Syazwan.... Syazwan..... Syazwan.. begitulah nama diberi.. mungkin waktu lahir encik Anuar yang cool itu memberi nama hebat ini kepada beliau.. atau mungkin Uncle2 beliau yang tidak kurang cool itu... AAAH!!!! apa ada pada nama.. kerana kini beliau sudah pun bangga dengan nama buatan beliau sendiri.. pippo, noit2, uwaan, sazwaaan, abang, kecil panah cili api, kacak gunung ledang, tengkok lebar, chubby det... OPPPSSS.. tu lain.. yang penting beliau ini yang suka dipanggil noit bakal menjadi golongan suami2 dalam tak kurang dari seminggu ini....

Sebagai rakan, aku bersimpati kerana beliau tidak lagi bujang seperti kami yang terbang bebas di awang-awangan sambil mengaktifkan otot2 tangan... aku juga berbangga dengan kau wan,... akhirnya tercapai juga hasrat kau untuk mendirikan masjid bersama insan yang kau sangat sayang.,

jadi untuk penulisan kali ini.. aku akan ungkit segala kelakuan, telatah, semangat jitu kau khas buat tatapan semua.. supaya kau tahu yang kau adalah insan yang hebat dan layak untuk bergelar abah-abah!!!

Pippo.... berkawan dengan beliau semenjak belajar di negeri hebat itu (perak). agak sombong (mungkin) pada mulanya... tapi tak lekang dengan senyuman samada sinis ataupun ikhlas... bermain skateboard dengan seluar 3quarter. dan selalu akan dilihat tag team bersama abi gio... asal kelahiran taiping... katanya di taiping laa kot.. waktu lahir dikatakan bersebelahan katil man taiping...

berwatak cool, tenang dan macho di samping rupa paras yang bisa membuatkan wanita hanyut dalam gelora cinta yang tidak pasti. tidak terlalu tinggi, berbadan sederhana, berkulit putih mulus dan berambut custom made (rambut yg dipotong dengan tangan sendiri akibat telinga pernah dipotong oleh mamak). berketiak bersih dan berbau wangi sentiasa. gigi yang teratur dan sedikit bermisai. berdahi sederhana dan bertengkok lebar. begitulah serba sedikit sifat fizikal beliau. minat akan sukan bolasepak, memanah dan gusti. shinggakan pernah menjadi wakil negeri untuk divisyen 16 ipoh menjadi goalkeeper.. hebat kau wan!!!

sifat2 terpuji beliau termasuklah suka membantu golongan yang cantik serta kanak2 comel, rajin dalam membuat kerja, sangat komited dan sanggup memberikan komitmen 110% dalam apa jua kerja atau tugas yang diberi,jujur dan TIDAK PERNAH MENIPU WALAUPUN SEKELUMIT PENIPUAN, tegas dalam membuat keputusan dan seorang pendengar yang bijak. juga merupakan ketua tingkatan sewaktu tingkatan 4 dan 5. terbaru beliau pernah menyelamatkan warga emas dari mati kelemasan di sungai nanding ulu langat. mmg sangat terpuji sifat beliau!!!

Sepengalaman aku dengan uwan ni.. banyak aku pelajari dari beliau. dan kami menamakan beliau sebagai tok guru wan atau pakar sakit wan kerana kehebatan beliau dalam mengubati penyakit2 yang berkaitan hubungan kemanusiaan. Tidak setakat disitu sahaja, beliau juga pakar dan sering menjadi rujukan kami dalam pejaran2 terutama subjek2 yg susah seperti illustration(artwork kuala kangsar gambar budak pandang labu sayung) dan adevertising (perkataan WOW yang dihighlight oleh ema malini). Uwan juga aktif dalam bidang sukan dimana beliau pernah memenangi acara tenpin bowling perseorangan peringkat daerah ulu bertam. Pernah sewaktu kecil bercita2 menjadi penulis novel terkenal tetapi sekarang sedikit menyimpang dari cita2 tersebut.

Beliau juga pernah menyatakan hasrat untuk menjadi perdana menteri dan sanggup menghapuskan amalan rasuah dan menjadikan malaysia negara yang maju dan aman dengan membuang beberapa negeri yang tidak sepatutnya serta membina kapal mewah dan besar untuk dinaiki golongan kurang upaya dan golongan kurang menawan. Hasrat itu kami sokong bulat2 kerana suara2 lantang seperti beliau lah yang membuat kami terharu tentang perjuangan sejati beliau

pippo, hampir 8tahun aku kenal kau ye dak,... 8 tahun tolak 5 tahun bersamaan 3 tahun ditambah pula tahun lompat dan tahun harimau pada tahun ini.... kau telahpun hampir melangkah ke alam baru.. selamat aku ucapkan pada kau sahabat. dan selamat juga pada pasangan kau iaitu monada le monde.. semoga berbahgia hendaknya dan aku harap kau kotakan janji kau untuk menamakan anak kau sebagai ronaldo..

Terima kasih daun keladi



Playlist :

Pink Floyd - one of these days
- another brick in the wall (part 1)
- what shall we do now
- marooned
- echoes
- matilda mother
- shine on you crazy diamond