Perihal Rakan2 Ku part - 1

Nampak gayanya aku macam dipaksa atau diberi penghormatan untuk meneruskan penulisan-penulisan lucah akal aku ini. sambutan tidak begitu hangat tapi kerana mungkin betul lah kate wanita itu.. aku ni terlebih excited.. ibarat arnab dalam iklan duracell yang sentiasa tenang menjalankan tugas.

waktu petang tadi mucullah satu job request untuk aku buat penulisan dari seorang rakan. tetapi beliau minta untuk menceritakan tentang diri beliau dari sudut pandangan aku yang luhur ini. "pai, nnt ko wat laa cite pasal aku lak.." eh.. boleh lah!! tadak hal lah!!! kecik punya hal lah!!! tapi nnt2 laa ye kawan. sebab kali ini aku nak menceritakan serba sedikit perihal kawan2 aku yang aku rasakan sangat senang berkawan dengan mereka ini. banyak aku pelajari dari deme dan deme pon banyak mendapat tunjuk ajar dari aku. lebih2 lagi adik ayob yang kian sukar melihatnye menggarukan kepala lagi.

Dimulakan dengan yang paling aku rapat dan selalu berhubung, bertubuh montok dan chubby. berjambang ibarat penyanyi imad dan mempunyai sebuah motor bising dan kini keretanya on the way menjadi bising jugak. seorang yang sangat energetic dalam memikirkan permasalahan sosial dan seni. juga sangat artistik dan sensitif pemikirannya. beliau juga mempunyai kebolehan menampar sejenis ikan yang melawan arus. waktu mula kenal diwaktu dalam toilet dimana aku sedang mengcoverline beliau. kini beliau dalam proses menyiapkan karya beliau yang ke-260 bertajuk 'api-api dimanakah kau api'. seorang drummer yang cekap dan merupakan orang asal kawasan tronoh(DAHULUNYA DETROIT). nama tidak perlu dijelaskan. hanya untuk hiburan kami.

kemudian pula. rakan yang rapat juga..haih.. semua ni mmg rapat lah!!! tapi beliau ini mempunyai perwatakan yang berbeda dari yang tadi. mempunyai susuk tubuh athletic. tengkok yang besar, berkulit putih dan mempunyai rambut indah yang pernah diwarnakan. juga rambutnya ditrim sendiri. striker kepada kelab bolasepak ipoh division 2. mewakili kuala pilah dalam acara bola jaring. memenangi piala pusingan sukan2antara tabika kemas. rupa paras yang hensem. dan juga penipu no 1 di negeri kesayangannya, perak. mula2 kenal sewaktu satu kelas dengannya. pada awalnye seorang yang pasif. tetapi rupanya itu bukan dirinya yang sebenar. berfikiran optimis dalam mengejar cita2 dan sangat bedisiplin. tetapi panas baran. cita2 paling mulia dari mulutnya yang pernah didengari oleh aku ialah ingin mengumpul wanita2 hodoh dan gemuk lantas melenyapkan terus mereka dari muka bumi.

Tinggi, kemas, bergaya, berambut pendek tetapi flat top, berdahi luas, sangat sesuai apabila menjadi pembaca berita di saluran rtm. kepakarannya ialah boleh menunggang motosikal tanpa memakai lampu hadapan. sangat berfikiran terbuka dan sangat fleksibel untuk menerima lawak2 dari rakan. mula mengenali beliau semasa part 2. dimana aku sedar yang beliau ialah orang yang ade potensi menjadi rakan bisnes aku. sekarang bekerja di sebuah agensi kaya raya. lots of idea, but rebellious. suatu ketika pernah menjadi jaguh badminton peringkat daerah dengan mewakili jalan klang lama. sangat setia pada cinta dan menjadi idaman wanita2 barat.

