2 diorang nnt kan..

dan datang lagi satu hal nih... haih... ini yg aku tak paham. masih lagi wujud pemikiran begini.. baik yang tua nak ajal, budak hingusan yang bodo dan makan aiskrim, dan abang2 yang berbeg silang. haih.. setiap kali ade kes mencuri, samun, kantoi atau ape2 mesti laa ade pekida2 nak backup budak yg konon adik die laa.. wei bodoh... kau igt bende persatuan mungkar tu bole melayakkan ko backup orang yg bersalah ke?? ataupun ko rase dah cukup besar cable ko sampaikan takde sape bole usik budak ko?? patut nye orang macam ko perlu membenteras perkara2 jenayah ni.. bukan backup budak lahanat yang mencuri.. ape punye pemikiran laa... asal pekida je salam cangkuk... asal pekida je beg silang.. asal pekida je adik2 saya.. asal pekida je saya dok kawasan ni... babi kau laaa..

jadi kesimpulan nya disini.. memang si tipikal2 ni akan wujud jika berlaku kes2 dibalai.. kalau anda semua tak percaya ambik laa masa beberapa hari lepak di balai polis.. mesti akan ade laa kelibat beg silang memandu satria atau wira lengkap sticker hijau kuning merah.. haih... sampai bile lah sumpahan ni nak berakhir.. aku meluat dah ngn korang ni, cuba laa jaga reputasi tu sket..


sekian wassalam..

berbanyak2 terima kasih

kawan2 baik ku
jiran si auww yang mengancam dan berhati baik
pihak berkuasa yang komited (susah aku nak puji polis nih)
guard2 india yang aku rase lebih mulia dari bangsa2 aku yang bodo ni
si uncle jahat yang membenarkan rumahnye digeledah
jiran2 cina yang nampak macam caring tapi takleh berbuat ape2.

sampahseni

assalamualaikum... aku melayu.. dan apa salahnya aku bertatu....
hahahha... aku hanyalah sampah yang memakan sisa buangan dari bekas2 lorongan jalanan.. aku hanyalah berjiwa seni.. sampah pon berniat jadi seni..

damn you!!! hahaa.. kenapa laa kau ni manusia yang dijadikan khalifah bole menyamakan diri dengan sampah.. boleh sahaja kau menjadikan ia sebagai subjek matter kepada daya pemikiran kau.. tapi tolonglah jangan menjadikan ia hidup kau yg abadi... jadikan ianya sebagai teladan hidup sudah laa...

mungkin kau seorang pemikir yang kritis tentang masalh manusia... tapi kau tak yakin ke dengan pencipta kau??? sampai kau bertindak membelakangiNya??? aku bukan tak paham.. tapi aku cukup jelek dengan kau2 orang yang kononnya mahu bebas berfikir... yelah kan.. orang macam aku ni dikatakan kolot dan tak mahu mengambil tahu hal2 semasa.. bertapa tak amannya hidup di malaysia ni.. kan kan... kome tu mmg rebel habis laa... tapi sedar laa sket.. kome tu kan sampah.. manakan bole sampah mengambil alih sebuah istana kayangan.. hahah..melainkan yang di istana pon berpkiran sesampah anda.. baru lah makmur rasanya.. kan kan...

jadinya akusebagai orang yg banyak memerhati mengucapkan selamat hari raya kepada kau wahai sampah... moga sisa buangan kueh tat dan cup almond london menghiasi raya anda.. selamat beramal...



Pink floyd - on the run
Angelic upstarts - last night another soldier
Yngwie malmsteen - icarus dream suite
venom - black metal

Etika di majlis gig

Hai rakan2 seperjuangan..

wuuh... lamo dah eden tak menulis di ruangan penulisan jahiliyah nih...
bukan apo.. sebabnye aku ade masalah2 yg perlu diselesaikan tambahan pula pc rusak. jadi nak update di ofis rase kurang sopan pulak.

ok jadinya.. tajuk yang aku lontarkan tu bersamaanlah jua dengan topik hangat yg sibuk diperkatakan skang ni.. eh.. hangat sangat ke huh?? oh tidak lah sehangat isu polis yang sibuk membunuh manusia tak bersalah ataupun isu bomoh main dengan pesakit... cuma aku sikit mau berkongsi pandangan sebagai orang yg pernah berkecimpung dalam arena muzik bawah tanah nih..

ok. tak membuang masa, tajuk aku ringkas dan kemas. etika di majlis gig atau paling senang nak kasi kome paham ialah etika ketika kamu menghadiri gig atau konsert (konsert?? bole laa jugak).. kenapa nak pegi gig pon nak kene ikut etika gig nih?? haa.. jawapannye mudah saja.. ini lah yang membezakan antara orang yg involve dalam dunia underground ataupun hanya sekadar trendy wanker sahaja. kalau kita amalkan beberapa kaedah ni, insyaallah perjalanan gig tu akan selamat dan semua pihak akan rasa berpuas hati. hahaha... ape yang dicarutkan aku pon tak paham.


antara perkara2 yang bagus untuk diamalkan kalo menjelang atau berlangsungnya sesebuah gig tu adalah seperti berikut :

- menyebarkan berita akan event yang bakal menjelma kepada kawan melalui flyer atau mane-mane sahajatempat berkomunikasi.

