malang sungguh si pembunuh tu, sebab membunuh demi sesuap nasi tetapi akhirnya nasib beliau sama seperti mangsa yang telah dibunuhnya. indah sungguh jika dijadikan pembunuhan itu sebagai profession kerjaya dan bagi beliau membunuh itu ibarat satu kepuasan batiniah yang bisa mengundang berahi dan membangkitkan afrodisiac..

bermula dari kecil dimana pergaduhan dengan rakan2 sekolah dan selalu dibuli membuatkan beliau sangat leka dan seronok dengan kekejaman. tambahan pula lahir dari golongan bangsawan yang memang akan sentiasa di atas walaupun melakukan kesalahan besar sekalipun.

mangsa utama pembunuhan yang boleh dikatakan bersiri itu lebih kepada kaum wanita yang rata2 gemuk dan hodoh. motif pembunuhan?? tak siapa yang tahu melainkan beliau sendiri dan mentor beliau merangkap pakcik beliau bernama Junid.

setiap kes bunh yang dilakukannya mesti mempunyai trademark iaitu si mati akan kehilangan 2 batang gigi depan dan rambut dicukur tepi (dibuat ala2 mohawk). pun tidak pasti apekah yang ingin dilakukan terhadap gigi dan rambut tersebut. ade jiran2 yang mengatakan beliau pengamal ilmu hitam yang tegar. tetapi kesahihan berita tersebut disangkal sama sekali sewaktu penangkapan beliau. tidak ada sebarang bukti beliau melakukan ritual atau perkara berkaitan ilmu hitam.

beliau ini juga terkenal dengan sifatnya yang peramah dengan orang luar dan seorang yang sangat lucu. barangsiapa terjumpa beliau mungkin akan anggap beliau seorang manusia yang baik2. bukan kerana itu sahaja.. kerana orang2 yg pernah berbual dengan beliau akan menganggap beliau ini orang yg luas pengetahuan dan seorang penasihat yang baik.

senang kata kehidupan sosial beliau tidak menggambarkan diri beliau yang sebenar. sebab itu jugak lah ramai saudara mara dan rakan beliau tidak bersetuju malah membantah penangkapan beliau kerana kes membunuh 4 sekeluarga yang sedang tidur.

kini setelah menjalani hukuman mati, beliau tidak lagi aktif membunuh. malah kelibat beliau pun tidak kelihatan sama sekali. mungkin kerana bosan atau beliau sudah berhenti membunuh. ataupun mungkin sebab beliau dah mati.. jadi macamane nak membunuh ye dak ??????????