perjalanan 3 tahun tu, mase yang diperlukan selama 3 jam menaiki kenderaan motokar. melalui 3 buah negeri. berkenalan dengan beberapa brader 3 line. 3 orang sahabat sebilik yang sangat rancak. bukan 3 rakan sebenarnye... 70 pada asalnye... melalui tapisan2 intelektual dan sosial. maka dalam 20-30 yang menjadi pemenang. 20-30 tu pulak umurnya pemuda2 dari bota yang disyaki mempunyai kuasa membunuh serta pengaruh yang kuat dan digeruni pemuda sri iskandar yang tampak lebih mentah.

Di waktu itu jugaklah (3 tahun itu) seorang manusia hebat mula menceburi bidang yang tak pernah dilihatnye sebagai minat yang mendalam. tetapi berbekalkan kesungguhan dan doa restu ibu bapa.. langkahnya semakin rancak dan minatnya mula mendalam menceburi bidang itu. bak kate rakan MLM, "from zero to hero" ataupun "dulu kancil bikin sekarang BMW".

langkah awal. mengumpul seberapa ramai ahli yakni sahabat.. ini lah asalnye 70 lebih itu.. semuanya seia sekata. bersama meredah tahun pertama sambil berjalan kaki membawa arca2 tak senonoh. dan ada pula yang berlari-lari anak sambil berpegangan tangan. smbil para atasan tergelak dan angkuh menunjukkan mereka lebih cool tidak membawa apa2 peralatan. kepanasan waktu tu mencapai 35-38 C. semuanya penuh semangat menimba dakwah. semuanya berharap menjadi satu. semuanya ingin menjadi maju.

event2 penting waktu tu. dari acara sukan bolasepak sehinggalah acara kebudayaan. semuanya turut serta walaupun ade setengah event lebih membabitkan pihak dari jabatan berbeda. yang penting satu suara. bersama melawan pihak abang2. sama-sama menentang rival pasukan bolasepak. sama-sama menggagahkan diri waktu kematian arwah. sama-sama memukul gendang dan menari. sama-sama memakai baju hitam dan melepak disana sini. ape yg orang lain boleh cakap dan bisik waktu tu.... "poyo sial dak2 ni", "diorang sudah mari, jom chow", "alamak musuh sudah datang", "deme ni x reti nak hormat orang tua"..

teringat pulak dimana mereka2 ni bersengkang mata membuat kerja tukang menukang. sampaikan diganggu syaithan dan membuat solat hajat.. termasuk jugak diwaktu sahabat mereka dirasuki syaithan.. semua itu berjaya ditempuhi disebabkan sifat unity mereka.. unity itu juga salah satu dari prinsip seni yang telahpun mereka pelajari dari pakar tai (zainon) dan juga pelumba motor (suhaimi). kalau setakat art&design and islam must go parallel, memang mereka x mahu dengar sebab rata2 dari golongan yang sukakan kenikmatan dunia.

semasa pengakhirannya, bibit-bibit perpecahan jelas ketara. kerana mungkin ade pihak yang tertindas, pihak yang sudah lama memerhati, pihak yang seronok membebankan orang dan pelbagai lagi pihak yang akhirnya mencetuskan rasa tidak seronok untuk bersama lagi.. jadi tapisan2 yg disebutkan tadi lah akhirnya terpaksa dilakukan. mungkin tak berapa bagus. tapi terpaksa demi memenuhi kepuasan hati masing2...

persoalannya.. adakah yang 20-30 tadi akan boleh menjadi 70 balik ??? aku sangat harapkan ianya menjadi 70 seperti waktu2 awal dahulu.. aku dan mereka rindukan waktu itu...


Metallica - Whiskey in a jar
White Zombie - More human than human
Yngwie Malmsteen - Icarus Dream Suite