- sediakan wang yang secukupnya untuk ke event tersebut supaya tidak menyusahkan orang ramai

- pastikan gig yg berlangsung mempunyai ciri2 yang anda idamkan. kalo misalnya gig tu fascist takkan anda nak pegi jugak kalo anda tu seorang left wing. gitu laa contohnye.

- pakai cantik2

- cukupkan tenaga untuk melakukan aksi2 bodysurf, pogo, mosh dan lain2

- kalau bole elakkan untuk flirt di waktu gig..

- support setiap band yg perform tanpa mengira siapa mereka.

- pupuk semangat perpaduan di kalangan yang hadir.

- jangan buang sampah merata2.

- kalau organizer tu kawan2 kome, jangan laa mintak diskaun.. support laa deme nak wat event tersebut. kalo semua orang macam ni terpaksa kita bikin union

- jangan duduk di luar venue ketika gig berlangsung untuk mengelak uncle2 yang berfikiran cetek menyapu anda

- kalau bole stay sampai last band yang perform, penat deme datang jauh2. show some support la ye.

- jangan laa kutuk orang yang datang dari scene lain. kalo bole semua bersama2 enjoy the show.


eh aku ni dok menulis2 lupe lak nak besiap ke terawih. sampai sini saje laa penulisan jahiliyah aku. lagipun ini sekadar merefreshkan jari jemari aku untuk kembali beraksi balik aje.. ok selamat beramal di bulan mulia ini..

respect walk

Perihal Rakan2 Ku Part - 3

Yeeehaaa!!!! . . . dah lame rasenye aku tak menulis penulisan2 jahiliah. kali ni aku mempunyai kekuatan yang jitu untuk menulisnya juga.. setelah lama diminta untuk membuat sambungan.. akhirnya aku akur dan menyusun jari menambahkan entri yang juga sequel kepada perihal rakan2 ku. kali ini tampak berbeda sedikit dari yg sebelumnya. kerana ada juga pembabitan kaum hawa dalam penulisan ini.. (waaaaah!! siapa pulak kali ni).. walau ape pun aku sangat berharap sesiapa yg termasuk dalam entri aku berkenaan rakan2 aku ni akan berkekalan laa persahabatan kami sampai akhir hayat. dan lagi satu perkara, playlist2 brilliant yg slalu aku pasang mungkin tidak kedengaran kebelakangan ni.. ini disebabkan beberapa masalah. jgn risaukan playlist aku ye,. ayuh mulai!!!!


aku mulakan dengan bacaan bismillah. dan bermula rakan aku yg seterusnya. merupakan tukang jahit dan juga tukang umpat bagi penduduk TTDI. sangat rajin dan kerap tidur awal. susah nak ajak lepak melainkan ade kisah mengenai umpatan. tempat asal dari kerajaan lama melayu (rahsia kerajaan). kini sedang berusaha untuk menjadi pereka fesyen terkenal dan akan melanjutkan telo ke paris katenye. tak pasti laa beliau kini sudah menukar jantina atau tidak.. tapi yang penting.. aku sayangkan kau jugak!! hahaa

skinhead versi wanita. haha.. aku kenal beliau ketika berlepak dan bergelak ketawa di ipoh. senior aku kate salah seorang budak skinhead itu. berasal dari negeri dari selatan. berperwatakan sangat ceria sampai menangis aku melayan lawak beliau.. lebih2 lagi apabila membuat kepala puyeng. aku sangat kagum dengan beliau dan sangat menunggu lawak2 berkualiti dari beliau. meronggeng ialah kelebihan beliau dari azali. dan sehingga kini beliau akan sentiasa mengupdate dimana lokasi beliau. dimana ada majlis, disitu ade beliau, disitu juga akan ada keriuhan yang utuh. berfikiran luas dan sangat concern terhadap keadaan sekeliling, juga menyukai warna pekat dan pahit. senang kata beliau ialah manusia yg mempunyai visi yang tinggi... cool!!!

seterusnya ialah dari golongan hawa jugak... kali ni rakan dari sekolah kirenye. berasal dari nama jalan yang ada kaitan dengan haiwan comel. dan fakta menarik tentang diri beliau ialah mempunyai hari kelahiran yang sama dengan aku.. tahniah!!! kire hebat laa sebab dapat same ngn orang hebat kan.. ahaha.. akan selalu ade diwaktu aktiviti berkaitan rakan2 sekolah. sangat suka menyanyi .. pernah memasuki pertandingan nyanyian di uptown danau kota dan shah alam. senang berkawan dengan beliau sebab aku sangat paham dengan orang dari jenis begini.. (aku sendiri ler tu). semangat juang yang tinggi dan berkebolehan bermain bowling. bijak dan pandai mengurus hidup tetapi sedikit lemah dalam membezakan gurauan atau perkara serius. selalu berkomunikasi jugak ler dan boleh dikatakan antara kawan yg baik dengan aku.. haa.. ape pun kau mmg best.. insyaallah ade tu.. haha

