Hai rakan2 seperjuangan..

wuuh... lamo dah eden tak menulis di ruangan penulisan jahiliyah nih...
bukan apo.. sebabnye aku ade masalah2 yg perlu diselesaikan tambahan pula pc rusak. jadi nak update di ofis rase kurang sopan pulak.

ok jadinya.. tajuk yang aku lontarkan tu bersamaanlah jua dengan topik hangat yg sibuk diperkatakan skang ni.. eh.. hangat sangat ke huh?? oh tidak lah sehangat isu polis yang sibuk membunuh manusia tak bersalah ataupun isu bomoh main dengan pesakit... cuma aku sikit mau berkongsi pandangan sebagai orang yg pernah berkecimpung dalam arena muzik bawah tanah nih..

ok. tak membuang masa, tajuk aku ringkas dan kemas. etika di majlis gig atau paling senang nak kasi kome paham ialah etika ketika kamu menghadiri gig atau konsert (konsert?? bole laa jugak).. kenapa nak pegi gig pon nak kene ikut etika gig nih?? haa.. jawapannye mudah saja.. ini lah yang membezakan antara orang yg involve dalam dunia underground ataupun hanya sekadar trendy wanker sahaja. kalau kita amalkan beberapa kaedah ni, insyaallah perjalanan gig tu akan selamat dan semua pihak akan rasa berpuas hati. hahaha... ape yang dicarutkan aku pon tak paham.


antara perkara2 yang bagus untuk diamalkan kalo menjelang atau berlangsungnya sesebuah gig tu adalah seperti berikut :

- menyebarkan berita akan event yang bakal menjelma kepada kawan melalui flyer atau mane-mane sahajatempat berkomunikasi.

- sediakan wang yang secukupnya untuk ke event tersebut supaya tidak menyusahkan orang ramai

- pastikan gig yg berlangsung mempunyai ciri2 yang anda idamkan. kalo misalnya gig tu fascist takkan anda nak pegi jugak kalo anda tu seorang left wing. gitu laa contohnye.

- pakai cantik2

- cukupkan tenaga untuk melakukan aksi2 bodysurf, pogo, mosh dan lain2

- kalau bole elakkan untuk flirt di waktu gig..

- support setiap band yg perform tanpa mengira siapa mereka.

- pupuk semangat perpaduan di kalangan yang hadir.

- jangan buang sampah merata2.

- kalau organizer tu kawan2 kome, jangan laa mintak diskaun.. support laa deme nak wat event tersebut. kalo semua orang macam ni terpaksa kita bikin union

- jangan duduk di luar venue ketika gig berlangsung untuk mengelak uncle2 yang berfikiran cetek menyapu anda

- kalau bole stay sampai last band yang perform, penat deme datang jauh2. show some support la ye.

- jangan laa kutuk orang yang datang dari scene lain. kalo bole semua bersama2 enjoy the show.


eh aku ni dok menulis2 lupe lak nak besiap ke terawih. sampai sini saje laa penulisan jahiliyah aku. lagipun ini sekadar merefreshkan jari jemari aku untuk kembali beraksi balik aje.. ok selamat beramal di bulan mulia ini..

respect walk