Pereka kenderaan yang konsisten terhadap kerja. mempunyai semangat setiakawan yang tinggi sehinggakan pernah mandi bertelanjang bersama2 rakannya. tidur sekatil dengan rakan sejenis. lantas nama samaran yang agak lucah diberikan kepada beliau. rase bersalah menyelubungi diri tetapi apakandaya... beliau rela dengan nama itu. great sense of humour. senang dibawa berbincang. tetapi kelemahan dalam membanteras nafsu syahwat susah nak dibendung. tetapi jangan risau, beliau masih virgin.

seterusnya ialah rakan yang on the way ke rumahku. ajak lepak minum katenye. kenal semenjak sekolah mengengah. tetapi tak sempat mengenali hati budi beliau kerana beliau sibuk bersama wanita2 dan aktiviti pengawas. sangat sporting. easy going. suka bersukan dan pandai bermain kata. berbadan kurus tinggi, sedikit buncit di perut. dan berambut panjang paras bahu. sangat cool lebih2 lagi bila berhadapan dengan masalah berkaitan kaum hawa. dan juga menjadi advisor kepada rakan2 lain berkenaan bidang yang digemarinya. pakar IT dan juga pencinta haiwan exotic. setakatini pernah membela musang, lipan dageng, ikan paus, ular air dan haiwan rodensia yang comel.

Setakat ini dahulu perihal rakan2 aku. nnt akan kusambung lagi. banyak lagi nih. belum masuk yang penakut, yang peniaga senjata, bomoh, tukang sihir, kaki gendang, si selekeh, abu jahal, pemecah dara, 40 years old virgin, penipu nombor 2, pembunuh, number 1, haiwan berenang, ahli bina badan. fuh!! pendek kata.. ramai lagi lah kwan2 aku yg bakal jadi mangsa dalam nih... nnt laa korang.. nasib baik brader 'rain' tu dah sampai.


Hingar bingar :

The Business - Suburban Rebels
Pink Floyd - Is there anybody out there
Sham69 - Hersham Boys
Rolling Stones - if i was a dancer
Manowar - Number 1
W.A.S.P - Cocaine Cowboy
Children Of Bodom - Northern Comfort
Cashmere - Datang dan Pergi (Sweet Charity)
Amon Amath - Master of War

Menjadi Orang Seni

Salam Sejahtera rakan-rakan
Adakah anda telah menjamu selera diwaktu2 begini?? masakan ibu atau di kedai makan??
makan di kedai yang ade provide Wi-fi sambil bukak laptop dan berbincang ibarat majlis
kaya-raya, ataupun hanya di warung2 celahan jalan dimana lauk lipas masak sayur dan udang goreng bermaggot disajikan kepada anda ? dan jangan pula anda lupakan amalan mulia iaitu dengan menghisap dan hembus asap-asapan rokok yang enak lagi menyakitkan. jika perempuan itu, sila pastikan anda hisap dengan penuh perasaan supaya ianya tidak jengkel dimata para penghisap lelaki yang nyata lebih maju dan berjaya dalam arena ini. jangan pula anda lupa akan santapan nurani yang jelas dianak tirikan oleh umat2 islam itu sendiri ye.

Kali ini saya ingin berkongsi beberapa tips bagi memudahkan anda sebagai orang seni ataupun kepada para2 penggemar seni yang menjadikan seni ini sebagai medan untuk mencapai tahap glamer yang memuncak dan sebagai satu method untuk memperoleh hati para metua anda. "jadi art ni best bro!, rase semacam bebas je hidup ni." hehehehe.. lantak laa.. janji kat sini aku nak kasi sikit tips sebagai orang yang ingin menggelar diri mereka sebagai orang seni. atau dalam kata lainnye artguy. mari kita mulai umar!!!!

Seperti yang kita maklum, seni tu adalah perkara yang sukar difahami dan sangat abstrak. jadi bagi mereka2 yang tidak dapat menghayatinya amatlah sukar untuk menerima perkara ini. "abang ni asik berkarya je, saya ni macamne bang?? siape nak bagi nafkah kat saye ??". "ooh.. seni ni macam yang lepak kat c.m tu ek? bagus arr bro aku suke sgt!". "Seni?? macam yang orang buat bende2 merapu tu ke?? baik aku buat wheelie sambil isap ganja. ade gak paedahnye".. macam2 lah kate orang... tapi ape yang penting, sekarang ni saya dapat lihat remaja2 mulai bergiat aktif dalam seni. satu perkara yang positif saya rasakan. wujudnya acara2 berkaitan seni, komuniti seni yang lebih komerSIAL, tampak lebih bergaya dengan seni.