peniaga pakaian wanita yang berjaya. sentiasa terpampang wajahnya di dada2 akhbar. (sebab ko pon keje akhbar kan.. bole laa cite. haha). berpandangan jauh jugak. berasal dari desa bertemu jodoh. keturunan jawa rasenye sebabnye rata2 dari situ semua jawa.. aaah.. jawa mmg best kan!! beliau ni kenal diwaktu sekolah seni. dulu macam sombong.... segan kot.. tapi skang ni ok laa sket.. jgn pasni sombong balik dah ler. aku delete ko nye paragraph ni nnt k. mempunyai ramai peminat.. salah seorangnye ialah..... ehem... tak boleh cakap disini... nnt kene dam.. beliau ini bersekedudukan dengan rakan yg kelakar tadi. cuma beliau jarang update lokasi. hanya akan update perniagaannya.. sangat2 membuat aku jeles kerana memacu kenderaan yang diminati aku.. ko tunggu aku beli nnt kite racing k.. hahahaa... takde ape nak dicoret lagi melainkan mamat tu dah ade kat sini.. so... bile nak date lagi?? hahaah

rakan baik yang selalu aku kongsi pendapat dan masalah jugak. haih.. banyak masalah aku rupenye... merupakan serangga kecil berwarna ungu. suka memikirkan masalah2 yg pelik dan rumit seperti cara menuguruskan pipi, masalah plastik yang dimakan penyu, masalah sampah yang tidak disapu. haih.. sangat cerdas dan aktif. mempunyai sifat2 lucu yang agak pelik. seronok juga jika memikirkan kerenah2 beliau yang mmg banyak hal. dalam mase 25 tahun aku tinggal kat sini.. beliau ni laa kawan yg mmg berasal dari tempat tinggal aku.. gile laa. antisocial aku nih. bukan ape.. aku mmg xberapa nak kawan pompuan.. lain2 tu ade laa tapi setakat tegur jelaa kot. (ade ke?) haih!! dan satu lagi fakta menarik tentang beliau ialah aku kenal beliau da lame laa jugak. tapi beliau baru je kenal aku.. hahaha... how sick is that.. ape pun ko antara kawan aku yg best.. jadinye aku kasi "good" siap ade tapak kat ko!!! hoyeah!!!!!!

haih... yang ini lelaki lak k.. mat kelantan yang bagi aku ok laa kot... kenal mase sekolah rendah.. baru tahun lepas die realise yg aku penah kawan baik ngn die waktu darjah 6.. bengong nye kawan!!! sekolah mengengah beliau menjadi taiko sekolah... aku ni pulak budak baik.. so tak kawan laa... tapi skang ni aku rase beliau da berubah,... dan agak rapat hubungan antara kami.. aku bangga ngn ko mate!! jgn laa ko lupekan aku pasni k.. sebak rasenye... hahahahaahahaha

pakar perunding fesyen dari butik ternama di bukit bintang... mempunyai latar belakang pendidikan seni halus. kini bertukar arah menjadi bintang filem yang hebat... sangat sukekan nyah tinja. dan sangat kecewa apabila makan.. what the???? ahaha.. suke invisible dan cari aku apabila rase busan... hoi!!! da busan baru cari aku... siot!!! penggemar burger mozilla dan .. haaa!! juga merupakan skinhead wanita dahulunya.... hahahaha... tapi berlainan ideologi... huh~ ini kawan aku yg cite laa.. tak penah lak aku nampak beliau waktu hangout dulu... kini sedang berusaha mendirikan rumahtangga. dan sering mendapat nasihat dari pakar tarian.. hahahaha.... last word utk beliau "biase2 jek" haha

akhir sekali untuk entri ini aku selitkan rakan yg kini sedang menjalankan urusniaga ikan air tawar... dulunya menjadi vokalis tegar untuk lagu2 black metal. kini lebih serius memikirkan hal2 masa depan. jarang nak jumpe skangni sebab masalah lokasi yg jauh berbeda, sebab aku penah sama2 susah dengan beliau dulu... tu yg sangat sayang akan beliau... teringat pulak mase same2 kene bantai, accident laa.. pastu ade lak perkara2 sedih yg lain berlaku.. haih. tu kisah2 lamo.. skang ni semuanya sudah ok.. jadi... all the best rakan!!!

ok cukup setakat ni dulu,... akan disambung kalau betul2 ade kekosongan waktu dan idea.. ini pon nampak kedangkalan aku kerana otak yang sukar nak berfungsi sangat. maybe kerana sedikit kekacauan jiwa yang melanda... tapi ape pun.. aku sangat bangga dengan kawan2 aku semua... walau kome macamane sekali pun, kome tetap kawan aku dan aku akan buat yg terbaik juga utk anda.... nnt akan aku buat gathering orang2 yg ade dalam entri ni k.. hahahaahahahahahahahahahaha.. selamat ///

si pembunuh

malang sungguh si pembunuh tu, sebab membunuh demi sesuap nasi tetapi akhirnya nasib beliau sama seperti mangsa yang telah dibunuhnya. indah sungguh jika dijadikan pembunuhan itu sebagai profession kerjaya dan bagi beliau membunuh itu ibarat satu kepuasan batiniah yang bisa mengundang berahi dan membangkitkan afrodisiac..

