Salam Sejahtera rakan-rakan
Adakah anda telah menjamu selera diwaktu2 begini?? masakan ibu atau di kedai makan??
makan di kedai yang ade provide Wi-fi sambil bukak laptop dan berbincang ibarat majlis
kaya-raya, ataupun hanya di warung2 celahan jalan dimana lauk lipas masak sayur dan udang goreng bermaggot disajikan kepada anda ? dan jangan pula anda lupakan amalan mulia iaitu dengan menghisap dan hembus asap-asapan rokok yang enak lagi menyakitkan. jika perempuan itu, sila pastikan anda hisap dengan penuh perasaan supaya ianya tidak jengkel dimata para penghisap lelaki yang nyata lebih maju dan berjaya dalam arena ini. jangan pula anda lupa akan santapan nurani yang jelas dianak tirikan oleh umat2 islam itu sendiri ye.

Kali ini saya ingin berkongsi beberapa tips bagi memudahkan anda sebagai orang seni ataupun kepada para2 penggemar seni yang menjadikan seni ini sebagai medan untuk mencapai tahap glamer yang memuncak dan sebagai satu method untuk memperoleh hati para metua anda. "jadi art ni best bro!, rase semacam bebas je hidup ni." hehehehe.. lantak laa.. janji kat sini aku nak kasi sikit tips sebagai orang yang ingin menggelar diri mereka sebagai orang seni. atau dalam kata lainnye artguy. mari kita mulai umar!!!!

Seperti yang kita maklum, seni tu adalah perkara yang sukar difahami dan sangat abstrak. jadi bagi mereka2 yang tidak dapat menghayatinya amatlah sukar untuk menerima perkara ini. "abang ni asik berkarya je, saya ni macamne bang?? siape nak bagi nafkah kat saye ??". "ooh.. seni ni macam yang lepak kat c.m tu ek? bagus arr bro aku suke sgt!". "Seni?? macam yang orang buat bende2 merapu tu ke?? baik aku buat wheelie sambil isap ganja. ade gak paedahnye".. macam2 lah kate orang... tapi ape yang penting, sekarang ni saya dapat lihat remaja2 mulai bergiat aktif dalam seni. satu perkara yang positif saya rasakan. wujudnya acara2 berkaitan seni, komuniti seni yang lebih komerSIAL, tampak lebih bergaya dengan seni.

Sebagai orang seni, perkara yang perlu diambil kira ialah way of life anda. dari bermula hidup anda dari bagun tidur sehinggalah anda melelapkan mata anda. anda harus berada dalam dunia anda sendiri. jangan memikirkan pasal orang lain kerana mereka jeles dengan apa yang anda ade sekarang ni. antara perkara2 yang perlu anda amik kira untuk menjadi orang seni ialah pertama2 sekali ianya ialah ideologi. ia berkait rapat dengan falsampah hidup anda yang sememangnya mahukan kebebasan dan sesuatu yang diluar jangkaan. kalau boleh anda join laa bende2 yang menolak akidah supaya anda nampak lebih gempak dan membuatkan orang melihat anda dengan keadaan yang kagum! anda tak perlu dikongkong oleh politik dan agama. kerana anda mahu menjadi diri anda sendiri. anda juga tidak perlu pikirkan tentang msa depan diri anda kerana anda bertuhankan seni dan berideologikan yahudi yang anda agungkan sangat. anda juga digalakkan untuk membasmi sistem atau fuck the system kate mat salleh. dengan tidak bersetuju dengan ape yg kerajaan sudah provide kepada anda.. tidak perlu ada sifat terima kasih dalam diri anda. barulah GEMPAK!!!!

Kemudiannya, penampilan sebagai orang seni haruslah bersesuaian dengan diri anda. contoh penampilan biarlah dari luaran dan dalaman. supaya anda lebih menghayati jiwa anda. Baju biarlah nampak lusuh beserta jeans biru yang koyak rabak. jika ada lekatan warna2 lebih afdal kerana nampak ianya sebagai proses anda berkarya. dan ingat. ini semuanya supaya anda lebih GEMPAK dari orang lain. rambut jika boleh biarlah ianya panjang atau diikat ponytail. jika perlukan cap, biarlah ianya dari jenis baretta ataupun cap yang mempunyai lambang bintang merah. jenis nak lagi gempak boleh laa sekiranya buat rambut dreadlock (ini kalo yang jenis mak tak marah nye lah). kemudian kalau nak saham anda lebih naik. silakan gantung DSLR di tengkuk anda. nampak lebih art dan mewah! sesuai dengan peredaran masa dan senang untuk anda membuat dokumentation ataupun untuk anda upload di laman2 sosial seperti mysapce dan facebook. jangan lupa jika mahukan pose gambar yang menarik sila lompat ataupun pandang ke tempat lain agar nampak seperti pemikir.

Selain penampilan dan ideologi, karya juga mencerminkan siapa anda sebenarnya. anda tak perlu berbakat untuk berkarya. cukup anda diskus dengan komuniti anda. ambik seketul sampah. jadikan karya! senang bukan.!! orang akan datang tengok dan memperkatakan bahawa anda lah yang sangat 'out of the box' kerana idea yang x pernah terfikir. ataupun yang tidak berminat dalam seni visual. boleh juga involve dalam seni performance. ini pon sangat menarik perhatian audience rupanya. seluruh orang yang datang ke show anda mesti akan tertumpu pada perbuatan jelek anda itu. yang boleh bermain instrumen pula merupakan bonus yang tidak bole diabaikan oleh anda. silalah petik kod Am, C, G, D. dan mintak rakan anda bacakan sebuah sajak spontan. ianya hebat!!! cubalah!!

fuh!!! sebenarnye dunia seni ni interesting ye bang!! lebih interesting dari kerja di syarikat insuran terkemuka. kepada yang sebelum ini pernah menanyakan soalan berkenaan art n design ini lah jawapan yg boleh dijadikan reference. tidak perlu lagi anda menggarukan kepala.. anda kini sudah penuh ilmu di dada! sila jalan dengan penuh rasa ego sebagai anak seni!

~salam karyawan~

Perosak telinga:

In Flames - Trigger
Sex Pistols - Schools Are Prisons
Dimmu Borgir - The Fundamental Alienation
Africa Bambaataa - Agartha
Dropkick Murphy - Candence to Arms
Darkane - Powerslave (Iron Maiden)
Lefthanded - Cinta 3 Dimensi