Sebagai orang seni, perkara yang perlu diambil kira ialah way of life anda. dari bermula hidup anda dari bagun tidur sehinggalah anda melelapkan mata anda. anda harus berada dalam dunia anda sendiri. jangan memikirkan pasal orang lain kerana mereka jeles dengan apa yang anda ade sekarang ni. antara perkara2 yang perlu anda amik kira untuk menjadi orang seni ialah pertama2 sekali ianya ialah ideologi. ia berkait rapat dengan falsampah hidup anda yang sememangnya mahukan kebebasan dan sesuatu yang diluar jangkaan. kalau boleh anda join laa bende2 yang menolak akidah supaya anda nampak lebih gempak dan membuatkan orang melihat anda dengan keadaan yang kagum! anda tak perlu dikongkong oleh politik dan agama. kerana anda mahu menjadi diri anda sendiri. anda juga tidak perlu pikirkan tentang msa depan diri anda kerana anda bertuhankan seni dan berideologikan yahudi yang anda agungkan sangat. anda juga digalakkan untuk membasmi sistem atau fuck the system kate mat salleh. dengan tidak bersetuju dengan ape yg kerajaan sudah provide kepada anda.. tidak perlu ada sifat terima kasih dalam diri anda. barulah GEMPAK!!!!

Kemudiannya, penampilan sebagai orang seni haruslah bersesuaian dengan diri anda. contoh penampilan biarlah dari luaran dan dalaman. supaya anda lebih menghayati jiwa anda. Baju biarlah nampak lusuh beserta jeans biru yang koyak rabak. jika ada lekatan warna2 lebih afdal kerana nampak ianya sebagai proses anda berkarya. dan ingat. ini semuanya supaya anda lebih GEMPAK dari orang lain. rambut jika boleh biarlah ianya panjang atau diikat ponytail. jika perlukan cap, biarlah ianya dari jenis baretta ataupun cap yang mempunyai lambang bintang merah. jenis nak lagi gempak boleh laa sekiranya buat rambut dreadlock (ini kalo yang jenis mak tak marah nye lah). kemudian kalau nak saham anda lebih naik. silakan gantung DSLR di tengkuk anda. nampak lebih art dan mewah! sesuai dengan peredaran masa dan senang untuk anda membuat dokumentation ataupun untuk anda upload di laman2 sosial seperti mysapce dan facebook. jangan lupa jika mahukan pose gambar yang menarik sila lompat ataupun pandang ke tempat lain agar nampak seperti pemikir.

Selain penampilan dan ideologi, karya juga mencerminkan siapa anda sebenarnya. anda tak perlu berbakat untuk berkarya. cukup anda diskus dengan komuniti anda. ambik seketul sampah. jadikan karya! senang bukan.!! orang akan datang tengok dan memperkatakan bahawa anda lah yang sangat 'out of the box' kerana idea yang x pernah terfikir. ataupun yang tidak berminat dalam seni visual. boleh juga involve dalam seni performance. ini pon sangat menarik perhatian audience rupanya. seluruh orang yang datang ke show anda mesti akan tertumpu pada perbuatan jelek anda itu. yang boleh bermain instrumen pula merupakan bonus yang tidak bole diabaikan oleh anda. silalah petik kod Am, C, G, D. dan mintak rakan anda bacakan sebuah sajak spontan. ianya hebat!!! cubalah!!

fuh!!! sebenarnye dunia seni ni interesting ye bang!! lebih interesting dari kerja di syarikat insuran terkemuka. kepada yang sebelum ini pernah menanyakan soalan berkenaan art n design ini lah jawapan yg boleh dijadikan reference. tidak perlu lagi anda menggarukan kepala.. anda kini sudah penuh ilmu di dada! sila jalan dengan penuh rasa ego sebagai anak seni!