bermula dari kecil dimana pergaduhan dengan rakan2 sekolah dan selalu dibuli membuatkan beliau sangat leka dan seronok dengan kekejaman. tambahan pula lahir dari golongan bangsawan yang memang akan sentiasa di atas walaupun melakukan kesalahan besar sekalipun.

mangsa utama pembunuhan yang boleh dikatakan bersiri itu lebih kepada kaum wanita yang rata2 gemuk dan hodoh. motif pembunuhan?? tak siapa yang tahu melainkan beliau sendiri dan mentor beliau merangkap pakcik beliau bernama Junid.

setiap kes bunh yang dilakukannya mesti mempunyai trademark iaitu si mati akan kehilangan 2 batang gigi depan dan rambut dicukur tepi (dibuat ala2 mohawk). pun tidak pasti apekah yang ingin dilakukan terhadap gigi dan rambut tersebut. ade jiran2 yang mengatakan beliau pengamal ilmu hitam yang tegar. tetapi kesahihan berita tersebut disangkal sama sekali sewaktu penangkapan beliau. tidak ada sebarang bukti beliau melakukan ritual atau perkara berkaitan ilmu hitam.

beliau ini juga terkenal dengan sifatnya yang peramah dengan orang luar dan seorang yang sangat lucu. barangsiapa terjumpa beliau mungkin akan anggap beliau seorang manusia yang baik2. bukan kerana itu sahaja.. kerana orang2 yg pernah berbual dengan beliau akan menganggap beliau ini orang yg luas pengetahuan dan seorang penasihat yang baik.

senang kata kehidupan sosial beliau tidak menggambarkan diri beliau yang sebenar. sebab itu jugak lah ramai saudara mara dan rakan beliau tidak bersetuju malah membantah penangkapan beliau kerana kes membunuh 4 sekeluarga yang sedang tidur.

kini setelah menjalani hukuman mati, beliau tidak lagi aktif membunuh. malah kelibat beliau pun tidak kelihatan sama sekali. mungkin kerana bosan atau beliau sudah berhenti membunuh. ataupun mungkin sebab beliau dah mati.. jadi macamane nak membunuh ye dak ??????????

Monolog seekor anjing

Soalan : Buat sebuah karangan berkaitan dengan haiwan yang anda sukai. panjang karangan tidak melebihi 60 ribu patah perkataan atau anda akan dikenakan hukuman ikat di pokok mangga.

jawapan .

aku seekor anjing. lahir dari kawasan desa. mempunyai kembar yang ramai dan keluarga yang sangat besar. aku juga seekor anjing, dimana tepian jalan atau tempat persampahan dilihat sangat mnearik untuk dijadikan bahan mainan atau sumber rezeki. aku juga anjing, yang ,..... yang sangat baik... tetapi adakah hina hidup aku sebagai anjing? walaupun aku anjing yang bernajis mughallazah. tetapi ape tujuan aku dihidupkan di dunia ni? segala apa yang diciptakan oleh penciptaku Allah s.w.t adalah mempunyai fungsi yang tersendiri dan tidak dijadikan dengan sia2. jadi... kau manusia rasekan aku yang anjing ini sia2 hidupku? kau dan rakan2 kau si pie dan khairi tu seronok membaling ku dengan batu??

Inikah yang dikatakan keseronokan apabila membuli makhluk lemah dan berlemak? takpe.. hari pembalasan telahpun kau kecapi. aku seekor anjing, dimana aku sangat mementingkan semangat setiakawan dan proaktif dalam menjalani kehidupan harian. aku anjing, yang sentiasa menghormati rakan2 anjing ku walaupun kami berbeda taraf hidup. walaupun aku bertuankan si kaya raya, aku tidak pernah anggap kau si anjing jalanan sebagai babi atau tupai. percayalah anjing!! kita semua sangat bersatu. tak seperti haiwan lain...

aku bangga menjadi seekor anjing. kerana aku boleh berjasa kepada tuan aku. aku juga sangat setia kepada kerajaanku. dan akan melaksanakan perintah sebaik mungkin. namun aku anjing, yang sangat sensitif hatiku. ibarat seekor gajah kehilangan anak. aku juga mahukan perhatian darimu. aku juga inginkan belaian darimu.. wahai tuan pemilik.

dan jangan kau lupa... aku anjing... yang mempunyai semangat juang yang jitu. dan aku juga mempunyai hak bersuara. seprti para manusia yang sibuk melaungkan hak asasinya, yang sibuk menyatakan kutukan terhadap si pendusta, yang sibuk menjerit meminta bantuan, yang juga sibuk membohongi manusia melalui lidah2 media nya.. aku anjing yang tidak berteknolgi. seperti kamu.. tetapi aku juga punya cita2.. aku juga mempunyai hati dan perasaan...

