Yeeehaaa!!!! . . . dah lame rasenye aku tak menulis penulisan2 jahiliah. kali ni aku mempunyai kekuatan yang jitu untuk menulisnya juga.. setelah lama diminta untuk membuat sambungan.. akhirnya aku akur dan menyusun jari menambahkan entri yang juga sequel kepada perihal rakan2 ku. kali ini tampak berbeda sedikit dari yg sebelumnya. kerana ada juga pembabitan kaum hawa dalam penulisan ini.. (waaaaah!! siapa pulak kali ni).. walau ape pun aku sangat berharap sesiapa yg termasuk dalam entri aku berkenaan rakan2 aku ni akan berkekalan laa persahabatan kami sampai akhir hayat. dan lagi satu perkara, playlist2 brilliant yg slalu aku pasang mungkin tidak kedengaran kebelakangan ni.. ini disebabkan beberapa masalah. jgn risaukan playlist aku ye,. ayuh mulai!!!!


aku mulakan dengan bacaan bismillah. dan bermula rakan aku yg seterusnya. merupakan tukang jahit dan juga tukang umpat bagi penduduk TTDI. sangat rajin dan kerap tidur awal. susah nak ajak lepak melainkan ade kisah mengenai umpatan. tempat asal dari kerajaan lama melayu (rahsia kerajaan). kini sedang berusaha untuk menjadi pereka fesyen terkenal dan akan melanjutkan telo ke paris katenye. tak pasti laa beliau kini sudah menukar jantina atau tidak.. tapi yang penting.. aku sayangkan kau jugak!! hahaa

skinhead versi wanita. haha.. aku kenal beliau ketika berlepak dan bergelak ketawa di ipoh. senior aku kate salah seorang budak skinhead itu. berasal dari negeri dari selatan. berperwatakan sangat ceria sampai menangis aku melayan lawak beliau.. lebih2 lagi apabila membuat kepala puyeng. aku sangat kagum dengan beliau dan sangat menunggu lawak2 berkualiti dari beliau. meronggeng ialah kelebihan beliau dari azali. dan sehingga kini beliau akan sentiasa mengupdate dimana lokasi beliau. dimana ada majlis, disitu ade beliau, disitu juga akan ada keriuhan yang utuh. berfikiran luas dan sangat concern terhadap keadaan sekeliling, juga menyukai warna pekat dan pahit. senang kata beliau ialah manusia yg mempunyai visi yang tinggi... cool!!!

seterusnya ialah dari golongan hawa jugak... kali ni rakan dari sekolah kirenye. berasal dari nama jalan yang ada kaitan dengan haiwan comel. dan fakta menarik tentang diri beliau ialah mempunyai hari kelahiran yang sama dengan aku.. tahniah!!! kire hebat laa sebab dapat same ngn orang hebat kan.. ahaha.. akan selalu ade diwaktu aktiviti berkaitan rakan2 sekolah. sangat suka menyanyi .. pernah memasuki pertandingan nyanyian di uptown danau kota dan shah alam. senang berkawan dengan beliau sebab aku sangat paham dengan orang dari jenis begini.. (aku sendiri ler tu). semangat juang yang tinggi dan berkebolehan bermain bowling. bijak dan pandai mengurus hidup tetapi sedikit lemah dalam membezakan gurauan atau perkara serius. selalu berkomunikasi jugak ler dan boleh dikatakan antara kawan yg baik dengan aku.. haa.. ape pun kau mmg best.. insyaallah ade tu.. haha

peniaga pakaian wanita yang berjaya. sentiasa terpampang wajahnya di dada2 akhbar. (sebab ko pon keje akhbar kan.. bole laa cite. haha). berpandangan jauh jugak. berasal dari desa bertemu jodoh. keturunan jawa rasenye sebabnye rata2 dari situ semua jawa.. aaah.. jawa mmg best kan!! beliau ni kenal diwaktu sekolah seni. dulu macam sombong.... segan kot.. tapi skang ni ok laa sket.. jgn pasni sombong balik dah ler. aku delete ko nye paragraph ni nnt k. mempunyai ramai peminat.. salah seorangnye ialah..... ehem... tak boleh cakap disini... nnt kene dam.. beliau ini bersekedudukan dengan rakan yg kelakar tadi. cuma beliau jarang update lokasi. hanya akan update perniagaannya.. sangat2 membuat aku jeles kerana memacu kenderaan yang diminati aku.. ko tunggu aku beli nnt kite racing k.. hahahaa... takde ape nak dicoret lagi melainkan mamat tu dah ade kat sini.. so... bile nak date lagi?? hahaah