~salam karyawan~

Perosak telinga:

In Flames - Trigger
Sex Pistols - Schools Are Prisons
Dimmu Borgir - The Fundamental Alienation
Africa Bambaataa - Agartha
Dropkick Murphy - Candence to Arms
Darkane - Powerslave (Iron Maiden)
Lefthanded - Cinta 3 Dimensi

Gubahan idea

Salam pekida, pekima, pengakap, pendusta dan segala.

kali ini mungkin kite akan lebih serius membincangkan isu yang penting sebagai seorang pereka, yakni desginer. (jika tidak haruslah menjadi resigner macam saya).

ape yang paling penting dan menjadi aset utama kepada para designer ??

ade pihak mengatakan ianya ialah technical skill dimana pengetahuan menggunakan aplikasi sangat penting untuk menjadi seorang designer yang bagus. ya. ini boleh dikelaskan sebagai senjata kepada si pereka ini. tetapi... ape yang mahu ditekankan disini ialah, cukupkah hanya sekadar tahu menggunakan software2 tersebut melayakkan anda menjadi seorang pereka?
tidak jawapannya ye sayang. kerana. untuk menjadi designer yang bagus. anda memerlukan 2 perkara. satu nya ialah kemahiran seperti yang tersebut. kemuadian perkara yang paling penting. ialah idea development. dalam bahasanye kite sebut sebagai ilham. bukan ilham zainal abidin atau kau ilhamku nyanyian man bai. disini saya (partisan) akan menyingkap beberapa perkara yang membantu kepada perkembangan idea yang bernas dan "practically brilliant" bak kate encik rizal.

Ok. sebelum kite mendapatkan idea. kite mestilah mencari permasalahan yang melanda perkara subjek kita. x perlu laa saya berikan contoh. kerana x ramai yang nak baca blog saya nih. hahaha
jadinya. masalah dah dapat. skarang kite sit down untuk membangunkan idea kita. mula2 sekali pena dan kertas perlu ada setiap kali proses ini bejalan. kemudian. sechewen kopi jika anda rasa perlu. rapatkan diri anda dengan subjek yang berkenaan. rasai perkara subjek anda seolah2 ianya sedang berlegar di kepala hotak anda. jika anda dah dikuasai oleh perkara2 warna warni ini anda mulalah keluar dari kubus pemikiran itu seketika.. tak perlu pergi jauh untuk dapatkan idea. lihat ape yang ada di depan mata anda atau sekeliling anda. kaitkan perkara itu dengan subjek anda. cakap dengannya. lihat lenggoknya. bisik padanya "aku cintakanmu". sentuhnya. jika perlu merasa, rasainya. jadi dalam pada kita menghayati ape yag ada di sekitar kita, cuba campuradukkan ia dengan subjek atau masalah yang kita cuba selesaikan. mungkin jika tidak berkesan, boleh cuba cari bende lain di sekitar ia..

tips2 hebat selain daripada itu ialah cuba anda melangkah menuju ke pondok kecil di belakang rumah atau ofis anda. jika idea mmg tidak masuk ke kepala anda.. anda harus keluarkan lebihan2 dari perut anda. waktu ini idea akan datang mencurah2. seriously this is damn practical

kalau tak boleh jugak cara ni, saya rasa anda mmg orang yang susah nak dilentur. mungkin anda patut pegi sekolah balik dan belajar matematik dan sains. belajar ilmu asas. kemudian kalo da tau ilmu asas itu sila jumpe saya kembali. mungkin waktu itu anda dah bole menerima ajaran ini. sekian wassalam!!!



Seperti biase laa... mesti ade lagunye
Nirvana - All Apologies
Dimmu Borgir - The Conspiracy Unfold
Vader - Final Massacre
Iron Maiden - Prowler
Immortal - Thoned By Blackstorm
Mannish Boy - Muddy Water
Converge - Vengeance
Rockers - Kekejaman