anjing adalah aku, dimana sangat tahyul apabila menjelang ngambangan bulan... dibukit tinggi terdengar salakan aku... meraung hantu, bak kata pepatah bangsa melayu itu.. "bagai anjing menyalak bukit". berikutan itu, aku yang anjing sangat yakin akan kewujudan perkara2 ghaib seperti yang difirmankan Allah pada awal surah Al-Baqarah.

anjing, si anjing jugalah yang akan setia menemani tuannya dalam memburu, memancing atau menjaga kawasan rumah tuannya, si anjing ini lah yang akan menyambut tuannya si cina atau india atau mat salleh balik dari kerja. aku yang anjing ini lah yan akan sibuk berguarau kasar dengan kau manusia...

namun begitu. aku ingin jelaskan pada kau manusia... janganlah kau melayan aku seperti anjing!! tolonglah.... jangan perlakukan aku seperti anjing yang dibiarkan di tepian mencari makan di tong2 hitam... janganlah kau memukul hati dan perasaan ku wahai manusia.. aku hanyalah anjing.... yang akan menganjing perbuatan jelek kau manusia.... aku juga memerhatikan kau.... aku cuma tak mampu bertinda atas sikap kau manusia....

setelah yang demikian.. aku nasihatkan kau manusia.... janganlah kau pula menjadi lebih hina dari aku si anjing.. kerana walaupun berjasa... si anjing tetap akan berada di tahap terbawah dalam teori reincarnation agama pagan... janganlah kau manusia berlaku zalim sesama kamu.. jangan juga kamu manusia bersikap tidak adil. kerana itu bukan ciri2 seekor anjing... atau jika tidak... kau manusia akan kami si anjing menganjing hidup kamu... sia2 lah hidup kau jika tidak berusaha..

last word dari si anjing..... si anjing ini akan sentiasa setia bersama kau manusia..........................

nama2 pelik yang wujud dari frenlist facebook aku

eh... ade lagi engkau dok menengok2 aku nye penulisan nih... bagus2.. teruskanlah mengikuti perkembangan penulisan yang tak berapa nak menulis sangat nih..
by the way... ape kabar kamu orang semua ? da makan ke? kalo nak makan aku sarankan ko makan jelaa mozilla burge ek... sebab x yah susah2 nak ke a&w. makan aje browser internet korang tu.. haha

tak melengahkan masa, dan mahu bertepatan dengan tajuk aku ini. akan aku senaraikan (mane2 yg termampu laa) name2 pelik yg ade kat frenlist fb aku nih... seperti yg kome semua tau.. biase kat myspace sahaja orang akan pakai name pelik2. fb ni kononnye nk professional n letak full name laa katenye. bagus jugak. maknenye nama pelik2 ni agak rare laa dalam facebook rupenye. so aku akan memberi komen sedikit sebanyak mengenai itu jugak ye... selamat membaca

yincik partisan - ni antara name pelik penah aku jumpe kat fb.. slalu aku online aje.. mesti akan ade name nih.. member2 aku kate orangnye hebat.. aku pon x berapa pasti pasal ni.. yg penting aku tgk beliau sgt best.. hahahahaahahahaha

tengku abotkuroneko farhan - ni name yg sangat penjang dan susah untuk aku sebut.. merupakan kawan aku yang boleh dikatakan suci murni.. tapi brohon kepalanya. skang ni dilihat jaran on9 kerana sibuk buat design quran.. bagus2

raja kumbang xbobx - ni ialah spesis serangga dan juga spesis diktator yang telah bergabung tenaga.. aku rase laa... kire camni laa ek.. raja tu ialah seekor kumbang dan mungkin sedang bermain konsol x box.. erm... tak sure... tapi ko mmg hebat!!!!! bobolizan!!

noit pippo - ini pulak aku rase name yg mungkin berasal dari keturunan juara2.. aku tak tau mane beliau dapat name ni.. mungkin ni name asalnye kot...

nurrul eza odette - ni pon satu hal... name depan dah ayu2 kononnye,.. tapi odette tu ape bende?? perkara ni dah lame aku nak tanyekan pada si pemilik kenderaan honda civic... tapi x pe laa.. nnt ko tolong reply ye kak...

aku ayien - name asal die da macam nak nampak.. tapi ade monolog pulak dengan dirinye sendiri... sesuai dengan perwatakan beliau yang cool dan bersahaja. pencinta haiwan.. biase laa macam ni

remy domy - kalo nak compare ngn name asal... jauh lebih sedap name asal kamu... tapi ape leh buat.. name ni pon asalnye datang dari aku dan ko mengimprovise name ni smpai jadi begini.. sukati ekau laaa.... jgn salahkan aku sudah ler..

cik senah ronggeng - aku rase nak menari2 setiap kali beliau post status2 baru.. kerana beliau sangat menarik meinatku untuk mengikuti perkembangan beliau... hebat!!!!

