Selamat sejahtera. ape khabar anda semua? bagus2 belaka?? ape aktiviti ahad petang ini? melepak dan menunggu nasib di hari esok? pegi pc fair untuk cuci mata? masih tido sebab tgk kekalahan chelsea malam tadi? arghh!! ape2 pun kondisi anda.. aku ucapkan selamat jua.. tak kira dimana kau orang berada. kali ni aku mahu menyambung part - 2 punye kisah berkenaan rakan2 aku... tak sempat nak coret panjang aritu sebab ayen dok calling ajak minum. ade bisnes baek katenye.. hmm. asalkan bukan MLM aku mmg berminat nak dengar.. bile agaknye aku nak pakai lamborgini macam kawan aku yang sorang tu kan... maybe mungkin bukan rezeki untuk pakai kereta sedemikian.. xpe lah. biarkan mereka lalai dan alpa dengan kejayaan duniawi dan harap mereka sukses dan terus belagak dengan kekayaan itu... nak tolong melayu laa katekan..

ok laa... x mau aku buang masa.. aku teruskan dengan rakan yang seterusnya.. kali ni rakan yang bukan dari uitm. beliau aku kenal sewaktu kecik.. darjah 2 rasenye,.. mase die mule2 pindah depan umah aku.. gigi depan die sebatang hilang time tu... x tau nape.. mg sangat rapat.. penah melakukan banyak aksi ngeri bersama. antaranya dikejar anjing bersama, merentasi desa, dihentak golongan mamak, eksiden di selayang. sangat excited dengan ape pon yang dilakukan.. dan perangainya ibarat kucing yang kejakunan.. x boleh nampak bende pelik,,, tapi beliau sekarang dah hebat. keje pon da bagus.. servis untuk kerajaan malaysia.. menjadi frontman untuk skuad pertahanan yang ade di negara,.. ye laa kot.. hahaha... skang ni masih gila macam dulu.. tapi makin pelik rasenye.. suke2 ati die je nak buat ape pun... asalkan ko bahagia laa!

Selit2 pulak ngn member uitm lagi. seorang yang macho, tampan. ade kwan aku cakap muke die macam rosam nor.. alaa aktor kacak tu. aku pon x tau.. skang ni keje die menipu budak sekolah... erm.. bukan sekolah sebenarnye... budak unibersiti... takpelaaa... beliau mmg hebat dan matang antara kami rakan2 yang ade.. selalu memberi advise yang berguna di samping diri sendiri perlukan advise dari detroit motherfucker dan lain2.. no 2 paling jahat dimuka bumi... melakukan banyak dosa terutama pada masyarakat kampung dan makcik penjaga dining waktu part 6.. suka tawar menawar harga barang,... mmg kepakaran beliau.. penah dapat seluar dengan harga rm3 sahaja.. x penah dibuat orang.. kini memandu myvi hitam yang hebat bergaya. satu masa dahulu semasa menjadi pemandu amatur, beliau memerlukan longkang untuk menjadi landasan kepada keretanya untuk berjalan.. sungguh sukar waktu itu rasanya. tapi beliau tetap cool dan suka rasanya untuk membahan rakan lain dari belakang.. itu juga merupakan kepakaran tuan guru ini.. brilliant@!!!!

ini pula perihal kawan aku yang kini menjadi ahli kerajaan.. pusat sokan menjadi pilihan. kenal diwaktu sekolah lagi. pelbagai peristiwa diharungi bersama. termasuk ditipu oleh encik zainal dan K-7. beliau merupakan ahli band aku yang boleh dibanggakan.. kerana beliau mmg seorang yang berbakat besar. memandu kereta jenama jepun. dan kadang2 menunjukkan skill memandu beliau yang hebat di depan orang ramai.. cita2 asal beliau mahu menjadi bapa yang mithali.. sekarang on the way nak manjadi suami.. cita2 yang murni aku rasakan.. beliau juga sekarang ni sibuk dengan schedule2 yang bersifat kesukanan. beliau kini dapat merasakan kehidupan cerah menanti dihadapan.. tahniah!!

gelaran abi bole digunapakai pada beliau. ataupun boleh digelar dengan pelbagai nama.. kerana beliau seorang pelakon yang hebat dan boleh mengawal emosi orang yg menjadi audience beliau.
pakar dalam bidang periklanan dan farmasi. bekas rakan sejawat aku. degil dan berpendirian teguh. namun lembut hati lebih2 lagi jika berhadapan masalah laundry dan dobi. sangat berahsia dan sukar untuk berbicara jika baru mengenalinya.. tak sombong tapi nampak macam sombong..
panas baran, penipu besar, pandai bercerita, sesuai lah dengan tempat asal beliau, Ipoh. sama macam yg mula2 tu. antara peribadi yang aku kagum. tak tau kenapa... mungkin kerana sikap beliau yang lain dari orang lain... erm.. anda boleh nilai sendiri.