excited katenye


rupe2nye sudah di pertengahan malam aku kat depan biawak (monitor) nih.
bukak bende alah ni jap. ape yg aku leh buat. taip la sikit2 ye dak.. ini jelaa kawan aku yg ade waktu camni,. lain2 tu da balik sebab nak koje. excited nak menulis kot - kate ade sorang minah tu, x tau laa.. ataupun hanya hangat2 najis ayam.. aku pon x tau. setelah penat mengadap buku panduan menjadi orang kerajaan.. baik aku menenangkan jiwa disini. tapi x mendatangkan output yang ilmiah pada audience.. ibarat macam goreng telur mata dan makan sorang2. takde content... kalo apis detroit ni, da kene mara aku nih. adeh.. xpe2 harini aku nak kasi sikit input pada anda semua. ianyanya berupa resepi untuk menggoreng telor dadar. harap siape2 yang x reti bole mencuba resepi hebat nih ok!

mari kita bermula!!!

1st sekali sediakan telur ayam. x kisah ayam serama atau ayam bapak yakni vespa jobot. kemudian sedikit bawang. dan juga garam secukup perasaan. minyak pon kene ade laa brader.. nak goreng ape x de minyak ??

ok. lepas tu mari kita ke proses seterusnya. panaskan minyak, campurkan telur, bawang dan sedikit garam di dalam satu mangkuk. kemudian dah panas kan minyak tu?? ape lagi.. masukkan laa bahan tu. kepada yang baru menceburi bidang masakan ni.. jgn takut dengan percikan minyak itu.. anda boleh buat yang terbaik ok!!! kuatkan semangat anda.. kemudian tunggu kejap dalam seminit lebih.. palingkan telur itu... sampailah ianya berwarna keemas-emasan. kemudian siaplah sebuah karya yakni masakan yang sangat berguna untuk diisi pada perut2 yang kekosongan. kepada yang di bawah umur, pastikan anda mendapat advise dari ibu bapa ye.

jadinye. moga kita bertemu di lain hari.. harap anda berpuas hati dengan pengajaran tadi ye. harap maaf jika tersalah kata dan menjadi hipokrit terhadap diri sendiri... ini lah ape yang benak aku pikir skang,,, sambil ade minah tu dok kaco2 aku... haiyaa.. aku rimas laa ngn ko !!!!

Playlist sewaktu berlangsungnya penulisan agung ini :
Dropkick Murphy - Tessie
Beerzone - Running Riot (cocksparrer cover)

Comeback Kid - wake the dead
Iron Maiden - ape tah tajuknye

Slayer - Skeleton Christ
Chick Korea - Illusion

menggaru2 kepala sambil menanyakan soalan

"bang, saya nak tanye sikit laa pasal art n design ni"(sambil digaru2kan belakang kepalanya)..

aku pulak buat2 hero dan buat2 tau laa menggoreng setiap persoalan itu. dengan jayanya telah meyakinkan seorang budak merangkap adik kepada member aku. mungkin banyak informasi yang die dapat hari tu gamaknye. dari selalu dapat trick2 baru main skate, ataupun menggelecek bola, hari itu mungkin beliau telahpun mendapat introduction serba sedikit tentang ape yang nak dilaluinye kelak...

tapi ape kene mengena dengan aku ?? sedang dok membelek2 bende alah blogspot nih... haha.. aku rupenye baru nak memulai perbuatan menulis ini. kirenye ade persamaan antara ape yang berlaku kat aku sekarang dengan ape yang budak tu pikir waktu tu. iaitu PERSOALAN... aku sekarang ni mempersoalkan macamane nak gune bende nih.tapi bezanya, aku nak garu kepala dan tanye siape??? tanye engkau?? kau dah bangun ke time ni?? ko ade baca ke time ni?? ko paham ke soalan aku ?? adeh.. rasenye macam tidak berilmu pulak aku nih. otak makin tidak cerdas berfikir, sebabnye masih dalam mood pagi yang inginkan bantal serta selimut..

baiklah. setakat ni jelaa dulu. aku nak habiskan mase explore perkara duniawi ni... macam ade kegunaan di hari muka nnt.. harapnye..



audio yang sedang berkumandang :
* Rush - Tom Sawyer
* Anti Nowhere League - Long Live Punk

Copyright © 2010 tuanpartisan All rights reserved.
Wp Theme by Templatesnext . Blogger Template by Anshul