cik bella midori - pon satu hal jugak.. kawan2 cik jugak.. merupakan manusia gila yang suka menjerit keriangan.. tak pecaya kat aku tapi pecaya kat pippo... sick sick sick sick!!!!!! mamat tu lagi jahat dari aku kowttttt

cik chill - sequel ke parody dari geng2 di atas??? deme ni semua satu geng... so ape yg aku leh cakap.. mereka sudah kene lah antara mereka seperti do, re, dan mi

hafiz detroit - name asal yang digabungkan dengan hometown.. biase kite akan nampak name2 macamni kalo chatting kat MIRC... tapi kali ni beliau beraksi di fb saje... hensem menawan macam pak arab!!

dato john labu - manusia yg sering menukar name profile dan gambo... aku dah hampir taktau siape ko laa!!! tolong laa letak muke ko sendiri ye bang.. kalo tak nnt aku suh fendi raba punggung ko!!!

abit bd - hahah. aku igtkan penyanyi dari surabaya utara.. rupe2nye penah jadi housemate aku.. mane tah idea beliau dapat name ni.. takpe laa.. aku harap kau lebih bersemangat lepas ni.

auta autistik - haih!!! ni lagi laa... misteri.. taknak publisiti murahan.. suka berahsia.. ape2 lagi tah... jgn suke sgt buat quote2 tu.. nnt kang orang hairan metro cari baru tau..

darwina valerio - aku rase beliau ni macam orang italy pulak... eh yeke italy pakai name2 camni?? ah.. mampos laa.. aku yg menulis... bukan ko... haha.. tapi name ni... tampak anggun je. haha...

cloude nimbus - ahahaa.... eh.. die nye trademark gelak die camni "miaaahahahahaah".. suke promote band beliau... sangat konsisten dalam melukis.. dan hyperactive.. tapi sebenarnye pemalu...

eday pro - manusia jahat,, penghasut tapi penakut,. ah.. kau mmg jahat!!! aku taknak kawan ko dah!!!

max hafiz - name yang nampak laju.... dan mungkin akan pergi selaju jetcar.. erk... semuanya nak laju .. ahhh!! lantak ko laa jiwang!! haha

fahrurazi warumon - hahaaha... segala aspek dalam hidup beliau diterapkan dengan semangat2 kartun yg bertalu2... hebat !!

gio firdaus - die ni sebenarnye silap letak nama.. patutnye abigio.. tapi disebabkan kurang pengetahuan dalam teknologi internet,.. beliau tak reti tukar name tu sampai skang... hahaaha

hafiz kirsikka - ntah laa.. ape maksudnye aku pon tak tau... macam jenama pakian pon ade.. atau gabungan 18 buah nama.. tak tau lah aku.. takde idea.

harsya nymph nozzle - huh!!! apekename ni?? ini antara yg kreatif dalam pemberian name... aku suke cara ko develop nama... ko kan orang2 kreatif.. hahaha

matt rizz - sedap name tu... macam tuannye jugak... erm... rase nak imbang2 dan jeling2 je bile teringat perangai beliau..

hitto hatte - terpengaruh dengan penjajah jepun kot.. takpe laa.. ko mungkin seronok dan berpuas hati ngn name ko skang ni kan

idi cargas - name ni biasenye kalo lepak dataran banyak laa ditampal di sticker2 nye dihelmet,.,. maybe owner name ni pon dari golongan dataran kot.. tak tau laa.. tapi orang kate die polis.. huh!!! ape nih ??? mane satu yg betul?? polis atau anti-polis?? ko sajelaa yg buat pengkelasan terhadap beliau

izura monada - hahahahaah... nampak macam minah salleh gitu name ni... mmg class!!! same macam suami beliau.. hahaha

jojo arios - erk.... camane ko leh letak name ni?? adakah ko lupe kampung halaman ko?? jgn laa nak kolar naik sangat ye.. haha

oden rentong la - aku hampir tak nak accept fren request dari ko!! sebab name ko rempit!! sial! hahaha.. nasib baik laa aku masih igt ko badan... buat suspen aku je..

eh.. banyak laa pulak lepas aku cek balik kat fb.. takpe laa. aku rase setakat ni je dulu laa aku komen pasal name korang... moral of the story jgn laa letak name pelik2.. nanti orang taknak accept friend request... padan muke ko! hahaha

dan.. kepada yang letak nama asal atau nama penuh tu.. jangan laa rase terpinggir.. sepatutnye lebih elok jikalau pakai name yg sememangnye dari asal kite gunekan.. cume manusia2 pelik ni je tak mau dikenali kononnye... jadi.. saya hormati anda semua... hahaha - repeck walk


playlist neraka:
in flames - acoustic medley
bob marley - three little bird
beethoven - moonlight sonata
mike oldfield - women of ireland

zaman lampau

sedang sibuk aku meributkan minda tadi. idea yg semakin tepu pulak kelihatan. sudah takde skill?? ataupun hilang selera? ntah laaa... tapi waktu tu jugak laa aku teringat perkara2 lampau yg mmg dah dilupakan. haha.. teringat balik perkara lampau aku rase nak patah balik ke zaman budak2 dulu...