Peniaga besar-besaran. dan kecil-kecilan.. semuanya die sapu. asalkan meniaga... hidup sentiasa bz... kebolehan utama dalam bidang mekanikal kenderaan.. terutama kenderaan yang digunakan diwaktu peperangan. seorang yang susah nak dijangka dan diduga akal. berpandangan sangat jauh sampaikan beliau sendiri tak pasti ape yang diinginkan.... suke menjadikan masalah sebagai cabaran hidup. menjadi ketua kepada kelab kenderaan antik. dan juga penggerak kepada aktiviti rakan2 disini.. sentiasa ade acara yang ingin diutarakan. pencetus kepada idea2 bernas untuk melakukan lawak. senang kata beliau ni banyak memberi modal lawak kepada rakan yg suka melawak. ditambah pulak dengan mamat mastiara tu. cukup cantik!! pandai berbahasa acheh, siam, madura dan berbagai2 lagi...

si burung terbang. kawan aku yang ini nampaknya dari segi fizikal agak kecil dan kurus berbanding lain2. mungkin sebab itu beliau boleh terbang seperti burung... kelam kabut dalam setiap perkara... tapi kadang2 nampak cool laa pulak... aku selalu berselisih faham dengan beliau... biase laa.. lebih merapatkan lagi hubungan kekeluargaa,.. beliau merupakan pencinta agung yang tuanku mizan sendiri pon dan setanding beliau... sanggup meredah 8 jam perjalanan dengan menaiki basikal semata2 demi cinta sejati beliau.. nak di senaraikan pengorbanan beliau demi cinta mmg tak terjangkau tangan aku nak menaip... kini lebih maju dan berjaya.. kerjaya bagus.. sering keluar negara untuk urusan kerja.. alaa macam drama tv tu... sarapan segigit roti.. fresh orange... lunch makan steak... dah rezeki beliau.. aku doakan beliau lebih sukses

ternampak pulak mamat ni online ym... bertubuh sasa dan tough... pengamal diet seimbang. orang yang amat concern tentang kesihatan... entah berapa banyak ubat yang ditelan dulu... idi pon terkejut tgkkannye... aku pernah menjadi tag team beliau untuk acara merempuh halangan sewaktu dirumah sewa dulu.. seorang yang sangat laju...... dalam bercakap.. tapi slow... dalam menghayati makanan... tgk jelaa semalam... hahahaha. sekarang ni beliau kosentrate untuk bidang2 nyanyian, seni tarian, dan juga perlumbaan... pernah menjadi cover untuk magazine hiburan.. x perlu nak disebutkan disini... kini bahagia disamping awek tersayang... yang dahulunya pernah menyatakan pendirian untuk tidak ada komitmen cinta.. kini sanggup pergi rantai art event... satu kemajuan buat diri beliau... kau memang hebat!!!

si india yang lebih melayu... ape aku leh buat... hidup die da macam melayu.. penah tanye aku macamane berkhatan.. dah ade niat laa tu kot... slalu jugak lepak ngn beliau... layan bola... konon suke memancing.. tapi performance tak berapa bagus dalam memancing.. setakat besar tapak tangan aje.. pengamal black magic dan muzik metal tegar... penyokong chelsea fc sehingga sanggup beli tiket terpakai perlawanan di stamford bridge.. katenye fuck jiwang.. tapi die lebih jiwang dari semua manusia yg penah wujud.. penah nak bunuh diri sebab cinta... minum racun tikus... hahaha.. ape laa ko da buat nih!!!

juga seorang pemancing.. versi lebih hebat... layan kolam, sungai, jambatan keretapi kat klang pon ok je... memakai kaca mata.. nampak macam professor.. tetapi banyak persoalan ditimbulkan beliau... segalanya nampak macam tak kena.. peminat kumpulan sabah never mind... humble lebih2 lagi bab yang membabitkan kaum hawa.. peminat siri2 jepun.. tak kira ape pun,, janji jepun... asalkan jepun semua on... berperangai malu2 kucing tanpa sebab. mungkin kerana perkara yg pernah berlaku di masa lampau beliau... teringat sewaktu kesatria namanya dipanggil sebagai tanjung perdan,... how sick is that encik dollah!!!hahahaah. beliau juga suka buat lawak unexpected seperti menyorok di bawah katil sambil miscall nombor orang yang bakal mencarinya, mempunyai motor yang wangi seperti buah-buahan, membawa sekaton livita ke kelas untuk hilangkan mengantuk dan banyak lagi lah!!

adeh.. penat lak aku... nnt aku sambung lagi laa ye.. selamat petang semua... sape2 yang rase nak dimasukkan dalam entri ini sila request pada aku k..


bunyi-bunyian amal:

Stratovarius - millenium
the postal service - ??
Destinisity - new dark empire
Six feet under - burned at the stake
Catal Decapitated - No future
Kausa de Alarma - Una Mirada Atras
Metallica - Fight fire with fire
Yes - i've seen all good people
Converge - Bare my teeth
Meshuggah - ?? apo tah namo lgunye
Azrael - The evil that men do (iron maiden)
Manowar - the power
Iron Maiden - Only the good die young
Incarnation - Shadow from the ancient empire
Megadeth - Mastermind
Red hot chilli pepper - Mellowhip funky
.