Nampak gayanya aku macam dipaksa atau diberi penghormatan untuk meneruskan penulisan-penulisan lucah akal aku ini. sambutan tidak begitu hangat tapi kerana mungkin betul lah kate wanita itu.. aku ni terlebih excited.. ibarat arnab dalam iklan duracell yang sentiasa tenang menjalankan tugas.

waktu petang tadi mucullah satu job request untuk aku buat penulisan dari seorang rakan. tetapi beliau minta untuk menceritakan tentang diri beliau dari sudut pandangan aku yang luhur ini. "pai, nnt ko wat laa cite pasal aku lak.." eh.. boleh lah!! tadak hal lah!!! kecik punya hal lah!!! tapi nnt2 laa ye kawan. sebab kali ini aku nak menceritakan serba sedikit perihal kawan2 aku yang aku rasakan sangat senang berkawan dengan mereka ini. banyak aku pelajari dari deme dan deme pon banyak mendapat tunjuk ajar dari aku. lebih2 lagi adik ayob yang kian sukar melihatnye menggarukan kepala lagi.

Dimulakan dengan yang paling aku rapat dan selalu berhubung, bertubuh montok dan chubby. berjambang ibarat penyanyi imad dan mempunyai sebuah motor bising dan kini keretanya on the way menjadi bising jugak. seorang yang sangat energetic dalam memikirkan permasalahan sosial dan seni. juga sangat artistik dan sensitif pemikirannya. beliau juga mempunyai kebolehan menampar sejenis ikan yang melawan arus. waktu mula kenal diwaktu dalam toilet dimana aku sedang mengcoverline beliau. kini beliau dalam proses menyiapkan karya beliau yang ke-260 bertajuk 'api-api dimanakah kau api'. seorang drummer yang cekap dan merupakan orang asal kawasan tronoh(DAHULUNYA DETROIT). nama tidak perlu dijelaskan. hanya untuk hiburan kami.

kemudian pula. rakan yang rapat juga..haih.. semua ni mmg rapat lah!!! tapi beliau ini mempunyai perwatakan yang berbeda dari yang tadi. mempunyai susuk tubuh athletic. tengkok yang besar, berkulit putih dan mempunyai rambut indah yang pernah diwarnakan. juga rambutnya ditrim sendiri. striker kepada kelab bolasepak ipoh division 2. mewakili kuala pilah dalam acara bola jaring. memenangi piala pusingan sukan2antara tabika kemas. rupa paras yang hensem. dan juga penipu no 1 di negeri kesayangannya, perak. mula2 kenal sewaktu satu kelas dengannya. pada awalnye seorang yang pasif. tetapi rupanya itu bukan dirinya yang sebenar. berfikiran optimis dalam mengejar cita2 dan sangat bedisiplin. tetapi panas baran. cita2 paling mulia dari mulutnya yang pernah didengari oleh aku ialah ingin mengumpul wanita2 hodoh dan gemuk lantas melenyapkan terus mereka dari muka bumi.

Tinggi, kemas, bergaya, berambut pendek tetapi flat top, berdahi luas, sangat sesuai apabila menjadi pembaca berita di saluran rtm. kepakarannya ialah boleh menunggang motosikal tanpa memakai lampu hadapan. sangat berfikiran terbuka dan sangat fleksibel untuk menerima lawak2 dari rakan. mula mengenali beliau semasa part 2. dimana aku sedar yang beliau ialah orang yang ade potensi menjadi rakan bisnes aku. sekarang bekerja di sebuah agensi kaya raya. lots of idea, but rebellious. suatu ketika pernah menjadi jaguh badminton peringkat daerah dengan mewakili jalan klang lama. sangat setia pada cinta dan menjadi idaman wanita2 barat.

Pereka kenderaan yang konsisten terhadap kerja. mempunyai semangat setiakawan yang tinggi sehinggakan pernah mandi bertelanjang bersama2 rakannya. tidur sekatil dengan rakan sejenis. lantas nama samaran yang agak lucah diberikan kepada beliau. rase bersalah menyelubungi diri tetapi apakandaya... beliau rela dengan nama itu. great sense of humour. senang dibawa berbincang. tetapi kelemahan dalam membanteras nafsu syahwat susah nak dibendung. tetapi jangan risau, beliau masih virgin.

seterusnya ialah rakan yang on the way ke rumahku. ajak lepak minum katenye. kenal semenjak sekolah mengengah. tetapi tak sempat mengenali hati budi beliau kerana beliau sibuk bersama wanita2 dan aktiviti pengawas. sangat sporting. easy going. suka bersukan dan pandai bermain kata. berbadan kurus tinggi, sedikit buncit di perut. dan berambut panjang paras bahu. sangat cool lebih2 lagi bila berhadapan dengan masalah berkaitan kaum hawa. dan juga menjadi advisor kepada rakan2 lain berkenaan bidang yang digemarinya. pakar IT dan juga pencinta haiwan exotic. setakatini pernah membela musang, lipan dageng, ikan paus, ular air dan haiwan rodensia yang comel.

Setakat ini dahulu perihal rakan2 aku. nnt akan kusambung lagi. banyak lagi nih. belum masuk yang penakut, yang peniaga senjata, bomoh, tukang sihir, kaki gendang, si selekeh, abu jahal, pemecah dara, 40 years old virgin, penipu nombor 2, pembunuh, number 1, haiwan berenang, ahli bina badan. fuh!! pendek kata.. ramai lagi lah kwan2 aku yg bakal jadi mangsa dalam nih... nnt laa korang.. nasib baik brader 'rain' tu dah sampai.


Hingar bingar :

The Business - Suburban Rebels
Pink Floyd - Is there anybody out there
Sham69 - Hersham Boys
Rolling Stones - if i was a dancer
Manowar - Number 1
W.A.S.P - Cocaine Cowboy
Children Of Bodom - Northern Comfort
Cashmere - Datang dan Pergi (Sweet Charity)
Amon Amath - Master of War