antara yg masih segar dalam akal ni ade laa waktu duk umah lame dulu.. aku kene rendam kat PD kot time tu.. smpai skang aku fobia masuk air.. adeh.. waktu tu umur bape tah.. 2-3 tahun kot... sebab rumah lame... aku pon tak sekolah lagi... ade mangga epal kat tepi rumah ni.. deme kalo nak rembat pakai raket badminton aje.. hahaa.. tepi rumah aku tu pulak ade pokok ape tah.. so slalu laa lepak situ ngn si kembar oyan n oyie tu.. pastu ade lagi laa jiran2 tetangga lain. ape yg dibuat waktu ni pon aku tak pastu.. tapi yg pentingya aku sgt igt suasana diwaktu pagi. akan ade bunyi deruman dari jauh n kadang2 berkabus kawasan bawah tu (skang ni masjid). pastu pegi kedai pak syed (atuk am) kat bawah tu beli kuih. hahaha.. seronok2

pastu pindah sementara sebab rumah mau diupgrade ke rumah batu.. rase2 nye siap dalam tahun 89-90 kot. sebab aku sekolah tadika 91. so maybe itu lah waktunye. rumah sementara tu kalo tak silap aku surau. tapi kami duduk seketika laa. ntah laa.. yg aku tau duduk aje.. pastu kakak2 aku tunjuk rumah batu yg under construction "nnt kite duduk situ"- katenye. tak tau laa lame ke tak aku disitu. banyak gak bende yg aku igt waktu tu.. abang aku kate ade ular masuk bilik air laa... pastu aku pegi pasar malam then mainan aku jatuh. pastu esok pagi tu baru gi kutip.. naik beskal chopper kakak aku time tu.. pastu aku igt lagi aku sangat benci air bandung time ni... aku punyelah dendam aku buat air bandung tu then aku campur ngn kicap, garam.. hahaha sebab benci ngn air tu.. hahaha.. skang ni layan laa pulak bandung. hoih, banyak gak aku igt waktu duk rumah sementara tu... layan cite hantu laa... pastu cabut keladi tepi rumah... pastu bapak aku balik dari keje ngn vespanye.. jmase ni pantang ade semak, ranjau, parit.. semua mahu diredah... kenderaan?? jalan kaki sudah baek..

pastu pindah laa kerumah batu yg smpai sekarang aku duduk nih.. wah.. nak dikire2 kan.. agak lame jugak laa rumah ni berada disini nak compare ngn rumah2 jiran2 aku nih... design pon olskool je kot.. hahahaha. mase duk sini aku duk bilik belakang tu.. macam horror jugak mule2 tu.. ape pulak yg aku igt time ni ek?? seperti biase laa,. bermain2 ngn si kembar tu.. kakak aku.. sape lagi tah.. pastu ikan mati kami goreng then main2.. hahaha... paling kejam rasenye bunuh kucing kot time ni.. mane tau ape2 beb.... sedih bile pikir balik... dah la rendam smpai lemas.. pastu bakar pulak tu.. mmg yahudi mane nye perangai dah kami contohi waktu tu...

kat pokok ceri belakang umah tu ade geng2 besar sket lepak.. main gendang, lastik burung. pastu ade sarang lebah pon dilastik jugak... yg kene kami laa... udah sakit2 badan.

sudah laa. malas aku nak taip panjang2 lagi. baik aku tidur dulu. esok nak kene pulun lagi bende yg tak menjadi tu... kurang2 hilang sket stress aku dengan menulis nih... alhamdulillah..

mencari melodi


salam sejahtera semua...
dah makan ke?
yang sakit tu dah sihat?
ataupun yang baru lepas pantang tu dah makin sihat ke?
baru lepas basuh motor?? hahahaha.. basuh2 pastu tinggal segalanya k..


oh ye! sebelum aku terlupa aku nak beri sedikit penerangan la.. bukan penerangan sebenarnye.. tapi perhatian... kereta yg member aku nak jual tu da tak jadi jual. sebab beliau dah modified kereta beliau dan baru masuk enjin turbo. tak tahulah aku..
aku nampak tak berapa peduli pasal modifikasi ni.

tak melengahkan masa..terus aku membantai hujah2 berkenaan tajuk yg aku nak masudkan disini.. waaah.. ini sebenarnye ilmu baru yg sebenarnye baru aku sedar kewujudan perkara ini... tajuk nye pon dah sehebat penulisan kali ni. aku persembahkan pada kalian... cara mencari melodi apabila mempersembahkan atau mengilhamkan sesebuah lagu.

sedang aku dok minum susu lembu.. datanglah si zalee lepak dengan kami.. soalan dari apis yg represent soalan aku tu dijawab dengan tenang dan padat isinya oleh zalee.. jadi kredit to this two fuckin person... aku sayang korang...