rakan baik yang selalu aku kongsi pendapat dan masalah jugak. haih.. banyak masalah aku rupenye... merupakan serangga kecil berwarna ungu. suka memikirkan masalah2 yg pelik dan rumit seperti cara menuguruskan pipi, masalah plastik yang dimakan penyu, masalah sampah yang tidak disapu. haih.. sangat cerdas dan aktif. mempunyai sifat2 lucu yang agak pelik. seronok juga jika memikirkan kerenah2 beliau yang mmg banyak hal. dalam mase 25 tahun aku tinggal kat sini.. beliau ni laa kawan yg mmg berasal dari tempat tinggal aku.. gile laa. antisocial aku nih. bukan ape.. aku mmg xberapa nak kawan pompuan.. lain2 tu ade laa tapi setakat tegur jelaa kot. (ade ke?) haih!! dan satu lagi fakta menarik tentang beliau ialah aku kenal beliau da lame laa jugak. tapi beliau baru je kenal aku.. hahaha... how sick is that.. ape pun ko antara kawan aku yg best.. jadinye aku kasi "good" siap ade tapak kat ko!!! hoyeah!!!!!!

haih... yang ini lelaki lak k.. mat kelantan yang bagi aku ok laa kot... kenal mase sekolah rendah.. baru tahun lepas die realise yg aku penah kawan baik ngn die waktu darjah 6.. bengong nye kawan!!! sekolah mengengah beliau menjadi taiko sekolah... aku ni pulak budak baik.. so tak kawan laa... tapi skang ni aku rase beliau da berubah,... dan agak rapat hubungan antara kami.. aku bangga ngn ko mate!! jgn laa ko lupekan aku pasni k.. sebak rasenye... hahahahaahahaha

pakar perunding fesyen dari butik ternama di bukit bintang... mempunyai latar belakang pendidikan seni halus. kini bertukar arah menjadi bintang filem yang hebat... sangat sukekan nyah tinja. dan sangat kecewa apabila makan.. what the???? ahaha.. suke invisible dan cari aku apabila rase busan... hoi!!! da busan baru cari aku... siot!!! penggemar burger mozilla dan .. haaa!! juga merupakan skinhead wanita dahulunya.... hahahaha... tapi berlainan ideologi... huh~ ini kawan aku yg cite laa.. tak penah lak aku nampak beliau waktu hangout dulu... kini sedang berusaha mendirikan rumahtangga. dan sering mendapat nasihat dari pakar tarian.. hahahaha.... last word utk beliau "biase2 jek" haha

akhir sekali untuk entri ini aku selitkan rakan yg kini sedang menjalankan urusniaga ikan air tawar... dulunya menjadi vokalis tegar untuk lagu2 black metal. kini lebih serius memikirkan hal2 masa depan. jarang nak jumpe skangni sebab masalah lokasi yg jauh berbeda, sebab aku penah sama2 susah dengan beliau dulu... tu yg sangat sayang akan beliau... teringat pulak mase same2 kene bantai, accident laa.. pastu ade lak perkara2 sedih yg lain berlaku.. haih. tu kisah2 lamo.. skang ni semuanya sudah ok.. jadi... all the best rakan!!!

ok cukup setakat ni dulu,... akan disambung kalau betul2 ade kekosongan waktu dan idea.. ini pon nampak kedangkalan aku kerana otak yang sukar nak berfungsi sangat. maybe kerana sedikit kekacauan jiwa yang melanda... tapi ape pun.. aku sangat bangga dengan kawan2 aku semua... walau kome macamane sekali pun, kome tetap kawan aku dan aku akan buat yg terbaik juga utk anda.... nnt akan aku buat gathering orang2 yg ade dalam entri ni k.. hahahaahahahahahahahahahaha.. selamat ///