bai nak cari melodi ni senang je(ayat zalee)... first skali.. instrumen ape ko pakai??? ok senang kata gitar laa kan.. camni ye.. aku pegang chord A.. so ko rase ape kombinasi note2 yg digabungkan untuk membentuk chord A tu?? die mesti samada 2 hingga 5 note yang akan dipegang.. dan kombinasi not2 itu akan menjadi chord. misal kata kite nak chord A. jadi kite kene gabungkan C,G,A,E (ni contoh laa).. roots nye tetap A. tetapi diharmonikan oleh kod2 yg selebihnye.

ape kene pulak dengan melodi??? waaahaha.. susah kan?? melodi pulak berdiri dari element2 yg telah menggabungkan not2 tersebut. contoh kod A tadi... melodi ko mungkin boleh try dari not C,G,A,E.. pilih je mane2 antara 4 not tu.. dan apabila tukar kepada kod C misalnye... still akan ade gabungan2 not2 tersebut. still akan melekat not2 tadi.. sebab ape.... sebabnye sampai kiamat pon not bunyi tetap ade 7.. iaitu CDEFGAB.. jadi jgn laa kamu takut memelodikan irama itu...

masih tak faham? senang kate camni laa... ikut je bunyi yg terdapat dalam kod tersebut... tapi kau kurang kreatif?? haaa.. ini mudah je... perbanyakkan reference... (kan aku dah tekankan reference tu sgt penting). dengar pelbagai genre musik... jgn prejudis... insyaallah anda akan dapat resepi nye...

ok jadi jika tak faham ape yg aku sampaikan ni bolehlaa tinggalkan komentar yg bernas ye... the question mark must be reasonable and suitable for the fuckin situation. if not... you cannot reach the answer and still at the current level.. huh.. bengong lah aku ni.. dah laa gile... berkawan pulak dengan si gile... adeh..

jadi.. sekian saja penulisan aku disini... tak ramai pon yg nak baca bende2 ni. so kalau salah dan silap aku taknak meminta maaf k.. sebabnye takde siape pon nak baca.. sekian



radiohead - high & dry
sex pistols - anarchy in the UK
dead kennedy's - holiday in cambodia
robbie williams & nicole kidman - something stupid
roxette - its must have been love

membeli televisyen

assalamualaikum

salam sejahtera manusia sejagat. masih bekerja? atau dah pon mendaratkan kepala di bantal? atau ade yg masih study? mengharungi exam yg bakal tiba? anyway.. ape pon aku ucapkan semoga berjaya dalam ape saja yg korang harungi.

sempena aku mendapat ruang untuk mengisi periuk aku, aku lantas terfikir yang aku sebenarnye memerlukan ape yg biasa orang lain ada.. dan menjadi kewajipan rasenye pada setiap umat manusia dalam muka bumi ini... hahaa.. ape yg aku perlukan sebenarny?? bukan buku nota sepertimana steve dan blues dok sibuk cari tu ye... ini berkenaan masa depan seseorang manusi. perkaranya ialah sebuah televisyen...

hahaha.. nampak cam bangang lak. keje sebulan pon da bole beli televisyen kan.. ape nak disebukkan sangat sampai masa depan lah. hape lah.. jangan laa dok mengarut tuanpartisan... anda tu da overdose penggunaan akal ke? kurang2 aku tak meroyan macam sorang tu ok lah~

berbalik kepada kisah televisyen nih... ape sebenarnye niat aku nak beli telievisyn sebenarnye?? haha sudah tentu laa untuk tengok.. kan?? takkan aku nak buat sup telivisyen atau nak buat bola besball lak kan.. apdaa kome nih...

tapi mane2 yang paham akan tetap paham ape tujuan aku sebenarnye.. biarlah aku sahaja yg paham akan perkara nih. sape2 yg sudah mengerti maksud aku ni harapnye memberi sedikit support pada niat murni aku nih... aku tak tau laa kenape aku asik pikir pasal bende ni je....

takut jugak nnt dah beli telivisyen tu, aku tak dapat nak tgk pulak... erm... mane satu ni ek ?? takkan aku takleh nak sayang ko wahai telivisyen?? ko pulak boleh ke memahami kerjaya aku ?? adeh~ sungguh sukar kalo dipikir balik... tapi aku akan usahakan yg trbaik lah.. hurm..

mungkin dah sampai masenye aku memiliki telivisyen itu.. aku tak kire... aku nak cari wang beli jugak!!! haahahahahhahaha.. kalo telivisyen tu taknak aku... aku suruh jugak tokey kedai tu jual kat aku.. hahahaha


ok lah semua.. aku mau merehatkan minda aku.. nak kemaskan kotak pemikiran aku. nak bersihkan hati. membuang sisa2 tahi.. dan ape lagi aku tak pasti.. asalkan esok pagi aku tenang....



R.I.P Ronnie James Dio (Ronald James Padavona, July 10 1942 - May 16 2010)


rush - yyz
dio - holy diver
black sabbath - heaven & hell
dio - rainbow in the dark
Copyright © 2010 tuanpartisan All rights reserved.
Wp Theme by Templatesnext . Blogger Template by Anshul